Skip to main content

Saham Akhirat dan Kampungku Yang Permai

Wah! Tajuk tak agak-agak tu..

Okey,adik aku dah apdet citer raya..klik sini kalau berminat nak baca.sebenarnya dia lagi berani,baru bukak blog dah tunjuk muka mak ayah dan kampung kami.aku ni bertahun tulis pun tak tunjuk kampung,huhu.bukan tak nak citer pasal kampung ai sedar diri yang ai anak kampung cuma ai suka privacy tu pasal tak tulis..hehe

kenalkan mak dan ayah aku
romantik kapel gitu
sayang mereka ketat-ketat
sebab tiada gantinya di dunia ini 

lemang dijual sepanjang tahun,bukan hanya musim raya sahaja
lemang ni landmark kampung aku,dikenali dengan nama kampung lemang
hingga nama asal kampung hampir tak dikenali
mana nak dapat lemang 4 batang RM 10?
tapi kat kampung aku ada tau
kalau kat cheras ni aku penah beli RM 16 sebatang

masjid yang masih dalam pembinaan
sapa2 nak simpan saham akhirat boleh la menderma kat sini
di alu-alukan

okey,ni yang aku nak citer sebenarnya..dulu ia cuma surau kampung yang kecil je..disinilah aku mengaji lepas khatam ngan mak aku (guru pertama ajar aku ngaji ialah mak aku sendiri) lepas tu mak aku hantar aku ngaji dengan arwah Tok Ji (nama sebenar Haji Awang Long).

Aku ada kenangan indah zaman aku belajar mengaji ialah..yang aku paling ingat ialah..arwah Tok Ji akan bagi aku RM1 bila aku abis mengaji.bukan tiap2 hari la tapi dalam seminggu tu 2,3 kali jugaklah,hehe..duit rm1 tu arwah simpan bawah tilam...bau duit tu wangi je dan tak berkedut sbb disusun cantik bawah tilam.arwah Tok Ji memang duduk kat surau tu.Yang bestnya,bukan semua orang rm1 tu tapi mungkin sebab aku kawan baik dengan cucunya,so arwah tak lupa bagi aku.Arwah sangat lemah lembut orangnya..sebab aku ni 'celik hati' puji diri sendiri nampak..hehe,aku selalu disuruh ajar budak2 kecik yang masih mengaji muqaddam.kira macam 'ustazah kecik' la..ajar mana-mana yang belum lancar sebelum jumpa tok guru tu ngaji ngan aku dulu.masa tu aku masih sekolah rendah kalau tak silap.

Sebelah surau tu ada kolah besar untuk orang ambil wuduk dan ada sebatang pokok belimbing buluh,lepas ngaji aku ngan kawan baik masa tu,namanya Nani(cucu Tok Ji) akan makan buah belimbing tu cicah dengan perencah maggi..kelakar kalau di ingat balik,benda macam tu pun kami boleh makan.

kan aku kata aku budak kampung,zaman aku kecik2 tak pernah makan kepsi..pertama kali makan pun  masa aku dah duk kat shah alam..oh nostalgia sungguh kenangan itu..kenangan yang tak mungkin berulang kembali.

ok,berbalik citer surau itu...dari surau kecik sekarang dah nak naik taraf masjid tapi rasanya tak dapat tajaan..pakai duit derma orang ramai yang dermawan sahaja untuk membina masjid kecil ni.ayah aku adalah salah seorang yang mereka bentuk dan membina masjid ni dari awal pembinaan.kata ayah 'masih memerlukan dana lebih kurang rm10 ribu untuk menyiapkan masjid ini'..takde sapa suruh aku buat entri ni ,aku cuma kongsi je ngan korang.bukan paksa sesiapa.

lokasi masjid ni betul2 tepi jalan..memang jadi tempat persinggahan bila musim perayaan untuk yang pulang arah ke Kota Bharu.ramai yang singgah untuk solat dan berehat kata ayah aku..

okey,sekian........

**note**
adik aku emel kejap tadi..bagitau ada orang buat citer pasal kampung aku.ni linknya dah lama jugak orang yang buat citer ni,dah 3 tahun.tapi aku rasa pelik sikit dgn laman ni..macam spesis perniagaan MLM pun ada,saja je kot buat citer 'hot' nak tarik pengunjung.emm.....

-tapi yang aku pelik,selama aku membesar di kampung tu..takde pulak dengar ada suami isteri yang menjual lemang meninggal sebab eksiden.pelik..terpulang la pada yang nak percaya ke tidak..nanti aku tanya mak aku tentang ni.

Comments

cheqna said…
cicah ngan perencah maggi???
alahai..kenangan dulu2 memang besh kan
Kakzakie Purvit said…
Kebanyakan masjid dan surau di negara kita yg dikatakan negara Islam memang banyak berdiri kerana menggunakan dana masyarakat.

Tok Ji tu bagi RM1/- kerana tolong ajar budak mengajilah tu kot..
Dr K said…
Insya Allah...terima kasih kerana memberitahu tentang saham akhirat ni...

Murah betul lemang tu..kalau dekat, dah lama saya gi beli..:)
Irfa said…
@CHEQNA..
hahaha..macam pelik je kan?tapi cuba awak try..rasanya masam-masam masin.hehe

@KAK ZAKIE..
ada jugak tanya ayah knape masjid ni tak dapat dana tapi saya lupa apa yg ayah jawab..rm1 tu sedekah la kot ;)

@DADDY ZIYYAD..
terima kasih ;)
mmg tu rega lemang kat area itu..dan memang laku sungguh.berderet keta tunggu lemang masak ;).tapi mak ayah saya bukan jenis suka berniaga..so kami mmg takde gerai lemang.makcik2 saya mmg menjual lemang sepanjang tahun
Anonymous said…
palig suka pic yg 1st tu ! teringat arwah atuk /nenek
Biarlah rahsia said…
seronok baca kisah mengaji quran dan masjid kampung irfa...kita sama2 ank kg..pasti mengalami kenangan yg lebih kurg serupa...
k.bi dulu gitu gak...sebelum jumpa tokguru...kena mengaji dgn kita dulu...pastu org lain hbs mengaji boleh balik...kita kena tunggu semua org hbs baru boleh blk rumah...tp budak2 skrg dah takde kot pengalaman mengaji rumah org mcm kita2 dulu...

masjid kg. k.bi pun dulu taraf surau...cuma skrg dah jd masjid berkat derma org kg...tu klu balik kg...mmg tak pernah miss solat kat masjid...bwk ank2 sekali...masa tu lah nk jumpa makcik2 kat kg. dan kwn2 sepermainan dulu...kenangan dulu2 yg besttt sgt utk dikenang...
Kamsiah yusoff said…
murahnya lemang..kat kulim ni rm13-16 sebatang...bergantung pada saiz...tu pun belum tentu sedap...
:: CIKVIVA :: said…
Nak komen yang Note tu...

PELAWOK!! PELAWOK!! PELAWOK!!
bangsawan nilai said…
aku igt area kuala pilah n kajang je jual lomang sepanjg thn
suterazen said…

haaa...baru je tanya smlm kg Ifra kat mana...hehe...Kat pahi kah ni? blur sikit nama area situ, tp tang gerai lemang tu mmg pasan sgt2...
Irfa said…
@KA..
pemandangan biasa di kampung2 melihat suami isteri naik motor ke masjid dan ke kedai.hehe

@KAK BIE..
wah sgt kebetulan.kenangan zaman kanak2 kita sama,bab ajar orang lain ngaji tu ada jugak rasa bosan sbb org lain dah boleh balik kita paling last balik.huhu,tp bila dikenang skrg..rasa cm best je.balik kg skrg ni anak2 saya kalau boleh 5 waktu nak ke surau.tambah2 lagi diorang kata 'surau atok'hehe
Irfa said…
@KAMSIAH..
tu pasal ambik gambar sbb ramai yg tak percaya..nak jugak ada gambar baru ada bukti katanya ;)

@CIK VIVA..
sapalah yang buat citer mengarut tu

@BANGSAWAN NILAI..
mmg jual sepanjang tahun tapi bila musim raya makin bertambah gerainya
hehe

@SUTERAZEN..
bukan Pahi,kampung saya sebelum Pahi kalau dtg dari arah Gua Musang.Kalau dtg dr arah Kota Bharu barulah lepas Pahi.hehe.nama kampung ialah Kg lepan Jenut tapi dikenali dgn nama kg Lemang

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t