Adat merantau, berjauhan dari kampung halaman dan mak ayah. Bila ada adik beradik yang duduk berdekatan, mesti akan set satu tarikh untuk berjumpa paling tidak sebulan sekali. Selalunya aktiviti makan2 lah akan menyatukan aku dan adik2. Kami 6 beradik (sorang je yang masih belajar di kampung) dan 5 dah keluar merantau. Tapi kami duduk tak jauh, semua area Nilai je, paling tidak sekali sebulan memang akan berjumpa. Duk dekat2 ni kalau mak ayah datang sekali sekala melawat anak cucu, senang .. sekali harung boleh jumpa. Kalau berkumpul pun, samada umah aku @ umah adik lelaki yang dah berkahwin tu.
Dah hampir setengah bulan posa, belum ada kesempatan berbuka dengan adik lelaki yang dah berkeluarga tu. Sebab dia keje shift, orang cuti dia keje. Orang keje, dia cuti. Kalau nak jumpa kena set masa betul2. Yang single mingle tu memang boleh kata tiap minggu ada je kat rumah aku, kalau tak datang, anak2 aku pun mesti akan tanya 'ichik dan makcheq tak datang ke?'.
So semalam adik no 2 call, bagitau nak datang berbuka kat rumah, katanya masak nasi je nanti lauk dia belikan (paham sangat kot aku balik mesti kelam kabut nak masak) tapi sebagai tuan rumah takkan lah aku nak masak nasi dan hidang air je, Ontheway balik set dengan CikViva jumpa kat pasaraya sebab nak beli bahan untuk masak atleast satu menu.
Sampai umah jam 6.00 petang, singsing lengan pung pang pung pang kat dapur (bunyi hebat macam masak kambing sekor, haha). Gulai tempoyak udang dan goreng sayur campur je pun, kihkihkih. Sampingan ada sup ayam dan panaskan sambal ikan bilis makwan. Ada jugak roti jala dan roti john beli kat kafe opis dan pencuci mulut buah anggur hitam, air kordial perisa epal dan bebola sotong ditaja oleh cikviva .
Tepat jam 7.00 adik lelaki n family datang, siap bawak macam2 lauk. Ada gulai kawah, gulai lemak daging salai, pajeri terung, solok lada. Yang paling last yang sampai masa kami tengah menyuap ialah adik lelaki yang duk Putrajaya. Yang tak dapat join ialah sorang lagi adik pompuan, sebab dia keje shift petang.
# gambar tak menarik untuk ditayang, korang bayangkan jelah ye :)
Sebenarnya, bila kumpul ramai-ramai makanan tak sedap pun jadi sedap. Aku harap bila mak dan ayah dah takde nanti, hubungan kami adik beradik tetap rapat macam sekarang (2 adik aku adalah pembaca tetap blog ini) wpun kadang2 aku ada tegur mereka, aku harap mereka tak ambil hati. Kakak sulung memang macam mak-mak sikit, Maka bertabahlah ye adik2 dapat kakak macam aku ni.
Korang dah tahu pasal aku kan? Meh aku nak berkenalan dengan korang pulak,
* Korang ada berapa orang adik beradik?
* Adik beradik ramai ke sikit?
* Anak sulung ke anak tengah @ anak bongsu?
* Duk jauh ke duk dekat?
# takde hadiah ye ;)

Comments
Jadik nyor , kak pB ni maghi dari keluargo hok kecik
Adik kak pB dok MuOr
Saya ada 6 adik beradik. Tapi yang no 2 abang... dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya 4 tahun sudah. Mak ngan abah pun dah lama pergi...
Adik beradik ramai ke sikit?
6.. skrg dah tinggal 5. 4 perempuan dan sorang adik lelaki.
Anak sulung ke anak tengah @ anak bongsu?
Saya yang no 3...
Duk jauh ke duk dekat?
Kami yang perempuan duduk dekat-dekat je.. Satu taman.. rumah selang sebaris. Arwah abang dulu duduk di Klang dan yang adik lelaki yg bongsu duduk di Gombak. Bila hari raya kami semua berkumpul di rumah kakak yang sulung. Kak tu dah macam mak kami semua... teringin nak makan itu ini... cakap ngan dia... dia tlg buatkan.
Best juga ada adik beradik duduk dekat2 ni..:)
akak anak sulung dari 4 adek beradek...tapi adek adek semua dok kedah,
akak je tercampak kat nilai hu hu....
aku kalau kumpul2 pun ngan adik beradik ipar la.. sebab diorang tinggal dekat..4 beradik je pun..puasa ni bertukar2 kuih muih gak ngan akak ipar, adik ipar aku..hehe..baru nak plan makan sama sbb mak mertua aku baru sampai hari ahad aritu..
best ooo jadi anak bongsu....