Aku memulakan hari baru di tempat baru pada hari Jumaat yang mulia..semalam dah duduk sini tapi waktu pagi masa datang keje masih di tempat lama.so tak rasa nak rasmi lagi..hari ni barulah rasa macam duk tempat baru,sebab datang keje terus ke sini..bersemangat baru siap berbaju kurung baru dan tudung baru,gambar?tiada..hehe
sekarang ni aku bersiaran dari opis baru yang sebenarnya opis lama cuma baru lepas renovation.masa mula2 tukar dept bulan Feb tahun lepas (2011),aku penah duduk opis ni.pastu bulan 6 tahun ini kami pindah ke opis transit sebab nak buat renovation.adala 2 bulan duk opis transit yang ala-ala dewan perpindahan mangsa banjir.meja aku siap menumpang belakang meja orang lain.huhu..sedih bila dikenang kembali
pastu pindah ke opis baru yang aku ingat akan jadi opis kekal.belum lagi aku mengemas semua barang lepas pindah tu dapat lagi arahan.pindah lagi walaupun cuma dari tingkat 2 turun tingkat 1.macam turun kelas pun ada..hehe.berpeluh jugaklah ketiak turun naik angkat kotak.sendiri punya barang malas nak suh mover angkat.bila ditelek kembali..banyak sungguh sampah yang tahap boleh buang dari yang diguna.mak aku selalu cakap yang aku suka kumpul sampah.semuanya sayang ..yelah mana tahu nanti boleh guna.padahal sampai sudah tak guna pun.opis baru ni totally berubah dari yang dulu..cuma pantry je masih lama.tapi ai no hal sebab aku makan kat meja je,jarang masuk pantry kecuali perlu.t
nak tengok opis baru aku?kalau tak nak pun aku tetap nak tunjuk jugak.sila layan.eh sebelum tu tunjuk meja lama dulu..baru boleh beza dulu dan sekarang.hehe
berselerak dari atas meja sampai bawah meja |
okey..now opis baru,meja baru.kerusi baru.........emm,wangi ;)
Atas dari kiri: -overall of my work station -close up sikit -di kanan ku -di kiri ku -foto anak2 penyejuk jiwa -bawah meja |
bawah meja tu sekarang nampak cam 'kosong'
selesa untuk melunjurkan kaki
lagi sebulan dua tak pasti apa akan jadi
tapi paling suka ialah
my chair
this is my chair.. potongan yang 'seksi' dan sangat selesa untuk belakang anda |
okey..selamat datang melawat my work station
separuh hari ku adalah ditempat kerja
5 hari seminggu
orang kata,banyak masa kita adalah di tempat kerja
kalau boleh biarlah kita seronok untuk datang kerja
tak gitu?
harap-harap segalanya baik-baik aje di tempat baru ini
amin
ops..next week aku citer 'siapa budak comel' depan aku..hehe
Comments
selamat bekerja di tempat baru.. semoga lebih semangat nak update blog..hahaha...
tak best..
work station tempat irfa kerja sama mcm work station LW kerja...