Skip to main content

Tepuk Pengakap Buat Doktor Gigi

ops,masih lagi kisah aku dan gigi.hehe

petang semalam aku keje macam biasa tapi balik awal sikit sebab ada temujanji (ayat skema) dengan doc gigi.tepat 4.30 petang aku dah sampai klinik,tak perlu tunggu lama sebab memang dah buat appointment.okey...berkat sabar menunggu akhirnya dapat jugak doc feveret.

aku datang untuk rawatan 'root canal'.apa itu?petik dari sini 'root canal' @ dalam bahasa melayunya 'rawatan akar'.jumpa satu blog yang menulis tentang rawatan akar dengan detail sekali.rajin boleh baca kat sini-MamaTomei

Rawatan Akar merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat infeksi bagi mengekalkan ia pada struktur rahang (mengelakkan cabutan). Infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan akar.

total cost yang aku kena ialah rm550 tapi pakai GL,kompeni cover rm400 je so lagi rm150 aku kena tambah sendiri.doc kata,dulu-dulu semua kos ditanggung oleh kompeni (termasuk crowning dan beberapa rawatan lain) tapi ramai staff tak guna peluang tersebut.sekarang dah kena bayar sendiri kalau buat rawatan mahal.yang cover cuma cuci gigi,cabut dan rawatan biasa.yang mahal sikit kena mintak GL.kenapa dulu aku tak tahu?okey..sedar diri.dulu-dulu aku masih muda mana ada masalah gigi tu pasal tak ambil kisah.redha dalam terpaksa......

lama jugak aku menganga depan doc tu,ada la dalam 45 minit.sampai lenguh rahang.huhu.tapi tidaklah sepanjang masa nganga,doc pusing aku cepat-cepat tutup mulut dan bukak balik,hilang sikit rasa lenguh.sambil berbaring dikerusi rawatan,aku terfikir 'bukan senang jadi doc gigi ni.nak ngadap mulut orang hari-hari.dapat yang mulut busuk,gigi banyak rosak.mau tak lalu makan sebulan'.sempat lagi aku buat rumusan sendiri.tahniah buat doktor gigi yang buat pesakit rasa selesa

betul tak?ingat orang suka-suka ke nak jumpa doc gigi?selalunya yang dah sakit baru la hegeh-hegeh datang jumpa doc.kalau sihat walafiat..jeling klinik gigi pun tak nak.padahal dari zaman sekolah lagi dah dibagitau jumpa doc gigi sekurang2nya 6 bulan sekali.maksudnya 2x je setahun.itu pun malas.eh!macam terkata pada diri sendiri je

kata doc ada 3 akar yang perlu dicabut,aku terbayang macam mana lah rupa akar gigi.terus gugel,jumpa beberapa gambar tapi malas nak letak sini..ngeri la,korang cari la sendiri ye.

sakit ke?emm..taklah,sakit sikit je dari gigit semut.hahaha.sakit sikit tapi masih boleh tahan.takde la adegan meraung dalam tu,kata doc aku kena datang lagi 2kali untuk habiskan sesi rawatan.dah booking tarikh pun sebab taknak doc lain,tarikh yang dipilih ialah 22 dan 29hb ni..

tepat 5.25 petang aku dah keluar dari klinik,ingat nak singah kedai ke hapa..takde mood sebab rasa ngilu kat gigi.terus je balik umah..............sebab dah banyak kali jumpa doc gigi,dah takde rasa takut dah.tiba-tiba rasa macam nak pakai braces la ;).katanya kos dalam rm5500.gigi aku takdela tersusun mana,selalu jugak rasa kurang yakin sebab gigi tak cantik..nak gigi lawa macam Dato Siti ;)

dahlah Irfa oi,bersyukurlah masih ada gigi............orang kata pakai gigi palsu,hilang nikmat mengunyah.ye ke?

Comments

Kakcik Seroja said…
Kalau gigi sakit 'apa pun tak boleh'! :)
Unknown said…
tiap kali pegi klinik gigi mesti aku menangis..hahaha..kalau dia duk "proses" gigi aku tu nape tah mesti air mata mengalir macam banjir..

murah betul air mata aku..

doktor gigi kat tempat aku hensem..

banyak eh co ko cover gigi..opis aku cover rm200 je.kedekut gila!
cheqna said…
kalu cheqna sakit gigi...nak cakap ngan org pun malas...
pB said…
tahun ni tak pergi lagi buat check up gigi.

Lady Windsor said…
saya menten jumpa dentist setiap enam bulan..ada yang sompek atau tidak, memang menten jumpa...sebab sekali pergi, dia akan bagi selonggok ubat gigi, cecair berkumur dan berus gigi...saya punya foc, kompeni bayar sumer...tu yang suka g..hehe
wakgelas said…
semua orang nak Lawa mcm dato Siti tuuu kann.. ehhhe
Khalilah said…
Betul, sakit gigi boleh buat satu badan merana. Hehe byk kali buat rawatan gigi tak pernah, 200 lebih skali buat. Ruginya, sebulan 2-3 kali kena buat...
Alamak! Aku mmg tak pnh jmpe doc gg kecuali g cabut zaman dolu2.
Irfa said…
@kakcik..
org sekarang kata 'aptb'hahaha.saya baru tahu singkatan ini ;)

@rai..
mmg murah sungguh airmata ko ye,nanti ada potensi kena sindrom airmata kering.hahaha.doc feveret aku tu pompuan,kalau lelaki mgkin aku segan sikit kot.sib baik cover rm400,kalau kena bayar semua harus aku cabut je gigi tu..sayang pulak nak bagi rm550,baik aku beli benda lain..hehe
Irfa said…
@cheqna..
bukan je malas nak bercakap,cepat marah pun iye jugak :(

@kakpb..
adik ipar kakpb doc gigi jugak kan?maaf kalau saya silap..rasa2nya kakpb penah citer dulu

@lw..
dulu mmg gitu,lepas check gigi dapat berus gigi,flos,ubat kumur segala..skrg ni takde.tapi yg cuci dan cabut tu semua kompeni bayar la..rootcanal je kena bayar sikit.
Dr K said…
mmg mencabar keja dentist ni ..hahaha..mengadap pelbagai jenis mulut & bau...tu pasal consultation & treatment rate nya mahal..
Irfa said…
@wak gelas..
kami sebaya umur tapi rasa macam jauh sgt beza dia dgn saya.macam langit dan bumi je ;).saya puan,dia dato seri..hehe

@khalilah..
selamat datang :)
nama adik ni mcm kawan lama akak masa sekolah menengah dulu,dia pengawas.sopan je orangnya.bab gigi tu,kalau free pegi je,jgn simpan benefit tu,rugi ;)
Irfa said…
@fara..
nak elak dr cabut la ni.tu psal buat rootcanal.kalau cabut mmg senang,hilang mslh tapi hilang gigi juga..bukan gigi susu nak tumbuh balik
yolanda diego said…
kwn sy buat rawatan akar kene rm600 utk 3 kali rawatan
Irfa said…
@daddy ziyyad..
tu pasal kalau kita dah selesa dgn satu2 doktor kita akan tunggu doc tu jugak..x nak dah org lain.ada kawan sy siap bersedih sbb doc gigi dia meninggal..sbb dr zaman muda smpi nak pencen doc yg sama.bygkan betapa lamanya dia dgn doc tu ;)

@nn..
betullah tu.rm550 utk 3kali rawatan.sbb doc kata ada 3 akar.ngeri lak bunyinya bila sebut akar gigi :(

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t