Skip to main content

Adik Ipar Belum Bersalin, Mak Balik Dulu

Lemau sangat nak apdet blog sekarang, huhu. Mood ke laut dengan macam2 hal *tarik napas, hembus*

Meh citer pasal mak. Ma datang sini 3Mei lepas, malam sebelum aku ke Vietnam. Tujuan mak datang sebab nak jaga cucu2nya, wife adik lelaki kena masuk wad awal (dia peknen kembar, jangka bersalin 19Mei tapi disebabkan baby sorang kecik sorang besar) doc suh masuk wad awal untuk monitor perkembangan. Aku tengok perut sil pun seram sejuk, kemain besar perutnya. Dalam keterujaan menunggu anak buah kembar lahir, aku turut rasa seram sejuk fikirkan sakit nak bersalin.

Sil patut operate Isnin lepas, dah masuk labour room keluar balik sebab kata doc peralatan tak cukup. Sampai sekarang takde tarikh baru, hari2 sil kena puasa sebab bila2 masa je akan di sorong ke labour room. Aduh! tegang urat leher aku dengar berita tu. Dah tahu peralatan tak cukup, yang ko sorong si ibu masuk labour room tu pehal? Pikir positif, mungkin ada hikmah disebalik kejadian, doa yang baik2 jelah.


Dah 11 hari mak tinggal rumah, malam tadi ayah call. Ayah suh mak balik dulu, sebab besan mak pun ada datang. Ayah kata, dah bersalin nanti pegi lah balik. Hehe, ayah rindu lah tu tak dengar suara mak kat rumah. Ma dan ayah bagi aku adalah loving couple, puluh2 tahun duduk bersama, diorang tak pernah habis cerita, ada je benda nak sembang, gelak2 laki bini. Harap aku dan en Abe pun macam tu bila tua nanti. Insha Allah

# mak dah balik ni, takdelah aku ulang alik ke dapur je, kalau tidak .. 24 jam makan je kejenya, huhu

# Update jam 3.50 petang: SIL selamat lahirkan kembar lelaki, Alhamdulillah


Comments

Miss Brenito said…
aduh ngerinyer dengar....
Acik Erna said…
harap adik ipar tu dipermudahkan bersalin dan selamat ibu dan anak.
kalau dah terbiasa ulang alik kdapur tu..mak tak de pun boleh juga...sendiri lak rajin nanti kan..permintaan perut hi hi
t.a.t.a said…
kak, sweetnya baca pasal mak dgn ayah tu. harap sangat la kita dengan pasangan macam tu nanti kan? huhu.
JunAina said…
Bila mendenankan sakit bersalin tulah sebabnya anak akak ada 3 je...eheheee...
Nastyna said…
eiii seram sejuk pulak I dengar sorong keluar masuk labor room woi. boleh pulak peralatan tak cukup, depa ni kan... heishhh la. moga semua lancar la nnt yer. suka kan tengok old loving couple.
paridah said…
moga adik ipar tu bersalin dgn selamatnya ya...mak ayah irfa mmg xboleh lama menemankan anak2 sbb mrk juga ada khidupn privacy mrk.
Unknown said…
Betul la Irfa..
Tiap kali Omak mai sini.. akak susah hati betul..
Mau tidaknya.. bangun je tdo.. semua dah siap..
B'fast.. lunch.. dinner.. tea time.. tak sempat fikir.. dia dah ke dapur dulu..
Salam ukhuwah Irfa,

Kesian pulak kat adik ipar Irfa tu ye... semoga dipermudahkan urusan bersalin tu nanti ye..
Memang loving couple lah ma n ayah Irfa tu :)

Akak follow #455 jemputlah ke blog kecik akak ye :)
Unknown said…
masa kakak ipar aku pregnant anak kembar tiga pun aku seram.. bengkok tulang belakang dia bawak baby tiga sekali.. aku bawak satu pun jenuh.. tahniah..
QasehnyaRania said…
acaner blh peralatan x cukup
x check betoi2 ke..

alhamdulillah..

aamiin :)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...