Skip to main content

Daddy Oh Daddy

TQVM untuk yang kongsi tips dan petua untuk anak semput semalam
si kenit masih belum ok
baru kejap tadi pengasuh call, si kenit batuk non stop
aku dah sampai opis, en abe lak keje shift pagi
aku memang nak balik je tadi, tapi pengasuh kata tak payah 
dia dah mintak adik iparnya hantarkan kenit ambik oksigen kat klinik
# akak pengasuh n family baik sangat, hanya Allah mampu balas budi baik mereka
Rezki bukan hanya $$ semata, di kelilingi orang2 yang baik juga adalah Rezeki dr Allah   
sekarang kenit nampak okey sikit sambil layan vcd kegemaran
'Frozen'
tapi dia sebut 'Pozen'

kata si kenit 'nama kita 'ELSA', kakak jadi ' ANNA'

'do u want to build a snowman'
lalalala

~*~*~*~*~

ni aku jumpa kat FB
tetiba gelak besar
hahaha, sweet sangat



kan?
si ayah kuar outstation seminggu
si mak okey je urus anak

si mak kuar kursus 2 hari
ke cuti gi sopim dengan kengkawan
anak dah huru hara kat rumah
bab umah macam kapal karam tu toksah cakap lah

tapi, sejak anak2 dah besar sikit ni
dah boleh tinggal rumah semalam dua tanpa risau
dulu-dulu, nak balik kampung semalaman pun tak sampai hati

kepada kawan aku yang nak gi Negara Matahari Terbit bulan depan tu
jangan risau ye, pandai2lah en suami jaga anak2 ko tu
semoga ko berkursus dengan tenang ye
# larik

 (^_^)

Comments

isme_cv said…
Tulah, sesekali tgk lah cenel KBS tu ada program realiti kisah ayah aka selebriti Korea yg jaga anak2 bila wife dorang takde..The Return of Superman...kelakar uolsss...
Unknown said…
alhamdulilla..suami akak bab anak2 ok dia jaga,bab kemas rumah pun ok, tp...sekali dia kemas anak2 jgn la nak makan berterabur...habis dia beleter satu rumah...
Unknown said…
hahaha..aku sampai skang lawak gambar bapak ngan anak kat sofa tu.. comel gila dialog..

thanks beb...
safurara said…
sama mcm anak kita.masuk je kete.nk snow man nk snowman.hahaha
pB said…
teringin gak keluar kursus lama lama
Zareda Norman said…
Irfa.. nak komen pasal hajar kena asthma tu. Ni pengalaman kak zar sbb dulu pu zulakka kena semput teruk gak. Tgh malam berangkut kat spital tu perkara biasa.kak zar dulu bg ika makan spirulina madu produk local je tapi amik masa gak. 2-3 botol jugak bg terus hilg semput sampai la ni dh 13 tahun umur dia. Pantangjya masa makan madu tu jgn tersedak je. Bg madu asli pu boleh tp betul betul asli bukan harga 20 30 sebotol tu. Guna sudu plastik.. usahalah cari penawar dgn benda bersih dan halal. Bukan benda pelik pelik.. please.
paridah said…
moga adik cepat pulih ya..
Mar Mansor said…
adoi mesti g negara matahari terbit tu dengan hati yang berat...kalau boleh setiap saat nak tahu apa yang berlaku
t.a.t.a said…
Err, son. Your daddy also got tits what. Just that his tits got no milk. Huhu.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...