Skip to main content

Kisah Emcee semalam dan Adik Ajaa versi kuncup vs Kembang

salam hari Jumaat.eh!dah jumaat ke?tapi kenapa aku rasa macam hari Isnin?hehe.maklumlah semalam kan bercuti tu pasal rasa hari ni macam hari pertama keje.ayat tak boleh blah

lega...malam tadi dapat tido lena.kalau tidak,pusing kanan pusing kiri macam kucing nak beranak.semalam apdet blog dengan 3 baris ayat je.rasa macam update status Fb pun ada.bukan taknak tulis panjang2 tapi sakit hati dengan tab.eeuw,serius tak feel apdet blog pakai tab.nak taip sebaris ayat pun bercinta.pc jugak best..kan?

semalam kan..lepas dapat emcee,balik dari klinik aku singgah beli nasi lemak,gerai kegemaran en abe sebab katanya akak tu masak macam makan kat rumah,masak dengan kasih sayang agaknya.waktu masa tu dah jam 10pagi..agaknya dah nak tengah hari,akak tu bagi beli 1 dapat percuma 1(beli nasi lemak sotong dan dapat free nasi lemak ayam)rezki orang mc sebab sakit gigi di hari khamis agaknya.lepas belasah nasi lemak,makan ubat dan tido..tak pasti ubat yang aku makan tu buat aku mengantuk ke hapa tapi aku sedar jam 2.30 petang.wah sakan membuta mentang2 takde anak kat umah.bangun mandi pastu kuar makan nasi kandar dengan en abe.dalam sakit gigi tu abis sepinggan nasi kandar tu.pelik aku...aku yang sakit gigi boleh makan sampai abis tapi en abe yang sihat walafiat makan tak abis.selera apa kah ini?

kul 5.30 petang baru ambik kenit.kalau ambik dia petang-petang dari umah pengasuh rambutnya jadi gini.kuncup sebab akak pengasuh suka letak minyak zaitun kat rambut dia.dan baunya wangi dengan bedak.suka cium-cium dia sampai rimas.



tapi kalau duk ngan aku sabtu ahad begini rupanya




'Omie..nak polok'(nak peluk)

memang aku suka rambut dia mengembang ala HafizAF,si awan nano tu.nampak comel dimata aku.mata korang tak pastilah.memang biasa kalau setiap anak nampak comel dimata ibubapanya kan :).

okey..buat keje dulu.tata

Comments

wakgelas said…
wak pon sukak budak chomeyy tuuu.. eeeeehee
Deqna said…
haah kak.. sama cam saya, anak kalau tinggal ngan saya mengerbang jer rambut.. dasar maknya malas nak minyak nak sikat... tapi kalau tinggal ngan nenek dia, elok jer rapi rambut dia...
Unknown said…
aku pun lagi suka rambut hajar kembang gitu..lagi awan nano..hahaha..kuncup tu fashion basah.. :P

damia pun sebut polok kalau nak peluk..comel kan..ala..aku rasa semua mak bapak rasa anak dia comel..hihi..
Lady Windsor said…
sayer pun suka tengok rambut dia gebu gerbang..nampak vogue and fashinable tau! Pls kekalkan..e ehh anak orang, sayer lak memandai apa hal neh...heeeee!
Irfa said…
@wak gelas..
semua budak comel :)

@deqna..
akak bukan malas nak buh minyak @ sikat..saja suka tgk rambut dia kembang..sikat je tapi x buh minyak ;)

@rai..
rambut dia kembang tapi tak sekembang rambut kakak masa kecik dulu.anak2 pompuan aku semua sepesen je rambutnya ;).meh kita polok sama-sama ;)
Irfa said…
@kak lw..
vogue?
omie nya nak buat jugaklah..hehe
NenetPenne (NP) said…
akak suka tengok rambut dia yang mengerbang tu dari yang kuncup taruk minyak zaitun tuh...
mama aryan said…
haruslah..kalu kita tak puji anak sendiri sapa lgi?biarlah org kata tak comel pun tp kita ttp kata anak kita comelkan..tp budak2 semua comel rasanya..tu yg nak polok tu cumil je mulutnya hihi
Acik Erna said…
adik ajaa memang comel..abam dan kakak pun comel
Rumah Kuning said…
rambut kuncup tu nampak mcm demam. kembang lagi comelll. hehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t