Skip to main content

Syaitan Merah Bertanduk

Lama tak sori mori tentang si Abam,the only hero..ni kisah abam dan solat..

Budak...kalau dah namanya budak,kadang-kadang nak mengajar dia kita pulak kena jadi budak.malam tadi..lepas solat Maghrib aku baring-baring dalam bilik nak tunggu solat Isya,adik dan abam kat bawah tengok tv.dah azan,aku panggil abam solat.kalau aku solat dulu dia marah sebab tak tunggu dia..panggil sekali dijawabnya 'kejap'.panggil sekali lagi dijawab 'nanti abam solat sorang'okey..aku teruskan je.

dah siap,turun bawah join diorang.dah kul 9.30 aku suh abam naik solat,korang bayangkan dia boleh berguling-guling dari depan tv sampai ke anak tangga pastu dia boleh pulak duduk disetiap anak tangga tu...bukan taknak solat tapi saja lengahkan masa (bukan selalu macam ni tapi ada harinya).

last-last aku cakap 'wah.mesti besar syaitan bertanduk merah atas bahu abam tu kan?sebab tu susah sangat abam nak naik tangga.kalau abam hebat..abam mesti boleh kalahkan dia'.tahu apa jadi?tiba-tiba dia bangun dengan buat aksi angkat berat sambil cakap 'abam hebat dan kuat' pastu cepat-cepat berlari naik tangga.hahahaha.aku gelak dalam hati.takde lah susah mana nak saiko dia..

macam ni kot syaitan merah bertanduk itu

kerjanya mengacau orang nak solat
biasa dia ni..

cer korang buat kat anak-anak yang liat nak buat sesuatu ,,errrrr,itu sesuai untuk kanak-kanak 7 tahun yang sebaya si abam la.kalau orang dewasa atau anak yang dah akil baligh bagi je batang penyapu ;)

Comments

nonie said…
memang sekarang kalau nak minta budak-budak ni buat apa-apa mesti kena pujuk baik-baik dan ingatkan Allah saaaayang orang yang dengar kata... biasanya jalanla... tapi ada masa diaorang liat gak, buat dunno je... mulala ada setan merah naik atas kepala mak dia jugak, suara jadik tinggi sket huhuhu....
gerhana luka said…
hee... betul tu Irfa budak2 kena guna psiko sikit, tapi kadang2 saya bukan setakat psiko je siap sedia tali pinggang kalau dorang malas hee.. tau takut.
Nieda said…
memang susah nak suruh solat , bertekak dulu baru jadi kekdahnya.
gadisBunga™ said…
saya dulu kecik kecik selalu je kene batang penyapu. rotan. hanger. hehehe!
azieazah said…
Anak kecik saya akan solat dengan saya jer... payah bila saya takda.
Lady Windsor said…
Irfa
hehehe...mudah je kan saiko budak-budak ni tapi kiranya dak abam ni terer le sebab itu jam gak dia bangun dan buat2 macam dia dah kick setan merah. Saya selalu saiko anak buah saya umur tiga tahun, tak suka makan nasi. Tanya je sapa nak jadi macam angelina ballerina kena makan nasi, itu jam juga dia nganga mulut nak kena suap. Dia die hard fan citer kartun angelina ballerina..haha sian dia kena tipu sama saya...
Unknown said…
anak akak lagi best...
"adek solat darjah 4 lah ibu"
wah wah boleh gituh.....
Irfa said…
@nonie..
zaman pakai rotan mcm dulu2 dah tak jalan sekarang ni.cakap pakai psikologi lebih cepat kesannya.suara nada tinggi tu?saya pun biasa buat..masa tu tanduk dah tumbuh.hehe

@GL..
mmg kalau boleh nak elak dari objek sbb bila dia sakit,kita lagi sakit..rasa bersalah bila tgk dia tido.huhu

@nieda..
mmg kena ulang banyak kali jugak,sekali cakap mmg buat derk je

@GB..
eh sama je,zaman akak dulu pun biasa kena tu.hehe

@kak azie..
kdg2 kalau saya sibuk dgn adiknya,dia buat sendiri la..kalau semua okey,solat jemaah sama2 itu lebih afdal

@lw..
angelina ballerina si tikus pandai menari tu ye?hehe..kecik2 ni bolehla guna taktik tu..dah besar dn berakal susah la kot.kena cari taktik lain ;)

@kak lienda..
darjah 4?
dah wajib rotan la kalau tak buat.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t