Skip to main content

Mariam Kampung Putat,Kisah Cinderella Zaman Baru

Hari ni nak citer pasal kisah dalam tv je.

Memula nak stori pasal Blogger Hanis Zalikha anak blogger Kak Nani Rostam dalam cerekarama Tv3,Sabtu yang lalu..bertajuk Mariam Kampung Putat.sumber gambar dan info dari sini dan sini.



Sinopsis:

Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung PutatMariam (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.
Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial.
Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya. Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama mariam kampung putat ini ialah Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Azhar Sulaiman, Betty Benafe, Azad Jasmin, Bea Rameshan, dan Shukry Yahya.


Sebenarnya aku dah bersiap nak tido awal tapi adikku,cikviva..bagitau Hanis Zalikha berlakon.So turun la jugak nak tengok macam mana lakonan dia..kayu ke tak kayu.komen aku..lakonan HZ bagi aku okey je.Takdela kayu sangat sebab aku pun minat jugak dia..selalu baca blog dia dan ibunya.Kenal blog dia pun lepas baca blog mak dia..jalan cerita simple dan boleh di agak kesudahannya..

Aku pernah dengar nama pucuk putat tapi tak pernah makan..rupa pun aku tak pasti pernah tengok ke tidak.takpe.en google boleh membantu ;)


Buah Putat..dari sini

baca sini..banyak juga khasiat buah putat yang baru hari ni aku tahu..emmm

Mengikut maklumat yang diperolehi, pokok putat boleh diproses sebagai ubat cacar air, gatal dan resdung. Berbeza dengan ubat-ubatan farmasi yang mana setiap jenis selalunya hanya digunakan untuk mengubati penyakit tertentu, kebanyakan pokok-pokok herba boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Cara penggunaan atau perubatan menggunakan pokok-pokok herba boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keserasian pesakit serta jenis-jenis penyakit yang dihidapi. Misalnya pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Bagaimanapun, pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia Racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya. Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar.


Wah..lepas ni ramailah yang mencari buah putat kat pasar tani.eh,ada ke jual kat pasar tani?jangan tanya aku la sebab aku spesis jarang ke pasar tani..takat nak beli bawang dan sawi seikat,singgah kedai dalam taman je..tak kuasa nak ke pasar tani.

Ops,aku rasa entri ni dah keluar tajuk la.dari drama tv,ke khasiat buah putat dan ending dengan pasar tani.huhu..layan jelah ye

Comments

Zareda Norman said…
kak zar suka buah putat.. Yg muda muda tu hiris dan buat keabu.. Pucuknya buat ulam mmg sedap.. Lemak lemak kelat:-)
Rinah said…
kita tengok pun dah half citer.. best gak.. lucu je tengok gelagat Azad Jasmin.. hehehe
Unknown said…
laki aku duk kutuk2 cite tu..aku layan je..cuma aku pelik..si azad tu bangla ke cina..loghat dia cina tak macam cina..bangla pun tak berapa nak bangla..hahaha..

tapi aiman tak kisah sbb ada aiman.. kakaka..
Aku tgk gak tp dlm ati pelik, apesal la cite die mcm ni. Pastu terus tuka channel. Wawawawawa~
Mummy Sher said…
Memang layan jelah..hehehe
shida said…
pelakon best. tp jln cerita mcm tak berapa nak logik....

Ha... buah putat ni kalau hiris nipis2 buah cicah sambal belacan mkn ngn nasik panas2 pun sodap!
Yellow said…
Aku tak tengok......
Irfa said…
#kak zar..
rasanya saya x penah makan buah dan pucuk putat ni wlpun saya suka ulam
nanti nak cuba lah :)

#Rinah..
azad bawak watak marzuki ah chong tu rasa cam lain..sbb dah biasa dgn watak dia loghat penang ;)

#rai..
aku layan pun sbb nak tgk hanis zalikha je..kalau org lain dah lama aku tukar kot ;)

#fara..
jawapan bagi komen ko..sila baca komen utk Rai atas tu.hehe

#sherwieyna..
layan jelah bukan ada org pksa ;)

#shida..
okeylah..lawak hujung minggu.nak kata best sgt tu xdelah.nak layan drama korea pun xde yg best malam tadi

#yellow..
takpe..bukan dapat duit pun
NenetPenne (NP) said…
tengok untuk suka2 jer..tapi halfway jer tengok...sebab tertidor

tapi watak izad agak kelakar
azieazah said…
Berlakun dengan skrip memang nampak mudah. Hanis memang berbakat. Cuma dalam program Mad Market tu, slang English dia sedikit keterlaluan dan bunyi pelik.
mama aryan said…
tengok..tp tak habs dah ngantuk sgt,,kikiki

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t