Skip to main content

Bila Murah,Tak Yakin La Pulak

pernah tak korang lalui situasi macam ni..ada orang jual barang yang korang suka dan dah lama berkenan dengan rega lebih murah dari harga pasaran?

Contoh situasi:
*Perfume
-Rega pasaran dah sedia maklum rm300 + + tapi member jual rm200 je tapi takde kotak.katanya,perfume itu rejected masa 'packing process'.was-was tetap ada padahal kalau ada kotak pun bukan simpan ngan kotaknya..kotak tetap jugak buang bila dah bukak.

@

*Handphone
-rega kedai rm2000 tapi ngan kawan dapat rm1500..dalam hati rasa macam nak order sebab dah jimat banyak tapi was-was.ni made in China kah?padahal..beli kat dealer terpilih pun kat kotak tetap tulis Made In China.

okey..berbalik pada kisah aku,ada kawan jual tab 'murah' jenama pulak tak pernah ku dengar.huhu


rm305 siap semua ada dalam tu maam tab biasa jugak.ada warranty 1 tahun.tab sekarang dah ada sebijik tapi ingat nak beli yang ni untuk diri sendiri.lagipun tak mahal sangat dan tak payah share ngan orang lain..padahal kehendak je pun bukan keperluan

tapi,macam biasalah..kalau dah murah tu mulalah fikir macam-macam

-kenapa murah?tiruan ke?
-nanti cepat rosak macam mana?

hehe ;) pendek kata kalau dah murah macam-macam lah pulak soalan bermain di kepala.pasal Tab tu aku tak pasti jadi beli ke tak.hati kata macam tak kot........

Comments

NenetPenne (NP) said…
jenama yang belum establish kat pasaran memang murah kot.. entah...

baiklah kita beli sesuatu barang tu kat dealer yang disahkan..jangan sebab murah kita beli, last2 kena bayar mahal sebab kena repair lepas guna sebulan dua..

dulu ada kawan jual barang2 branded, dia kata kapal pecah so that is why barang murah..sekali akak ikut dia pi PS, rupanya barang yang kapal pecah tu dia beli kat PS jer tapi dia jual kat orang mcm barang ori. sejak dari itu, akak akan hanya membeli barang dari kedai yang disahkan sahaja..
Anonymous said…
pokok pangkal tanya hati & fikir sendiri ye hehehe
Biarlah rahsia said…
irfa...
klu yg tab tu baik tak pyh beli ...sbb hr tu k.bi dah terbeli utk anak...jenama MID harga dalam RM499 gitu...(tgk keypad dan beg dia dh mcm sebiji yg kami beli dah..kot jenama lain taktahu lah)...tak sampai 3 bulan dah rosak....ank buat main game je...tp lembab..slow...tak practical lah utk digunakan nk buat keje opis...compare dgn tepon yg dpt wireles dan ada perisian android yg sama....tepon lg cepat dan laju...
Dr K said…
Tab RM300-400 ni mmg made in china...boleh la tahan,tapi jgn expect smooth running la..hihihih
Kakcik Seroja said…
Ada kawan kakcik guna tab murah (Siam mari), tapi nampak ok juga. :)
Irfa said…
@kak net..
bab perfume pernah beli tapi saya rasa mmg ori cuma stok lama.tapi dah lama takde org buat sale lagi.kalau ada nak beli jugak buat spare ;).tp kalau nak lebih keyakinan baik beli kat kaunter berdaftar baru ada keyakinan

@KA..
saja je takde modal nak tulis ;)

@kak bie..
ramai yg cakap mcm tu,saya pun dah test..butang tu mcm lambat sikit berfungsi tu yg buat saya 50-50 tu.rm300 pun duit jugak bukan daun kayu.hehe.lagipun takdelah perlu sangat pun nak beli second tab
bangsawan nilai said…
3-4 ratus kalau 3-4 hari dah jahanam, sakit gak hati
mummY daniSha said…
abg ipar ade beli..die kata ok,tp kene beli yg 1G punye......kalau beli yg bawah 1G memang lembapplaa...(kalau x salah mcm tula)
Nur farahiza said…
tab too brand MYTAB ke ? sebab fara da beli untuk adik fara siap keybord dye semua , dalam dye pulak 8gb and boleh extand lagi harge rm350 ,
Lady Windsor said…
Irfa,
saya pun musykil kalau branded item tapu harga murah..sebab tu saya go to the right shop terus dan walaupun harga mahal, kita tahu originalitynya. Lagipun dulu masa dengan ex dia selalu asak minda saya dengan kata2 alah membeli menang memakai, memang ada betulnya. Ehh tapi kalau fulus tak banyak, saya diam jer la..hehe
Irfa said…
@bangsawan nilai..
mmg sakit hati kalau pakai 3-4 hari dah jahanam.rm300 tu banyak benda aku boleh beli.hehe

@mummy danisha..
oh gitu ke?tak pasti la pulak 1G ke lebih..tp masa try tu butang tak bape friendly user

@nu farahiza..
kalau tak salah jenama Kimo..
kalau takde keyboard rm280 je..

@lw..
mmgpun.dah murah mula la pk macam2
betul kata ex tu..biar berbaloi baru puas hati membeli

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t