Skip to main content

NONI Black Hair Magic

kenapa ye kepala asik gatal je sekarang.orang kata kalau kepala gatal,nak naik uban.ye ke?citer pasal uban..aku ada benda nak citer..ada-ada je ye.hehe

dah lama dah kisah ni,masa tu balik key el..mil ada bercerita tentang sejenis inai rambut nak kasi kaler hitam.aku ngan mil kalau borak macam-macam topik.dari kisah artis sampai la bab masak-masak..eh bab masak tu mil la,aku bab makan je.hahaha :)

mil cakap,ada tengok iklan kat tv inai tu diperbuat oleh buah mengkudu,terus keluar mentol kat kepala aku *ting macam citer kartun tu kalau ada idea dia kuar mentol kan*.mil teringin nak cuba tapi tak tahu nak beli kat mana so aku teringat yang kat opis memang ada member jual produk tu,masa tu ramai akak-akak kat opis aku pakat beli sebab nak hilangkan rambut putih.testimoni memang bagusla kata diorang,aku manalah tahu sebab tak cuba.

bila masuk keje terus aku lupa pasal ni dan teringat balik bila en abe call tanya pasal ni sebab mil tanya.agaknya mil segan nak call aku sendiri tu pasal mil tanya en abe.aku memang betul2 lupa.okey..dah beli pun dari kawan,sepeket rm10.

ni dia..penah tengok?oh,ini dia websitenya NONI Black Hair Magic



ada gak intai kat kepala sendiri kot la ada uban kan?
so far takde jumpa pulak uban
umur berapa ye selalunya orang tumbuh uban?
yelah..dah 30an ni dalam perjalanan ke arah itu..
hehe

tapi orang kata,uban itu tanda kematangan
ye kah?
kalau pakai tudung mana nak nampak uban
so no need to worry ;)

Comments

Hubby aku pnh terjumpa uban kt kepala aku. Jumpenye selai. Tapi aku dah rs mcm, arghh! Dah tua upenye!
NenetPenne (NP) said…
eh bukan ke kaler hitam tak boleh? apa kaler boleh selain hitam..
tapi hari tu akak terkaler rambut dgn warna oren, melompat mak akak tau.. ha ha ha...

mmm rambut kat kepala ni dah byk uban... solution? pakai tudung tapi haiykkkkk...degil!!!

Dr K said…
ada kutu pun boleh gatal kepala tau, tak semestinya nak tumbuh uban...hahahahaha
azieazah said…
Tu la... ada gak baca yang Ustaz ada sebut, kaler warna lain boleh selain dari HITAM. Wallahuallam...
HeNRieTTa JoSe said…
xpernah tgk lagi yang macam nie...nak kena cr utk org itu...rambutnya dah ada yang xbewarna hitam lagik...
Unknown said…
dah beruban tu tandanya banyak mikir ha ha...boleh guna tuk melebatkan rambut tak :-)
Irfa said…
@fara..
so far aku belum pernah jumpa.yelah kepala sendiri mana nampak,lainlah kalau tumbuh kat kepala lutut ;)

@kak net..
itulah saya pun ada dgr pasal takboleh inai utk hitamkan rambut.tapi dah mil mintak,tak berani saya nak bangkang ;).akak kaler rambut warna oren?mmg berani sungguh la

@daddy ziyyad..
konfem xde kutu sbb kepala jenis panas..kutu tak berani singgah ;)

@kak azie..
saya pun ada dengar dan baca pasal tu..tp no komen ;)

@rietta..
org mana?oh okey..paham :)

@kak lienda..
emm tak pasti boleh lebatkan rambut ke tak
NenetPenne (NP) said…
terkaler oren
sebabnya dalam sebulan, 2 kaler pi kaler rambut so maka secara tak sedar jadi oren sort of kuning giler punya... heh...
Acik Erna said…
assalam dik..memang tak boleh warna kan dengan warna hitam..letak inai je..warna merah jadinya tak pe..selain dari warna hitam
Lady Windsor said…
Irfa
saya ada juga white hair sehelai dua tapi jarang sangat..maybe sebab masa kecik dulu arwah nenek sokmo cuoh minyok nyo atah palo...haaa tu dia...

err saya suka lelaki yang ada uban sket-sket..boleh..? tergedik di pagi khamis hehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t