Skip to main content

Game Tembak-Tembak

Cepat sungguh jam bergerak hari ni...dah masuk lunch time rupanya..bekfes tadi makan nasi goreng dan telur mata.kenyang lagi la...

nak citer,aku bukan 'hantu game' ..ada orang aku tengok waktu lunch tak keluar makan,duk main game kat pc.yang peliknya dari bulan Jan sampai dah masuk bulan Oktober itu jelah game yang dia duk main.tak jemu ke?tapi orang kata 'jangan mengata kat orang,nanti terkena kat kita baru padan muka'.sekali, penyakit itu berjangkit kat aku,hari-hari duk layan ni.sampai lenguh dan kebas jari jemari.

lebih kurang gini la yang aku duk main tu

pejam mata pun nampak bola.aduhai..nyesal main ;(
korang suka game ape?

er..dah lama tak main 'dekcok'.apa itu 'dekcok'?ala...yang main kejar-kejar sambil lompat dengan satu kaki tu.kalau dapat cuit kawan tu,dia punya giliran pulak.aku tak tahu orang kat sini panggil apa...

Comments

Nur farahiza said…
dekcok saya pun ta penah dngar kak , heheheh
mama aryan said…
saya suka main game farm frenzy..hehe bole ralit dibuatnya..
Nieda said…
akak pun suka layan games. lepas tengok blog itu le kerjanya .mengadap games pula.
Irfa said…
@nur farahiza..
'dekcok' bhs org kg akak.kat kelantan nun ;)

@mama aryan..
oh namanya game farm frenzy kat fb ke kat hp?nanti nak carilah.hihi

@kak nieda..
saya dah lama tak layan games ni takut ketagih.ni je baru mula balik.nyesal pulak sbb melayan
Mulan said…
takleh start.. nnti susah nak pause.. terpaksa abaikan.. zaman dulu takde anak takpe la.. hehe..
wakgelas said…
wak pun sukak men game ni dok dlm toilet sorang2.. dulu la tapi.. ihikss.. sekang wak sukak men Scrabble puloopps
HeNRieTTa JoSe said…
xminat men game....tapi skank men fish live...suka tgk ikan berenang renang...
Haaa...ni pun sama jugak (mcm org rumah i) lupa dunia kalau main menatang tembak2 bola pastu letup2 ni...adussssssss!
Arena said…
main gok dekcok tuh hehehe
Nik said…
tak suka sgt main games.tak penah addicted dengan games mana2 pun stakat ni..hehe
zino said…
tak pernah main lagi rasa nya best ke? hehe
gadisBunga™ said…
susah kalau dah tersangkut dengan game ni...hihihi~
Mak Wardah said…
Irfa, kgd2 akak jugak main ni utk isi masa lapang kat airport
Irfa said…
@mulan..
main dlm keta je(sbb dtg keje duk belakang,tumpang kawan)

@wak gelas..
sempat lagi buat keje dalam toilet ye?hehe

@rietta..
fish live?
oh itu akak tak tahu..belum sampai bab tu.hihi

@KA..
ye ke?
semalam terus remove games tu dlm henpon sbb sakit ati,tembak2 tak jugak lepas

@ceqna..
jom,main dekcok..aku tunggu tempat biasa,eh lupa,mak buyung mana boleh lompat2 ;)

@nik ros..
kira kebal la ni,tahan dugaan.hihi

@abah zino..
bolehla..membunuh masa katanya
tp x sesedap makan nasi

@GB..
remove terus sbb x nak sangkut lama2

@mak wardah..
akak mesti selalu terbang sana sini kan?masa menunggu adalah membosankan

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...