Skip to main content

Tragedi Oktober Yang Menjadi Trauma

Sekarang dah bulan November tapi apa yang aku nak citer ni tentang bulan Oktober.Ingat tak lagu 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie?okey..aku pun ada kisah Tragedi Oktober yang nak share ngan korang.......sila baca dengan penuh debaran ^_^

Tarikh:2 Hari sebelum Raya Haji
Bertempat:Disebuah kedai telefon bimbit di sebuah pasaraya

Waktu lebih kurang jam 10malam,kelihatan seorang gadis sedang mengira hasil jualan kerana kaunter akan ditutup sebentar lagi.Gadis berumur 18 tahun itu bekerja sambilan (maksudnya tidak berniat nak kerja sampai tua disitu..nawaitu masa mula2 kerja bulan Disember tahun lepas ialah kerja sementara tunggu tawaran sambung belajar @ dapat kerja yang lebih terjamin).masuk bulan ini dah 11bulan dia bekerja di kedai tersebut.Waktu kerja adalah 10pagi hingga 10malam..

Tidak lama kemudian datang seorang customer (lelaki bangsa Arab) bertanyakan sesuatu kepadanya.Dia menyuruh kawan kaunter sebelah melayan customer tersebut tetapi lelaki itu tetap juga mahu bercakap dengannya.Maka dia melayan customer yang bertanyakan sesuatu tentang henpon.

Tanpa disedari,datang seorang lelaki dari belakang dan masuk ke kaunternya lalu membawa lari sekotak besar stok handphone(didalam itu ada banyak set telefon bimbit bermacam2 jenama) dan serentak dengan itu lelaki Arab yang bertanya pasal henpon kepadanya tadi juga bergerak meninggalkan kaunter.Dalam masa yang sama barulah kawan kaunter sebelah memberitahu,ada seorang lelaki masuk ke kaunternya dan membawa keluar kotak stok handphone..bila gadis itu memandang kedepan dan melihat lelaki yang membawa kotak itu dan dia cuba mengejarnya namun sudah terlambat.

lelaki itu hilang dicelah-celah orang ramai membawa bersama labu-labunya eh silap kotak stok handphone.maka meraungnya mengenangkan nasib diri yang malang sambil disaksikan oleh orang ramai yang tak buat apa-apa kecualinya memandangkan dengan rasa kasihan

malam itu..gadis itu dan kawannya di kaunter sebelah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian.Esoknya,mereka melihat rakaman cctv pada hari kejadian.Kelihatan seorang lelaki lalu di belakang kaunter sambil menjeling kotak tersebut dan akhirnya datang sekali lagi dan mengambil kotak tersebut.

Selepas kejadian,kawannya terus berhenti kerja serta merta tapi dia tetap juga datang kerja kerana memikirkan dia tidak bersalah..kenapa harus berhenti kerja?

Tetapi..dia mendapat khabar kurang gembira bila diberitahu oleh pihak atasan yang dia harus membayar semua jumlah kehilangan stok handphone itu yang berjumlah rm25,000 kerana menurut majikan,barangan tersebut (handphone) tiada perlindungan insuran.Ibubapa dikampung diam tak terkata dan sangat sedih mengenangkan kisah yang menimpa anak kesayangan mereka.Kakak2 dan abang2nya sepakat menyuruhnya berhenti kerja walaupun mereka juga takut akan tindakan majikan selepas itu.

Beberapa perkara yang berkaitan:

-dia bekerja dari Disember 2011(tahun lepas) tapi didalam slip gaji tiada potongan kwsp..sehinggalah bulan ini baru ada(selepas kejadian).mungkinkah kerana semasa mula bekerja,dia masih belum cukup umur 18tahun?dan umurnya genap 18tahun bulan September yang lepas,maka slip gaji bulan Oktober baru ada potongan kwsp?

-majikan menyuruh pekerja pergi sendiri ke pejabat kwsp untuk urusan tersebut sedangkan setahu aku urusan potongan kwsp harus diuruskan oleh majikan bukannya pekerja.

-dia disuruh majikan menandatangan perjanjian membayar balik jumlah kerugian sebanyak rm25000 melalui potongan gaji sebanyak rm500 sebulan sehingga selesai jumlah tersebut tetapi dia tidak menandatangan perjanjian tersebut kerana telah diberitahu oleh kakak dan abangnya jangan tandatangan apa2 surat sekalipun dipaksa .

-dia juga diberi 'amaran secara lisan' walaupun dengan nada suara yang lembut..ayatnya lebih kurang begini 'baik u bayar je rm25000,potong gaji tak terasa punya.kalau tak,u mungkin akan kerugian lebih banyak dari ini'.

-sekarang dia secara sah menghantar notis berhenti Sabtu lepas dan masih menunggu apa kata pihak atasan

so..............apa pendapat korang tentang kes ini?

Comments

Emm..first nak komen pasal KWSP tu. Memang zaman kita dulu, memang majikan yang uruskan. Kita isi borang dekar ofis HR..semuanya HR buat. Tapi now tak lagi. Kena pekerja pergi sana. Macam banklah. Second, baguslah tindakan gadis tu, tak payah tandangan apa-apa pasal gantirugi tu. Lagipun dah berlaku, baru nak sign. Kalau saya sebagai majikan pun, saya takkan suruh dia ganti. Nauzubillah mintak jauh. Lainlah kalau dia sengaja pi jalan2 tinggalkan premis sampai brg kena curi. Ini namanya incident, bukannya negligence. -Leney-
Irfa said…
@leney..
tq utk komen yg panjang lebar itu.
oh saya tak tahu pasal kwsp tu sbb zaman saya dulu..kompeni yg uruskan
tak tahu pulak zaman sekarang pekerja kena pegi sendiri.tq ye

@kakpb..
buleh je lari tp sbb igt kita tak salah tu yang bertahan..x sangka pulak gini jadinya
Nick Nashram said…
sama negeri la kita rupanya..huhu..tak balik kelantan ke cuti sekolah ni??
cer check dgn tribunal ke..kot2 diorang boleh bgtau whether adik tu tak perlu byr sebab sekian-sekian.
maybe sebab majikan tu dah gelabah, tu yg baru nak make it official dgn potongan kwsp...supaya nmpk sah employment nye
Anonymous said…
1st time nk komen...yg psl epf tu dua2 blh register tp kalau majikan daftarkan dia abk masa 2 minggu...kalau staff daftar sendiri terus dpt nombor on the spot...

yg psl surat tu majikan suruh sign tu, memang patut x pyh sign...apa2 pun rasanya staff tu x salah...dh cctv plk dh terang2 ada....rasanya majikan pun x blh buat apa2 kalau dia resign...btw..dia ada formal appointment letter x time nk start keja dulu?
Irfa said…
@NICK..
balik ambik anak je sbb dia skolah kat kelantan..so cuti sekolah baru dapat balik cuti dgn mak ayah.saya mmg tak dapat balik la sbb cuti pun seciput je tinggal bila ujung2 tahun macam ni ;)

@isabelle..
masih tunggu feedback dr HQ..saya bagi tempoh seminggu ni..kalau dia takde call maknanya dia mmg saja nak kenakan adik saya.bab kwsp tu saya rasa mgkin sbb adik belum cukup 18tahun tu psl xde buat potongan kwsp.tapi mmg kena check dgn kwsp betul ke tidak dia ada potongan

@anon..
tq fr info ttg epf tu
rasanya mmg takde appointment letter masa mula2 masuk keje dulu.
dtg tanya keje kosong ada tidak..sehari 2 lepas tu terus masuk keje.sapa sangka nak jd macam ni kan
Puteri Satu said…
try tanya tribunal.. kot diorang boleh bitau apa2 yang patut dilakukan... rasanya.. tak patutnya adik irfa nak bayar... lain kali cakap ngan tokeh kedai tu..time kedai nak tutup kena adalah... ini sampai ke malam tokejh tak datang jengok kedai..apa hal kan..hish sian nya la adik irfa tu...
Irfa said…
@kak puteri..
tribunal pengguna tu ke maksud akak?bukan tribunal pengguna tu utk pengguna komplen psl barang/perkhidmatan ke?saya cuba jugak gugel tp macam takde kaitan je
hehe..
NenetPenne (NP) said…
mmm rasanya dia tak perlu sign apa2 sebab tu kes kecurian bukan kelalaian.. kalau kelalaian boleh lah dia ganti..

lagipun siapa suruh pihak majikan tak insured kan barang dagangan tu?

mak aih nak ganti RM25,000.00? bila nak abis bayar tu?
Ummi said…
itu dah macam nak mengena, kalau nak buat aduan pasal majikan rasanya boleh pergi ke pejabat tenaga kerja ( akak tak pasti sangat tapi cubalah bertanya)

akak doakan semoga semuanya di permudahkan Allah

jangan bayar before dapatkan nasihat, dah sah-sah benda ni bukan salah dia
Irfa,

Sila pergi buat laporan ke Pejabat Tenaga Kerja (Labour Office). Diorang akan ambil kes ni dan sediakan peguam. Jangan risau. Saya pernah membantu seseorang selesaikan kes di pejabat buruh ni..insyaAllah diorang akan bantu.

At the meantime..do not sign or agree to anything. Bring the police report and see the council in labour office.

Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn.

azieazah said…
Pasal daftar EPF tu, memang sekarang, banyak kena daftar sendiri.
Kenapa barang kedai tu tak da insurans? Salah majikan la. Risiko berniaga dia la yang tanggung.

Kalu pekerja yang cedera? Majikan biasanya kena cover, kenapa barangan dia hilang pekerja yang kena cover? Pelik aih...
Pi la Tribunal Pengguna minta nasihat.
Mulan said…
ni kes kecurian kan.. ngapa nak kena bayar balik..??
Rumah Kuning said…
kesiannya. Apa pun jaga diri, bimbang majikan buat tindakan yg tidak dijangka.
Unknown said…
semoga kes ni cepat dapat kata putus.. kesian..
Zareda Norman said…
irfa

elok adik irfa pun amik langkah bertenang dulu. Dah submit surat berhenti kan. Tunggu apa kata bekas majikan. Jika dia paksa juga baru kita buat next step, report kat pejabat buruh. Tapi semua dokumen kena adalah.. Surat lantikan, surat berhenti, buat juga surat laporan kejadian curi tu pada majikan dan salinan surat suruh bayar 500 sebulan tu sekali.. Hopefully semuanya dipermudahkan buat adik irfa tu..
emarieys said…
kes agak besar melibatkan wang ni..
memang dugaan yang besar ni.. harap bersabar ye dik..

pada pendapat akak.. ini bukan kes kelalaian.. tapi kes kecurian.. bukti cctv pun dah ada.. kenapa majikan nak minta gantirugi sedangkan sebelum ni takde pun tanda tangan perjanjian mcm tu.. dah jadi kes baru paksa suruh tanda tangan.. mana boleh pakai.. kalau pun kata surat tu dah ditanda tangan.. dah tentu2 tariknya berkuat kuasa selepas kejadian.. sah2lah syarat bayar balik tu tak boleh diguna pakai.. tp mujurlah adik tak sign apa2 surat..

lagi satu.. kenapa pula adik sorang je yg kena bayar ganti rugi sedangkan dlm kedai tu ada 2 staff? & staff sorang lagi tu dah sah2 nampak lelaki tu masuk & ambil.. kenapa dia tak dilibatkan sekali? akak doakan segalanya dipermudahkan ye.. minta tolong dengan mana2 pihak yg berkaitan.. tp rasa akak majikan tak berhak minta ganti rugi.. ada bukti pun barang tu di curi..
Qashmere said…
Salam Kenal Irfa..

Sedihnya baca cerita ini. Kalau saya jadi perempuan tu. Saya tidak akan menandatangi apa2 kerana tentang hal sekuriti bukan menjadi masalah saya. Lepas tu pulak dah terang CCTV tu tunjjuk keadaan semasa kenapa kotak henpon tu kena rampas bukan salah perempuan tu pon.

Kalau saya jadi dia, saya akan buat laporan polis tentang majikan tersebut mengugut membayar ganti rugi yang sememnagnya bukan niat dia untuk mencuri atau sengaja nak bagi handpone tu hilang.

Memang patut behenti kerja, dan kalau saya jadi dia, saya akan laporkan pada jabatan buroh tentang semua ini, sebab ada mahkamah untuk kes camni yer. Biar diorang yang tetapkan sapa kena bayar ke tak...buat report tentang paksaan majikan suruh bayar rm25000. Mana lah logik orang kerja part time handphone nak bayar RM25000? bodoh ke apa orang tu? Dah tu, buat laporan pada KWSP sebab takde caruman.

Jangan risau lah. Sebab kecurian memang boleh terjadi mana2. Nampak sangat majikan tak jaga keselematan pekerja mementingkan profit je.

Apa2 pon DONE FOLLOW

Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

Take Care Sis

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t