Assalamualaikum
rasanya bukan hanya kita di Malaysia
tapi mungkin juga satu dunia turut sama bersedih
dengan apa yang terjadi Sabtu lepas
dah masuk hari ke3 hari ini
Sabtu (8-3-2014) pada pagi hari kejadian
Tak tahu apa ribut datang, aku bangun awal dari biasa
kebiasaan kalau hari cuti, lepas Subuh tido balik (jangan tiru ye)
tapi Sabtu tu aku bangun awal
siap mop satu rumah, kemas apa yang patut
basuh kain semua siap
(sebab plan nak balik cheras tengah hari nanti)
Jam 9.00 semua dah setel, baring2 tunggu anak2 bangun
capai handphone macam biasa
buka fb, hampir gugur jantung bila dapat berita
MH370 penerbangan dari KUL-BJS (Beijing) hilang
lost contact dengan menara kawalan
tapi kerisauan sekejap je, terus wsap member bahagian operasi
katanya dah selamat mendarat kat satu tempat di China
rasa lega sangat
tapi baca komen sampai bawah-bawah
katanya berita palsu, cnfirm balik ngan member
dia pun cakap 'sori, masih lom jumpa, msge tadi tu salah'
argh sudah
sejak dari saat itu sampai sekarang
sedetik pun fikiran aku tak lepas dari memikirkan hal itu
apa yang mampu aku buat hanyalah berharap ini semua mimpi
bila bangun nanti, semuanya back to normal
banyak banner muncul tanda sokongan dan doa untuk MH370
# kredit untuk gambar2 dibawah, anda semua sangat kreatif
dalam banyak2 yang memberi sokongan kepada sanak saudara mangsa
ada jugak yang menunjukkan kebodohan sendiri
menjadikan tragedi itu sebagai bahan lawak di laman sosial masing2
kepada yang 'sakit akal' nya itu
semoga diberi petunjuk
wpun takde sedara mara @ kenalan dalam penerbangan itu
kesedihan melihat sedara mara mereka di kaca tv dan paper
buat hati aku menangis sama
wpun aku tak kenal semua crew2 dalam MH370 itu
tapi ada yang wajahnya pernah tengok
paling terasa kerana kami dibawah lambang yang sama
kepada semua yang baca
sama2 kita doa terbaik untuk MH370
Comments
mcm x percaya je mula2 dgr..
allah maha kuasa, dia yg tau.
kita doa2 yg terbaik je.
Mungkin ada di antara kita makbul doanya.
Allahumma ameennnn..
Ada sedikit kerisauan anak kak Zai akan pulang tak lama lagi dengan penerbangan MAS.
moga ada doakan kita, yg diangkat Allah
Apa pun kita berdoa sahajalah selagi tak ada khabar tentang pesawat ni. Ramai yang masih berharap untuk keselamatan mereka. Semoga yang baik2 je kesudahannya..
Sedangkan kakak ni org biasa tak kenal semua pun bila baca message boleh mengalir airmata apa lagi yg diatas.
Bersama kita berdoa moga ada petunjuk Allah berikan...
ye, yang namanya Wan tu
malam tadi anak aku cakap, hari ni ada solat hajat kt skolah utk kapal terbang katanya
anak crew tu sekelas ngan anak kawan aku
kami kat sini, nampak je crew beruniform yang baru balik/nak fly
mata cam berpasir, sebak sgt
mesti diorang lg sebak sbb pernah bertugas sama2
ye,mmg banyak benda kita dengar
tak semua boleh share
cukuplah kita sama2 doa yg terbaik utk mereka
boleh baca
boleh dengar
tapis mana yang nak percaya @ tidak
dlm pada itu teruskan berdoa
ye, doa utk mereka dan kita semua
moga ahli keluarga dan sahabat rapat mereka tabah menerima ujian ini
harapan masih ada selagi belum terima apa2 pengesahan
insha Allah
mari berdoa..moga makbul doa itu
insha Allah
kes ni menjadi mimpi ngeri bagi kita semua apatah lagi keluarga mereka
jgn risau kak, ajal maut di tangan Nya
x lebih dan x kurang walau sesaat
ramai jugak yg mati walau di atas tilam empuk
semoga ada petunjuk utk kes ini
harap jgn ada yg ambil kesempatan
of kos lah mereka pernah jd ahli keluarga akak satu masa dulu
dan akak juga ada kenangan dgn mereka
moga Allah mendengar doa2 kita
yelah,walaupun takde ahli keluarga yang terlibat,tapi itukan kapal terbnag kebanggaan milik negara kita,ada wargenegara kita,ada banyak nyawa di dalamnya.Sepanjang beberapa hari ni memang hati berdebar2 menanti apa hasil keputusan pencarian MH370.
Geram jugak baca pelbagai status dan komen yang mengarut2.Ramai betul pakar tak bertauliah tiba2 wujud, kan :)
P/S-->kawan Kak Lea terus sujud syukur walaupun sedih kebanyakan cabin crew tu kawan setugasnya.Kebetulan kawan Kak Lea pun ambik cuti macam kes Zarul Umbrella , tu hurm....