Skip to main content

Emm....Ada Bau Kedai,Barulah katakan

Assalamualaikum...rindu korang (^_^).wah macam dah berminggu tak apdet dah rindu kononnya.semalam bagi peluang anak kenit bersiaran untuk ganti umie (yelah sangat)tq sudi layan..hehe

Aku memulakan hari baru di tempat baru pada hari Jumaat yang mulia..semalam dah duduk sini tapi waktu pagi masa datang keje masih di tempat lama.so tak rasa nak rasmi lagi..hari ni barulah rasa macam duk tempat baru,sebab datang keje terus ke sini..bersemangat baru siap berbaju kurung baru dan tudung baru,gambar?tiada..hehe

sekarang ni aku bersiaran dari opis baru yang sebenarnya opis lama cuma baru lepas renovation.masa mula2 tukar dept bulan Feb tahun lepas (2011),aku penah duduk opis ni.pastu bulan 6 tahun ini kami pindah ke opis transit sebab nak buat renovation.adala 2 bulan duk opis transit yang ala-ala dewan perpindahan mangsa banjir.meja aku siap menumpang belakang meja orang lain.huhu..sedih bila dikenang kembali

pastu pindah ke opis baru yang aku ingat akan jadi opis kekal.belum lagi aku mengemas semua barang lepas pindah tu dapat lagi arahan.pindah lagi walaupun cuma dari tingkat 2 turun tingkat 1.macam turun kelas pun ada..hehe.berpeluh jugaklah ketiak turun naik angkat kotak.sendiri punya barang malas nak suh mover angkat.bila ditelek kembali..banyak sungguh sampah yang tahap boleh buang dari yang diguna.mak aku selalu cakap yang aku suka kumpul sampah.semuanya sayang ..yelah mana tahu nanti boleh guna.padahal sampai sudah tak guna pun.opis baru ni totally berubah dari yang dulu..cuma pantry je masih lama.tapi ai no hal sebab aku makan kat meja je,jarang masuk pantry kecuali perlu.tak pasti kenapa aku kena jelaskan semua ini.huhu

nak tengok opis baru aku?kalau tak nak pun aku tetap nak tunjuk jugak.sila layan.eh sebelum tu tunjuk meja lama dulu..baru boleh beza dulu dan sekarang.hehe

berselerak dari atas meja sampai bawah meja

okey..now opis baru,meja baru.kerusi baru.........emm,wangi ;)

Atas dari kiri:
-overall of my work station
-close up sikit
-di kanan ku
-di kiri ku
-foto anak2 penyejuk jiwa
-bawah meja

bawah meja tu sekarang nampak cam 'kosong'
selesa untuk melunjurkan kaki
lagi sebulan dua tak pasti apa akan jadi

tapi paling suka ialah
my chair
this is my chair..
potongan yang 'seksi'
dan sangat selesa untuk belakang anda
okey..selamat datang melawat my work station
separuh hari ku adalah ditempat kerja
5 hari seminggu

orang kata,banyak masa kita adalah di tempat kerja
kalau boleh biarlah kita seronok untuk datang kerja
tak gitu?

harap-harap segalanya baik-baik aje di tempat baru ini
amin

ops..next week aku citer 'siapa budak comel' depan aku..hehe

Comments

Kakcik Seroja said…
Selamat bertugas dengan semangat yang baru juga. :)
:: CIKVIVA :: said…
kerusi mcm best je..okay, kami pulak dgr cite kne pindah ke 4th floor next week sbulan kemudian turun ground floor dok sana smpai la 2nd floor siap renovate, sbab opis baru kat 2nd floor tu...katenyelah...
nazayiena said…
Seronoknya bila tpt kerja yg selesa dan baru lg.
Unknown said…
seksi gila kusi ko kan..hahaha..

selamat bekerja di tempat baru.. semoga lebih semangat nak update blog..hahaha...
ZieMarziah said…
bestnya kerusi tu..nmpak selesa.knp la opis sy x beli kerusi mcm tu huhuhu
NenetPenne (NP) said…
work station akak tak mcm ni...
tak best..
work station tempat irfa kerja sama mcm work station LW kerja...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t