Skip to main content

Medan 2014 Part 5: Plaza Medan Fair, Medan Mall dan Pasar Petisah

Day 2 @ Medan, Indonesia

Malam tu kami tido berhimpit atas katil yang size nya aku tak pasti, nak kata Queen macam besar sikit, nak kata King cam kecik je. Yang pasti semua tido dalam kepenatan, tapi aku 2kali terbangun, tetiba je rasa berpeluh. Otak ligat fikir, apa kah masalahnya, rupa2nya aircond mati. Ingatkan satu hotel black out, tapi lampu luar bilik nyala. Sabar jelah kan dah kata cakap nak hotel budget, memang budget sangat lah ni.

Terus kol kaunter, dalam 1 jam jugaklah berpanas baru ada aircond balik. Selama 1 jam menunggu tu, aku selamba bukak pintu bilik bagi angin masuk, pastu semua pakat bangun bersembang jam 3 pagi. Sib baik takde kena komplen dari penghuni bilik sebelah. Ker ada? hihi

Pagi tu bangun, terus bersiap untuk meneruskan misi. Sebelum tu turun bersarapan dulu, menu ialah nasi goreng + kopi pekat, kopi tu sedaplah. Kopi kampung gitu, rasa macam kopi 434 tu

Hari ni plan nak ke Plaza Medan Fair dan Medan Mall, so bertanya dengan adik manis kat kaunter, apa jenis kenderaan yang patut kami naik, senang citer 'kenderaan apa paling menjimatkan'. Katanya 'kalau ibu mau jimat, naik aja 'angkot' (angkutan kota), tambangnya cuma RP4000'.

'angkot' ni memang takde pintu
senang nak lompat masuk dan lompat keluar bila dah sampai destinasi 



Angkut ni macam rupa cam bas mini kecik tanpa pintu, lagi kecik dari bas mini sebesar van tu je. Sesapa je boleh tahan tepi jalan untuk naik, macam dalam citer sinetron tu diorang ada yang naik siap bawak ayam itik, tapi masa kami naik takde pun, hihi. Boleh je nak naik beca motor (betor) tapi cam tak yakin je, nanti2lah kita cuba bila keyakinan tinggi.


kopi pekat hitam tu sedap, kopi kampung kot
nasi goreng tu pun sedap
emm, aku ni apa yang tak sedap, haha

motif bergambar camtu?
dah kenyang jom kita bersenam ye
# shawl cantik tu souvenier dr rakan blog, datang dari Dongdaemun katanya
u know who u are, tq dear 
Dari Kesawan Hotel nak ke Plaza Medan Fair
 kena naik angkot nombor 10, warna kuning, tambang RP4000(rm1) 

muka happy dapat naik angkot
(sila abaikan makcik yang belakang dan adik baju hijau tu ye)

turun je dari 'angkot' tu, akak2 dah lupa diri kat kedai beg nih
akak yg suka buat 'peace' tu, borong 3 biji handbag kat sini untuk sedara mara
aku?
jadi bodyguard sambil snap sana sini , takde yang berkenan pun 
Okey, akak-akak dah abis ratus ribu kat kedai tu, jom ke Plaza Medan Fair. Kena lintas jalan yang bizi itu, so far diorang akan brek kalau ada yang nak lintas, cuma kita je rasa cam was-was kot lah brek dia tak makan. Tak pasal2 masuk 'Rumah Sakit Umum'(Hospital).

PLAZA MEDAN FAIR

sama cam shopping mall tempat kita je
masa kami sampai ada kompeni kilang Philip buat family day
layannnn

dalam Plaza Medan Fair tu ada ada Carrefour

kalau tak silap, ada 5 tingkat, bawah sekali tu tu grocery
kami tak turun pun

kedai kasut Payless ni kot yang KakSenduk kata banyak borong kasut tu
kasut dalam tu banyak size besar dan boleh tahan lawa kasutnya
macam kasut tumit tinggi yang di pakai artis masa acara karpet merah gitu
rega pun murah dari tempat kita

kedai yang sangat comel, kalau si kenit Hajar nampak ni konfem lompat bintang
staf dia pakai uniform cute sangat
# nampak budak yg macam nak keluar dari kedai tu
dia keluar terus cakap kat aku
'maaf ye buk, tidak boleh ambik foto disini'
emm, luar kedai pun x boleh ke? ye lah yelah sambil buat muka 14, hihi  
 sana sini kedai kasut, kedai handbag
kalau berkenan boleh borong seguni 

akak 'peace' tu bukan takat borong handbag
tapi borong set Tupperware jugak, murah katanya dari Semenanjung dan KK
suka hati lah kak oi, janji ko happy 
Kami datang awal, banyak kedai belum bukak. Lagipun dalam tu sama cam shopping mall tempat kita jugak, so kami keluar untuk ke destinasi seterusnya.

kalau nak naik taxi, ambik taxi Blue Bird, lebih terjamin keselamatan dan jugak harganya
kami tak naik pun sebab nak merasa naik kenderaan yang tak biasa naik di tempat kita

untuk destinasi seterusnya kami memilih beca(beca motor)
nak bagi balance, size XL naik dengan size S
kang kalau sama size , terjongket beca tu nanti, hihi

amboi, ceria muka 'akak peace' dan 'akak tokey'
'nak kemana tu? hati2 naik beca, pesan kat driver jangan merempit'


MEDAN MALL

Destinasi seterusnya ialah Medan Mall, naik beca motor ni kena kuat semangat, tapi aku enjoy the journey. Kononnya,  bila lagi nak merasa kan? Tapi akak yang beca satu lagi tu katanya, mengucap sepanjang jalan. Diorang jeles sebab beca kami baru, beca diorang buruk, kikiki. Mencelah di celah kenderaan besar meremang gak bulu roma. Tak ingat bape lama perjalanan dari Plaza Medan Fair ke Medan Mall, rasanya adalah 15 minit kot, tambang satu beca RP10,000 kalau tak silap.

pintu masuk Medan Mall

hai tembamnya pipi kaklong, macam pau terlebih yis, huhu

pemandangan dalam Medan Mall, lupa lak bape tingkat
yang pastinya bertingkek-tingkek ler 

snap sebab perkataan Yaohan tu macam pernah dengar je
emm dulu ada pasaraya nama Yaohan kan? sekarang ada lagi ke?  

dalam tu ada pasaraya nama Matahari
sama macam konsep Parkson/Jusco dalam shopping mall gitu


Sebenarnya tak datang sini pun takpe, sama je macam mall lain. Rasanya Plaza Medan Fair lagi besar dan baru dari Medan Mall ni. Pusing2 kejap dalam tu, pastu keluar ke destinasi seterusnya. Elok keluar dari situ, hujan renyai2 turun. Alhamdulillah, sambil berharap di Malaysia pun hujan jugak

PETISAH MARKET/PASAR PETISAH

Keluar dari Medan Mall, kami naik angkot ke Pasar Petisah. Seperti biasa, satu trip angkot ni RP 4,000. Orang tempatan ada yang bagi RP3,000 je. Aku duk depan, so aku tahu lah bape diorang bayar. Ada satu kes dimana sorang penumpang gumpal2 duit dan bagi kat driver, pastu terus lesap. Menjerit2 pakcik driver sebab tambang tak cukup lagi RP 1000. Nak je aku gantikan sebab bukan banyak pun Rp1000 tu kalau convert duit kita. Kata pakcik tu 'kerana 1000 pun ko nak lari ye, tak apalah' 

Disini ada sikit kesilapan, sebenarnya Pasar Petisah ni sangat dekat dengan Plaza Medan Fair. Jalan kaki tak sempat keluar peluh pun. Dari Plaza Medan Fair tu belok kiri, jalan sampai nampak satu restoren nama Barak Obama. Jalan tu lurus je sampai nampak bangunan kaler pink. Sepatutnya masa keluar dari hotel tu, kami ke Medan Mall dulu, baru gi Plaza Medan Fair dan last sekali ke Pasar Petisah. Ni terbalik, dah kena pusing balik. Tapi aku okey je, dah namanya tempat orang, mana lah kita tahu.

dari restoren ni dah nampak bangunan pink Pasar Petisah

gambar ni pinjam dari gugel SINI
bangunan Pasar Petisah dari jarak dekat


lorong menuju pasar Petisah

gerai jual buah

'kakak tokey' banyak borong kasut untuk anak2 daranya 

pinggan mangkuk pun ada
pecah di kira jual, hihi

aku macam berkenan ngan mangkuk bentuk ikan tu
tapi cepat2 sedar diri, macam lah takde jual kat Malaysia, huhu
Bila masuk Pasar Petisah ni, rasa macam masuk Pasar Siti Khadijah di negeri aku tu. Ada jual kain baju, kasut, barang kemas, buah dan jugak sayur. Nampak ada orang jual pecal, nak beli rasa was-was pulak. So kami pusing2 je dalam tu tak beli apa pun. Alang2 dah sampai, pegi jelah. Nak datang lagi tak tahu bila dah.



Sebelum balik, sempat lagi akak-akak ni memborong buah salak. Sampai berkilo diorang borong, murah katanya. Memang ler murah, tapi lepas tu pening macam mana nak bawak balik, berat buah tu, hihi

buah salak kelat2 manis

ralit duk tengok nenek ni jahit beg buah salak
orang dah pro, sapsapsui dah siap jadi beg, siap tempat pegang sekali 

model beg buah salak
'hai kakak comel, larat ke nak usung buah salak tu balik hotel?'
Balik hotel naik angkut sekali lagi, letak barang dan keluar semula ke Pasar Ikan sebab akak tu nak borong kain ela sebelum kedai tutup jam 5 petang. Semalam survey harga, hari ni baru nak borong.

2 jam dalam kedai menunggu kakak tokey pilih kain, sampai tutup kedai, hihi. Meh kita layan gambar. Tokey kedai kata, 'boleh ambik gambar untuk di Malaysia, tapi jangan tunjuk kat kedai lain'. tapi... kalau letak kat blog, kat mana2 pun boleh tengok kan? hihi

kain lace
ramai kata 'ko gi sana, borong lah kain lace'
sebenarnya ikhlas cakap
 aku tak tahu kain lace ni orang buat baju apa selain baju nikah@baju pengantin


pakai cam ni raya, konfem kak ton gelemer sekampung


saratnya, aku memang tidaklah nak pakai macam ni
i is pemalu, wuwuwuwu





Aku ada nampak satu benda yang pelik, ingatkan makanan eh!makan je keje ko ye? ni kali pertama aku tengok benda ni.

Tokey kata 'ini pelikat sutera basah'. Caranya ialah, bukak plastik dan kibarkan, terus kering dan boleh pakai, takde lah dia buat ekperimen sbb kami tak beli pun





Selesai memborong, jom kita balik hotel. Ni baru betul berjalan, keluar pagi baliknya hampir malam, sehari suntuk turun naik angkot/beca, keluar masuk kedai. Badan dah berpeluh berlengas macam berlari ratus kilometer.

Okey, bersambung dengan acara makan-makan malam itu .... kesedapannya membuat aku teringat sampai ke hari ni, daaa


Comments

Unknown said…
boleh tahan jugak korang berjalan ya.. panjang ceritanya..
Mak Wardah said…
Wow...bestnyer...Irfa g jalan2
Unknown said…
Haaaa.. hambikkk kau..
Puas jugak nak mengkhatam chapter 5 ni..
Nieda Ramly said…
entry ni pjg dr biasa, puas hati kak ton
Irfa said…
RAI..
tempat tu dekat2 je sebenarnya
memang panjang sebab banyak gambar kot ;)

Irfa said…
MAK WARDAH..
sesekali je kak ;)
Irfa said…
KAK SHAM..
nak cepat abis, selagi tak abis citer rasa cam ada hutang tertangguh, hahaha
Irfa said…
KAK NIEDA..
hehe, bukan senang nak karang panjang2 ni
jenuh fikir nak buat ayat ;)
JunAina said…
Bebila kena masukkan dalam plan percutian keluarga jugak ni...jimat kos.
dekdaa said…
Adoooii la.. panje nyooo hhahaah tapi redha.. baca jugok!

Psttt.... kami ado tiket gi medan esok kekononnya nak celebrate anniversary... tp malangyo kena le burn tiket tu.. takkan le nak bawok baby kechek, pyh la!
Kalu nak tinggal pun kesian jugok... tinggal 30menit pun rindu doh.. inikan pulok 3hari eheheh!

Ooo ado jugok MATAHARI... ingat kat batam jah ado matahari.
Sorgaaa soping!

amboiii hijaunya bare tapawerrrr :P
Jari Manis said…
Shawl tu mmg cantik, waduh klau hotel budget pu jgn lah tutp aircond kan mahu sesak napas
Shopping time tp cukupp kr bwk 1 juta jew
Barak obama? Ahaha agak menarik nama kedainya
Jari Manis said…
Masuk ke tak komen i ni
rostina76 said…
adeh!!!!!penat baca kepenatan shopping korang. hahaha!!!bestnye soping sakan weh. btw yg paling menarik kain pelikat & buah salak tu. lawa beg salak tu ekk. hehe
:: CIKVIVA :: said…
tak makan kat kedai barak obama ke? hehe
kenapa kain pelikat packing gitu, cam kek gulung..heheh
Irfa said…
KAK JunAina..
kalau ke Indonesia, kita jutawan.
so boleh lah nak bawak satu family,
dan kalau percutian keluarga, kena ambik trip ke Danau Toba baru best
kt Medan last day pun cukup
Irfa said…
JM..
emm black out tu tak pasti sengaja @ tak di sengajakan
kalau org tdo mati, mmg sampai ke pagi kot tido tak sedar ekon padam
tp sbb akak tido2 ayam mmg takleh tido lah dlm panas gitu

ha'ah.. mmg betul nama restoren tu Barak Obama. dia dulu kan penah membesar kat Indon
Irfa said…
JM..
dah masuk dan selamat dijawab pun komennya ;)
Irfa said…
CV..
kami mmg tak makan tempat sebarangan, tak berani oo..
nak beli air pun fikir 14kali

mmg mula2nya igt kan kek, sebijik bungkusan kek gulung
happyichigo♥ said…
Suka tgk gambar kak jejalan..best nye
Irfa said…
ROSTINA..
hehe, sesekali nak buat entri panjang
selalu entri pendek, belum sempat feel, dah penamat ;)

diorang ni kreatif, mgkin banyak saingan jadi kenalah jd kreatif utk tarik pelanggan
Irfa said…
DEKDAA..
emm burn, rugi lah. tp nak wat camaner, benda tak rancang nak jadi
tiket murah itulah risikonya, takpe.. ada masa lagi ;)

matahari tu mmg femes ke? aku tak tahu pun ;)
dekdaa said…
Femes!
Kalu kat Batam, satu2nya shopping complex yg besar, yg lain tu ada tp tak strategik la.

Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Bika Ambon Zulaikha, Medan also available

Place order or grab our limited supply now.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431
Unknown said…
Hi olsss... uol silap medan mall xde apa2??!!!.... medan mall ataw dikenali pasar sentral.. di situ la syurga yg sebenar.. medan mall bersambung dengan 2 lg tempat shopping yg harganye jauh lebih mùrah berbanding pasar petisah n pajak ikan(aku x kn pergi pajak ikan untuk cuci mata ok harga gil kinzir di situ) berbalik di medan mall, di situ la yg paling besar segala kelengkapan ada,
Medan mall tu bercantum dgn pasar basah jual ikan, daging dll... di situ adalah sentral, org malaysia memang kurang explore d situ.... di pasar sentral tu 1 hari x kn abis berjàlan... kalau gi lg medan try explore semula medan mall, sekian kakbed kawan kepada kak sendok...
irwantawa said…
Salam kenal ya...
Hai, kapan ke kota Medan lagi, cerita kamu lucu ya...saya sampai kagum bagaimana kamu menilai keadaan kota Medan (sebagian)...
Irfa said…
Hai Irwantawa
tq kerana sudi komen diblog saya
welcome
haha, maaf kalau ada tulisan saya yang negatif, semua tempat ada istimewa nya
yang pasti saya rindu suasananya, semua orang gigih berjualan
dan saya rindukan bakso nya
TIARA TOURS said…
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')