Skip to main content

Ye,Aku Diet.Ada Masalah?

dah lama aku peram
tapi hari hasil 'peram'an itu dah pecah
bertaburan di sini,sana dan jugak disitu

jam pukul 1 tengahari
'tak keluar makan?diet ke?

aku makan roti
'roti je?kenyang ke?diet ek?

aku minum air  kosong
'wah!banyaknya minum air.diet ke?kembung nanti?'

heloooooooooooooooooooooooooooo
suka hati lah aku nak diet ke
nak makan ke tak nak makan
susah ati ape hal?

ye..aku diet
sebab aku rasa dah gemuk
bila badan dah berat nak buat apa pun malas
naik tangga rasa mengah

dengan tinggi aku 164cm
berat ideal aku ialah 50-60kg sahaja
sekarang berat aku 70kg
puas hati?

sumber dari sini
klik untuk view lebih jelas
aku dah lalui semua fasa
aku penah di 'kutuk' sebab terlampau kurus(satu masa dulu)
-macam papan lapis la
-lori lalu sebelah boleh melayang la
itu ini,begitu begini 

tapi sekarang aku ikut peredaran zaman
(ayat pujuk ati)
ingat aku tak berusaha ke?
dari duk komen macam2 baik bagi aku dorongan
dapat jugak pahala free
dahlah..malas nak layan

*maaf sekali lagi,sebab korang terpaksa korang baca entri merepek*

Comments

:: CIKVIVA :: said…
Dear sis..

Buat tak tau je..mereka semua itu saje nak berbasa basi katenye..
Hanis Azla said…
kdg2 apa yg kita buat jd hal utk orang lain.. padahal takde kena mengena langsung dgn org lain sbb dia org nak dgr jwpn yg dia org nak dgr.. biasa sgt dah mcm tu.. anyway all the best ye irfa..
Unknown said…
bizibodi sungguh..makan tak makan ikut suka hati la..ada gak kadang aku bawak nasik..pakat sibuk datang tengok aku bawak lauk apa.. pastu tanya aku..kenyang ke makan ni..

nyampah aku..

macam kat entry aku tu la irfa.. orang2 ni memang ngengada..dia takde kerja lain la tu.. macam nampak orang lain menyapu..da tatau sangat nak tegur apa dia pun cakap "hai..menyapu ke" kalau orang tanya aku macam tu aku hempuk kepala dia ngan penyapu tu.. lepas tu aku kata "ko tak nampak ke aku tengah goreng ikan ni"

eh! komen ni berkaitan ke? hahaha.. aku saje nak merepek kat sini..
Dr K said…
hahahha..

manusia..mmg macam tu..

bila kita gemuk, di kutuk nya..
bila kita nak diet, diperli nya..
kalau kurus, disuruh gemok..

lantak la wehhhh!!
ahahahaha
Unknown said…
sabaq,biaqlah orang nak cakap ape pun,letih bercakap depa senyaplah....
Zareda Norman said…
buat tak tahu aje... Janji kurus
saya pun berdiet jugak.. org perli2 kata2 belakang.. tapi buat tak je.. kita yg berat kita tau seksanyakan.. untuk kesihatan kita gak..
bangsawan nilai said…
cooobaaaan....sengih je!
Ratu Hatiku said…
Biar apa pun org nak ckp yg penting kita hepi (^_^)
Acik Erna said…
dik..yang diopis akak tu(tau siapa kan)..akak makan roti bising..makan mee pun sama.."eleh ..dia makan mee imgat boleh kurus ke"sekarang akak dah gemuk..puas hati tak dia..dah2 tua2 nak bersaing buat apa..debngki ngn akak buat apa..
suterazen said…
As Salam Irfa,

Teruskan usaha beb...diet utk sihat bukan semata slim dak gitu?...chaiyuk...chaiyukkk...
emarieys said…
pedulikan kata-kata diaorang..tp irfa jgn putus asa utk turunkan berat badan..bila berjaya..kita tgk apa pula cakap mereka..INSYAALLLAH
NenetPenne (NP) said…
people is always like that lorr..concern tak bertempat

akak dulu masa kurus 42kg pun kena kutuk mcm tengkorak hidup berjalan.. oklah kang, walaupun tengkorak jer,dapat juga berjalan...

jangan amik pot sudah, kalau irfa amik pot apa yang depa kata, nampak sangat irfa koncern dgn cakap mereka dan ejekan tu memberi kesan kepada irfa..... anyway, tak mati pun kena kutuk kan.. :)
Irfa said…
#cik viva..
mmg nak buat tak tahu tapi telinga ni nipis je

#kak hanis..
tu lah yg pelik.saya x penah tanya org macam tu

#rai..
takde modal apanya kalau dah hari2 tanya soklan sama..

#daddy ziyyad..
aptb-apa pun tak boleh

#kak lienda..
ngadu kt blog jelah..nak menjawab depan2 itu bukan saya la.tak pandai nak sound orang
Irfa said…
#kak zar..
risau jugak takut kecundang ditengah jalan.huhu

#ratu kebaya..
ye..betul.bukan sebab nak cantik je tp lebih pada nak sihat..w,pun ada statement..x kisah gemuk asal sihat.kalau dah nk bergerak pun mengah,sihat tang mana tu..

#bangsawan nilai..
tengah sengeh la ni

#ratu hatiku..
happy forever n ever after ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t