Skip to main content

Hadiah Comel Buat Pengantin Baru

(^_^)

hai, hai, hai
dah sarapan?
# this morning i eat nasi lemak, uwaa
pas makan rasa nyesal, nape aku pilih nasi lemak, huhu 

minggu depan cuti sekolah dah start
kad kawin pun dah banyak diterima
ada yang langsung tak kenal tapi kad ada atas meja
kalau dekat ngan rumah, boleh lah di usahakan
kalau jauh tu kirim salam dan hadiah je lah kot

sebut pasal hadiah kawin
tadi member tanya pendapat aku
'anak buah nak kawen minggu depan, nak bagi apa ye?'
aku cakap
'susah2 sangat bagi lesung batu je kak, semua orang pakai lesung batu
setakat bawang 2 ulas takkan nak guna blender'

aku penah nampak orang bagi tong gas kat pengantin baru
okey apa?
mahal tu tong gas
*bayangkan kalau 10 orang bagi hadiah tong gas, boleh bukak kedai tuh, haha*

aku dulu masa kawen (14tahun yang lepas)
berpuluh kotak set gelas/cawan
aku ambik satu dua set je, yang lain simpan dalam lemari mak kat kampung
nanti ada sesapa kenduri, mak balut je hadiah tu bagi
senang keje kan? 

tapi kalau korang malas sangat nak fikir hadiah apa
bagi set pisau ni pun okey SINI

ini order kakak opis semalam, 2 set untuk 2 pasangan pengantin
aku siap bagi pakej balut sekali, haha      




aku paling ingat hadiah kawen dulu
ada 'budak kecik' bagi aku hadiah bedak johnson
# hadiah kawen aku masa kat kat kampung, banyak dari budak
nak kata aku ni mesra kanak2 tak jugak
mungkin mak dia malas nak layan permintaan budak2
tu yang beli bedak johnson sebagai hadiah

paling grand hadiah cash money dari kawan2 opis
memang sesapa kawen akan dapat duit dari unit kebajikan
kumpul2 semua, + sikit duit kami, dapat beli set bilik tido
sampai sekarang masih pakai set tu
cuma pintu lemari je dah goyang sikit sebab angkut pindah rumah

tak kisah mahal ke murah, janji ikhlas, tak gitu?  

masa korang kawen dulu, apa hadiah paling 'unik' korang dapat?
# yang belum kawen boleh share, hadiah apa korang suka bagi pada pengantin baru?

daaa


Comments

Acik Erna said…
dik..tong gas..dapur gas 2 tunggu..oven letrik yang bulat tu..zaman dulu punya oven..telur ayam 100 biji..tu la antara hadiahnya dulu hi hi..dulu2 periuk nasi letrik ngan seterika letrik tu macam wajib ada je orang bagi hadiah
MOKCIK AZWA said…
Hadiah kawen dulu paling gempak dapat setong ikan, udang, sotong dari kawan2 pengusaha makanan laut dan kipas angin dari rakan2 PDRM.

Paling banyak biasalah set gelas sampai sekarang masih ada kat rumah mama di kampung bersusun2 campur2 dengan hadiah adik beradik lain hehehe..

paling lucu dapat hadiah tisu tandas..hahaha

kalau rakan sekerja yang nak kawen, kami biasanya sepakat kumpul duit beramai2 sepejabat, jadi biasanya akan dapat banyak - ada sekali tu pengantin dapat beli semua yang dia nak ( peti sejuk kecil, microwave, rice cooker dan beberapa barang lagi) dari duit kutipan kami tu...punya happy dia hehehe..
paridah said…
menimbun juga dpt hadiah masa kahwin dulu...time tu org suka hadiahkan gelas n album gambar.
sukaxplo said…
jam...

sampai skrang jam tu masih ada...hampir 13 biji..hehee
t.a.t.a said…
Hadiah apa? Err doa kira hadiah juga kan?


Hehehe.
Aziela said…
Hadiah paling tak disangka ialah set botol susu siap dengan berus cuci botol lagi dari seorang sepupu. Mak oii, segannya masa buka hadiah tu depan orang ramai. Bukan main 'dewasa' lagi diorang bahankan kami.
Irfa said…
TATA..
doa lagi afdal
bukan senang orang nak doakan kita
hadiah itu kira bonus lah
hahaa
Irfa said…
KAK PARIDAH..
gelas dan frame tu wajib ada dalam senarai hadiah ;)
sebab apa gelas?
sebab dah ada kotak.. terus balut je
Irfa said…
telur ayam 100 biji?
hadiah utk mak pengantin kot, hihi
Irfa said…
KAK AZWA..
sakan bbq seafood kalau gitu

tapi untung betul kawan yang dapat barangan rumah tu
jimat banyak tu x yah membeli barangan rumah :)
Irfa said…
AZIELA..
mmg ada macam2 hadiah tak disangka nih
tp mcm botol susu tu, kalau lah takdir 10 tahun kendian
psgan masih lom ada ada..mesti rasa semacam tgk hadiah tu kan?
tp xpe.. boleh bg kat orang lain, memanjangkan sedekah kata orang ;)
Fai Nardir said…
masa fai kahwin dulu takde la hadiah yg paling unik.. kebanyakkannya peralatan dapur mcm periuk nasi, stand mixture, cerek.. pinggan mangkuk.. semua tu bagi fai best sbb mmg fai guna pun... hehe..
bangsawan nilai said…
aku tk tau sgt pasal hadiah ni irfa, biasanya salam kaut je dgn bapak pengantin hehe

takdela. kengkwn atau sedara rapat tu adalah jugak bagi hadiah. yg belikan wifey la, kengkdg aku sponsor, kengkdg dia pakai duit sendiri hu hu
Dr K said…
Hadiah kawin paling unik yg saya tau ada kawan saya dapat, ialah hadiah Lesung & Penumbuk Lesung nya...memang pakai sampai beranak pinak..hahahaha
Aisyah said…
wahh..piso ni akak pun nak..hee..piso kat umah akak..tumpoi da-ah...
Biarlah rahsia said…
K.bi plak hadiah plg byk dpt ialah set cadar dan toto...lebih 10 set...yg cantik2 simpan utk diri sendiri selebihnya hadiahkan kpd psgn lain2...
sarah said…
pengantin baru mesti suka masak sebab dapat set pisau yang cannnnntik sangat..
Unknown said…
Salam. Kak kat mana nak beli yee set mcm neh?
Irfa said…
DEAR SHAZLIN..
dulu akak ada jual
tp sekarang dah xde stok, supplier pun dah xde
cuba cari online ada jual.. set ni paling laris masa akak jual dulu
Irfa said…
SARAH..
boleh main masak2 kat dapo
suami potong bawang, isteri potong sayur
gelak2 gembira, maklum ler pengantin baru, semuanya manis
Irfa said…
KAK BIE...
untung tu, bertahun tak yah beli cadar ;)
Irfa said…
YONG..
sy jual semua sampai 1 set pun tak tinggal
sekarang dah nyesal, nak kena beli ngan org lain pulak
Irfa said…
FAI..
untung macam tu, benda boleh guna dan sesuai bagi psngan baru nak mulakan hidup
ada yg dapat 10 biji jam dinding sebagai hadiah kawen
ambik ko..segenap ceruk gantung jam, haha
Irfa said…
DZ..
tu bagus, dah tentu mmg guna
tp kalau dapat 10 macam tu parah jugak ye ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t