Skip to main content

Cerita Balik Kampung Cuti Sekolah

Sebenarnya dah ingat2 lupa apa aku buat cuti seminggu lebih tu, yang aku ingat sepanjang cuti tu aku bangun lewat, best gile. Sila jangan contohi tabiat ini ye, kalau anak dara diketahui oleh bakal mak mentua kelaku gini, mau kensel ambik jadi menantu. Eh! best apa, bangun lambat takyah sarapan, terus masak untuk lunch, penjimatan berganda di situ ;)

Dah, cukup2 merapu. Berbalik ke pangkal jalan

Balik kampung adalah tiada dalam perancangan wpun tahu anak2 akan bercuti sekolah selama seminggu. Aku cadang nak bagi diorang rehat sakan kat umah je, tapi kebetulan minggu sebelum cuti sekolah, akak pengasuh tak sihat. Demam tiba2 dan di syaki denggi. Memandangkan aku tahu macam mana tahap dia tak sihat, sampai muka pucat lesi, jalan pun huyung hayang, mmg tak sampai hati dah nak hantar anak. Memanglah kakak n abam boleh jaga adik, tapi aku tak bape harap sangat senang citer, cakap jelah ko yang nak cuti Irfa oi, banyak sangat alasan nih 

Kol mak di kampung, tanya khabar. Katanya 'ayah demam ni. dah banyak ari tak lalu makan'. Ecece, mentol lampu menyala atas kepala. Ada alasan nak balik kampung nih, terus kol bos, mintak cuti. Alang2 dah mintak tu ambik seminggu terus lah.

Dah cuti seminggu, nak buat apa ye kat umah? check flight tak penuh, cam ada harapan nak menyelit. Emm pelik gak, selalunya kalau cuti sekolah, harapan nak naik flight adalah tipis. Rezki kami kot. Anak2, jom pack baju, kita balik kampung ...


muka eksited sorang2 dapat balik kampung
dah lama tak jumpa atok
Senin pagi nya, aku dan anak2 balik ke New Castle. Ayahanda dan bonda jemput kami di airport. Atok yang tak lalu makan itu, hilang rasa tak lalu makan bila tengok muka cucu2nya. Comel sangat ayah ni tau (^_^)

Aktiviti di Kampung

Sebenarnya kampung aku tepi jalan raya, bukan ada sawah padi, bukan ada sungai pun. Balik kampung pun banyak duk umah je. Tapi bilik lama aku masa bujang memang best giler, pantang masuk mesti lelap. Ke dapur pulak, lalu konon nak ke bilik air, eh! boleh lak capai pinggan ceduk nasi makan, huhu.

Pepagi bangun, gi sarapan kat kedai sepupu, makan nasi berlauk dan nasi kerabu

hai, nama kita 'Hajar'
sekarang kita kat kampung, jom kita belanja makan nasi kerabu

ni pesen bergambar ala 'kucing comel' dalam citer Shrek tu
dalam plastik tu nasi kerabu tapau bawak balik
Tak sah kalau balik kampung tak melawat nenek, dah uzur sangat tengok nenek. Tahun ni dah 89 tahun umurnya. Agak2 aku sempat ke capai umur tu? huhu 

* sayang mok, banyak kenangan zaman membesar aku dengan mok, maklum lah cucu sulung*
Pastu apalagi ye? Oh, ada satu kenduri anak kawan baik ayah. Kenduri besarnya tak sempat pegi sebab aku dah nak balik hari khamis tu, tapi malam sebelum tu akad nikah kat masjid sempat lah pegi.

masjid yang dulunya merakam detik bersejarah aku dan dia

curi2 snap gambar, nak gi dekat segan
hp kita cap hayam, diorang punya hebat2 belaka

ditempat sama aku dinikahkan, kini aku datang lagi dengan anak2
abam mana? nun di belakang tok kadi
sebab nak dengar tok kadi cakap 'aku nikahkan dikau'

Nostalgia sangat tengok majlis akad nikah tu. Sebabnya, masjid yg sama aku dan en Abe disahkan sebagai 'husband n wife'. Lap air mata dengan hujung lengan baju saat si ayah datang pada anak daranya untuk mintak izin dinikahkan. Teringat masa ayah datang kat aku tanya 'ayah nak kawenkan dengan ..., setuju ke?' eh! tanya lagi? dah sendiri cari takkan nak jawab tak nak kan? mesti lah angguk laju-laju. hihi. Tipu jelah, seingat aku, cuma tertunduk malu, huhu. Gila nak angguk lelaju, kang ayah aku kasi pang laju-laju baru tau, x buat dek orang mcm tu. Jaga sikit sopan gadis Melayu tu ye.

Emm, itu kisah 14 tahun yang lepas

Aku duk kampung senin,selasa dan rabu. Khamis dah balik sini. Sambung cuti kat rumah pulak 'Home Sweet Home' katanya.

Sakan cuti sampai seminggu kan? pasni jangan merungut baki cuti dah tinggal 12 hari nak tunggu sampai hujung tahun, pepandai ko lah nak ejas cukup ke tidak.

Raya posa jatuh hari apa ye? kalau jatuh sabtu ahad, senang takyah ambik cuti, selamat cuti tahun #sambil belek kalendar, okey, cuti raya posa Isnin dan Selasa, best gak tu (^_^)



Comments

Kakzakie Purvit said…
Atok sebenarnya rindu anak-cucu. Bila dah ramai-ramai kumpul selera pun timbullah..
Tengok muka budak Hajar tu lagilah cair hati dibuatnya:)
pB said…
sonok orghe balik klatae naik belon.
45 minit sapa..

kito balik naik kreto kebal
7-8 jae , belum tentu sapa lagi

hu hu hu
Betul tu..atok/nenek yg x sihat boleh sembuh bila tgk muka cucu yg balik sekali sekala..
sitiezahim said…
eeeee nama dia hajar macam nama kiteeee :D
Miss Brenito said…
hrmm, bila masuk bab menikah, sy pon sayu... nikah dalam rumah sendiri jer walaupaun masjid seberang jalan, dan abah sendiri jadi wali, kemain dia praktis sebulan awal nak mewalikan genggam-genggam tangan mak.. comel tau abah, mak citer la yang abah dok praktis selalu, tapi in that day, dia juga yang salah sebut nama anak sendiri, 3 kali juga akadnyer... huhuhuhu
Unknown said…
same la ayah kite pun..dlm2 xsihat tu , nampak muka cucu terus gagah balik
paridah said…
suka baca citer irfa balik kampung bersama anak2 bertemu ibu bapa tercinta...rindu hati atok nenek bertemu cucu2 comel rasa terubat seketika walau terpaksa merindu lagi setelah berpisah pula n terpaksa tunggu lagi waktu bertemu semula....blog irfa dh masuk bloglist kak...
sarah said…
hehehe new castle..pandai kak translate ek..
dekdaa said…
Aloh, sero nok make nasik kerabu eh pulok (padahal tok berehi sgt pun.. sero terliur plak) :P

Ooo coti ado 12hari?
Ore ado 36hari lagi hahaha larikkkk! :D
Irfa said…
KAK ZAKIE..
nenek baru je dtg sini jumpa cucu, tp atok lah yg dh lama x jumpa cucu
last jumpa tahun lepas rasanya bulan 9 kot

atok rindu nak tgk abam tu. kononnya mesti dah sakan membesar lepas bersunat ;)
Irfa said…
KAKPB..
emm yelah tu, mmg lah dekat klia-kb
tp kb ke kg berjam2 tu x kira pulak ye
huhu
t.a.t.a said…
Kucing comel tu memang comel la. Hahaha.
PetakBunga said…
rindu anak cucu lah tu..
sihat lg ye ayah umur gitu..alhamdulillah
Unknown said…
weh..kenapa entry february expired aku tak boleh komen..? bila bukak je jadi page error.. so aku komen sini.. haha.. boleh gitu..?
Nastyna said…
walau seminggu sempat jugak la beraktiviti majlis kenduri... kalau balik kampung mmg tak pernah puas kan, makanan jer pun tak sempat nak jamah semua.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t