Skip to main content

Ramadhan 10: Kuih Kepek Hidung (Hidung Penyek)

Salam Jumaat
dah hari ke 10 berpuasa
rasa sedih sebab tak sampai 20 hari je lagi tinggal
kalau boleh nak tambah lagi 2 bulan 
boleh?
aku suka bulan puasa
perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata

okey, kalau korang tengok tajuk tu
mesti pelik kan?
hidung sapa yang penyek?

terlintas nak wat entri bila baca blog kakakku sayang, Kak Erna
gambar ni
# kak, pinjam gambar ye


aku tak penah buat kuih ni
tapi masa kecik2 dulu mak @ nenek selalu buat bila bulan posa
resepinya senang je
baki lepas buat kuih buah melaka tu
kalau 'nise' dah habis, gentel dan penyetkan 
macam korang penyetkan hidung (tekan tengah2)
pastu rebus dalam air menggelegak dan ketepikan

dalam kuali lain masak kelapa dengan santan dan 'nise' (gula kabung/gula melaka)
sampai likat dan masukkan adunan yang di penyet tadi
agak2 dah sebati semua adunan disalut kelapa
dah siap

# kadang2 kuih tu sama je tapi lain negeri lain namanya

eh peliknya, aku tak penah buat pun kuih ni
main agak2 je cara membuatnya
tapi pepandai bagi resepi
hahaha

(^_^)

Comments

zana-norzana said…
kalau kat pantai timur macam ni caranya ya..... kalau kat kg saya di panggil puteri mandi, berkuah... hari tu pun dapat kuih ni, neighbour bagi..... dia orang pantai timur......
Puan Eka said…
hehehehehe nampak cm sedap.

Nenek eka org banjar, ada jugak bubur adunan dia macam ni, Wadai kepeng namanya.

Lepas dipenyek2 tu letak tepi. Kemudian dalam periuk, masukkan santan, gula, garam secubit, daun pandan. Dah gelegak, masukkan tepung yang dah dipenyet2 tu.

Kacau kacau , masukkan pandan.

Siap...

nak sedap, buh durian. Perghhh.hehehe
asyifamustaffa said…
sedap juga gini..jnji manis..tp x lah manis sangat...manis2 buah gitu...
Aku pgl puteri mandi. Kuih ni pemes kat pantai timur je. Suke sgt kuih ni. fav ouh!
suterazen said…

uiii Sedak ni...lama tak makey.
Jari Manis said…
festime dgr nama kuih ni..kelakar je..nampak mansi dan sedap..ohh..JM nko tu puasa :-)
sweetie said…
Ya Zana, saya pun panggil puteri mandi.. ada kuah... yang ni tak berkuah... dah sah bukan puteri mandi tapi puteri berkubang!... ha..ha..ha... IRFA dan acik Erna jangan marah! hihihi!.
Irfa said…
ZANA..
lain tempat lain namanya, tp kg saya panggil nama tu
wpun sama negeri mungkin lain daerah x sama panggilannya ;)

KAK SWEETIE..
sy pun blur bila sebut puteri mandi,selalu tertukar dgn badak berendam
tak kisah lah mandi ke berkubang, jgn terminum sudah
batal posa ;)
Kakzakie Purvit said…
Itulah tadi kakak nampak sebiji gambar ini di blog Acik Erna. Alkisahnya pinjam gambar.
Kuih tradisi ni leceh tapi sedap..
Anak acik erna kata mak dia buat salah hihi..
ct cheery said…
1st gak dengar..klu kedah panggil buah melaka..kan?tp biasa kita buat xpenyet..hehe
Unknown said…
kuih kepek hidung? Pertama kali dengar nama tu irfa, tapi kalau yang macam dalam gambar tu pernah makan le, nama je tak sama...hehe.
||aLeaSaRa|| said…
hahahaha nama menarik betul tu,sis.rasa macam pernah nampak tapi tak pernah rasa.owh rasa macam onde2 lah ye..puteri mandi?owh lagilah tak pernah rasa huhu..
:: CIKVIVA :: said…
Teringat ko arwah "WO" kalu tengok kuih kepek hidung ni...uwaaa
Acik Erna said…
Dik kalau kuih kepek hidung sah2 nanti orang jata kuih abang..anak sulong akak tu he he..
Versi akak memang tak berkuah dik..macam tu je..tu pun sikit2 je letak inti..tak tahan juih yang manis sangat
Anonymous said…
korang kan..nama dia cun lah.. puteri mandi gitu.. apa kes puteri mandi ngan kelapa parut+nise..? aku pun tak tau.. yg penting.. sodapp..hahaha..
Ina Mohamed said…
hahaha....tuan puteri yg tengah mandi rupanya ada nama glamer lain hidung kepek...eh, kepek hidung, hahaha...ni first time dengar.
~::PermatA::~ said…
Sedapnya...xde jual kt teluk intan ni..huhu..
MOKCIK AZWA said…
kalau salut dengan kelapa parut jadi buah melaka, salut dengan kelapa parut dengan nise jadi puteri mandi..agaknya kot hehehe..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t