Skip to main content

Potty Train Adik Ajaa

jeles ngan Rai,sebab dia buat entri potty train Damia so aku pun nak buat jugak.haha.anak kitorang lebih kurang je umurnya.dah 2 tahun lebih so dalam proses nak men'cerai'kan mereka dengan lampin pakai buang.dari segi lain,menjimat duit mak ayah diorang juga.tak gitu Rai?

okey..sabtu ahad yang sendu itu..selain menternak lemak,aku juga cuba untuk free adik ajaa dari pakai lampin pakai buang tu.lagipun aku perasan dia tak kencing sangat dan mulutnya boleh tahan.aku harap dia akan bagitau la kalau nak kencing tapi kejap-kejap aku tanya 'nak kencing tak?' sampai tak larat dia nak menjawab.percubaan berjaya bila dia tido tengah hari tanpa pakai diapers..takde pulak adegan bocor.berbunga hati umie.lalalalalala

lepas tu aku ajak dia masuk bilik air sejam sekali tapi dia tak jugak kencing.stres aku mencangkung sama-sama ngan dia dalam bilik air tapi tak jugak kencing.huhu.agaknya dia masih tak tahu macam mana nak kencing sambil cangkung camtu..aku siap buat bunyi-bunyian lagi.apa punyinya ?syuhhhhhhhss lebih kurang gitu bunyinya ;).

petang sikit,aku nak masak untuk dinner dan kerana takut terlupa..so aku pakaikan balik diaper.elok pakai..dia pun kencing.alahai...........sekali kencing terus melimpah sampai bocor diapers kena seluar dia.sib baik tak menitik ke lantai.huhu,agaknya masa duk dalam bilik air dia geli nak kencing.dah pakai lampin,baru rasa nak kencing.redha jelah.misi gagal ;(

okey..minggu depan nak cuba lagi.nak ambik cuti semata-mata nak potty train pun cuti tinggal 1hari setengah je lagi,nak simpan raya.nak suh akak pengasuh buatkan tak sampai hati..tak nak susahkan dia.

takpelah..sorang je pun yang pakai lampin,bukan ramai *ayat pujuk jiwa*

ops..malam tu ada majlis berinai kat umah aku..nak tengok?ni dia pengantin nya siap pakai baju kurung labuci,aku nak suh try je tapi dia nak pakai tido sekali.layan je lah..

sebelum kejadian


dah siap berinai 

hihi..konon nak usik aku la tu

Comments

Deqna said…
wah dah start potty train... saya pun nak train marissa gaklah.. tapi tak taulah.. mak dia ni pemalas sikit nak angkut anak kuar masuk toilet,hahaha...tengoklah tunggu tahun depan kot.
Unknown said…
akak belum mula lagi nak potty train Arif. Tapi dia memang selalunya cakap kalau kencing atau berak, tp bukannya sebelum, selepas berlaku benda tu bari kecoh...huhu
Unknown said…
haha..gitu gitu..jom pakat menjimatkan duit diapers supaya maknya boleh sopping dgn duit itew..

sama la ngan aku..semalam aku cakap kat pengasuh..kalau rasa larat, buat la..tapi kena rajin bawak pegi toilet..dia buat..sekali damia tido.. bangun2 je dia tanya..nape adik basah ni..boleh? hahaha..kesian kena cuci tilam pulak..hari ni aku tak pesan..tak sampai ati..
cheqna said…
x pe..first gagal..pasni insyaallah tak gagal lagi =)
-- said…
sama la kita irfa... dok cangkung sama dalam toilet..buat bunyi..syhhhhsyhhhh.. tak mau kencing jugak...

tapi sebelum masuk 3 taun ni..kalo boleh biarlah diaper free..
Irfa said…
@deqna..
akak pun sama,malas.kalau rajin rasanya dah lama boleh gi toilet sendiri.abamnya dulu..2tahun setengah dah gi toilet sendiri ;),sila salahkan diri sendiri.huhu

@kak yus..
ye betul tu.mmg bagitau tapi yg dah siap ;).

@rai..
duit tu boleh umienya buat joli katak.hehe.aku segan nak mintak tolong akak tu,tak terbukak mulut ni nak cakap.rasanya kalau cakap okey je sbb akak tu baik sgt ;)


@cheqna..
harus mencuba sampai berjaya ;)

@fida..
ko pun sama mencangkung dlm bilik air?bagus..meh bagi lima jari ;).
ye..kena ajar jugak sblum umo 3 taun

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t