Skip to main content

Mandi Manda di Gold Coast Morib

kisah semalam..Cuti Awal Muharram tu ler..ni namanya 'rezki jatuh dari langit'..tiba2 dapat call dari sil bagitau dia sekarang kat Gold Coast Morib 'kalau nak bawak anak-anak main air jomlah datang sini'.Kebetulan jugak semalam (01 Muharram,en abe restday dan aku sudah semestinya memang cuti lor)..apalagi,kul 11 pagi kami dah keluar rumah.tak jauh pun dari rumah kami tapi sebab tak pernah pegi sana rasa jauh pulak.adalah lebih kurang sejam melalui jalan kampung melintasi Bagan Lalang.

Aku cuma tahu Gold Coast Sepang je tak tahu pulak ada Gold Coast Morib.nak pegi Gold Coast Australia jauh sangat.so kita pegi yang dekat dulu.Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami sampai sana,kalau tengok dari pintu masuk..nampak macam 'belum siap' mungkin juga tempat baru..so banyak bangunan masih dalam renovation.Overall semua okey sebab tempatnya bersih dan water theme park pun okey..sampai-sampai je mintak nak main air.sabar ye anak-anak.masuk bilik dulu letak beg,lunch dan solat Zohor lepas tu apa lagi..ya beda bedu la jawabnya.

layan gambar..aku je yang tak terjun.anak-anak ngan ayahnya sama naik berendam sampai kecut jari jemari.Sikenit siap melalak bila disuruh balik..huhu

peace yoo

kakak dan abam yang tak sabar nak berendam



view yang sangat menarik dari bilik yang mil duduk
tingkat 4

tengok lama-lama rasa gayat la pulak 

hambek ko,tunggang terbalik ambik gambar
sila jangan betulkan pc anda
suka bilik ada bath tub
harap ada satu di rumah impian ku nanti
bila kah?




ayah jadi bodyguard adik


tak cukup main kat luar
masuk bilik mintak masuk tub pulak
jangan demam sudah 
Pagi ni..disudahi dengan sarapan ala barat..kami pun berangkat pulang.ops sebelum tu hantar umie gi keje dulu.huhu..kan best kalau umie cuti lagi hari ni.jangan berangan ye umie,esok jelah kalau nak cuti pun.hari ni pegi keje..syoh syoh..

sebab takde nasi lemak dalam menu
roti pun jadilah



kakak seperti biasa..takde nasi pun takpe
dengan roti pun dia boleh hidup

daaaaaaaa

Comments

Qashmere said…
Bestnya..Nak pergi lah nanti. Dah banyak tengok orang posting pasal GOLD COAST MORIB ni..

Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

Take Care Sis
Acik Erna said…
anak2 dapat mandi memang seronok sangat
zino said…
macam best je tempat tu.. tak pernah sampai lagi tu.. adik kalau dah jumpa air kemana2 pun dah tak perlu tu hehe
:: CIKVIVA :: said…
hemm...x bwk pon xpe..i nak g gambang lah..bawk diri..huhu..
Kakcik Seroja said…
Bathtub dia siap ada jakuzi, kan? :)
Puteri Satu said…
ha ah ada member kata best kat situ..
ZieMarziah said…
uii bestnya kak irfa..sy x penah pegi lagi..memang nampak best.seronok la anak2 main air ye
Irfa said…
*mummy akmar..
pegi jangan tak pegi ye :)
akak pun baru tahu tempat ni..teruja la jugak sbb water theme park dia best

*kak erna..
memang pun.siap melalak kuat-kuat mcm kena dera sebab ajak balik.sabar jelah

*abah..
betul tu.kita pulak penat menunggu diorang tak jugak naik-naik.sampai biru bibir

*cik viva..
gambang lagi best la kot.siap naik bas lagi.haha

*kakcik..
ye kak,tapi saya lupa nk try jakuzi tu.huhu

*kak puteri..
jomlah buat rombongan kesana.dah dekat ngan umah akak tu ;)
Dr K said…
mmg masih baru lagi gold coast morib ni..water park dia not bad
Azian Elias said…
seronok nya semua..

tapi i tak pernah sampai sini..
-Sara- said…
ingat nak bwk anak gi sana gak..morib ni kat mane ek? klang ek..ehehe
Irfa said…
*daddy ziyyad..
oh dah pegi ye?
tadi sempat intai pantai dia pun nampak cam bersih juga tapi semalam tak sempat ke pantai sebab duk layan anak main kat water park tu.huhu
mungkin akan kesana lagi kot :)

*kak net..
jomlah..dah dekat tu
masih dalam luar negara :)

*azian..
tq sudi singgah sini :)
anak2 mmg seronok kalau dapat main air

*sara
Morib ni dekat ngan Banting.dah dekat ngan Klang la tu
Rumah Kuning said…
sukanya dia. usahkan anak2, mak2 pun sama. hehehe saya la tu.
macam syokkk je tempat ni...syg baru tahu...kalau tak boleh pegi sblum abes cuti ni :(
azieazah said…
Bestnya water park. Mandi sampai kecut, pastu naik jer perut lapar! hahaha kan?
Saya belum pernah sampai Morib lagi.
Lady Windsor said…
Irfa
waaa bestnya tempat ni kan, haruslah saya berpakat-pakat dengan NP nak pergi berendam..hehe

YOooo kenit tu memang berendam sakan yer..
Unknown said…
teringin juga nak ke sano satu hari nanti...nampak mcm menarik jer. kan...
Unknown said…
bilalah nak ke sana nie,dokat jeh ngan umah akak tuh....tungguuuuu !

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t