Skip to main content

Prepaid Box Pos Laju Jimat, Tapi ...

Rujuk SINI


SITUASI SEBENAR:

Semalam gi Pos Office nak pos barang
#perlu ke nak terangkan? hihi

Masa sampai kaunter pos pun dah 1/2 hati
adik (pompuan) yang selalu kat kaunter tu takder
yag ada staf lelaki tu je, dia ni ada sikit angin kus kus
# aku kalau nampak budak tu kat kaunter, kalau boleh elak, memang nak elak
tapi hari ni tak leh elak, dia sorang je kat kaunter

Barang yang nak di pos ialah 6 pasang kain cotton
Dia ambik barang, terus timbang, ambik borang pos dan print  
aku tengok penimbang, berat kain tu 3.290 kg (tak sampai 4kg pun)

aku pandang dia sambil cakap
'oh lagi mahal, kalau gitu boleh tak guna prepaid box RM20 tu'

dia punya reaksi macam .......(taknak sebut, nanti hilang aura +)
'emm, dah print lah, patut akak cakap awal nak pakai kotak tu '

# tarik napas, hembus

salah ke kalau ko keje sebagai customer servis ko bagi cadangan kat customer?
bukan semua orang tahu pasal prepaid box tu

aku penah deal ngan staf pompuan tu, dia dengan sopan bagitau

'barang akak ni kalau pakai prepaid box lagi murah'

kalau dia jenis ringan mulut, dia boleh je cakap 
'akak boleh guna prepaid box RM20, memandangkan berat barang akak tak sampai pun 5kg'

tapi, kalau dah buat keje 1/2 hati, inilah yang jadi
'semuanya rm26.50'

okey, bayar dan terus blah
kalau korang jadi aku, apa korang rasa?
rasa Oren? okey

# wpun kos pos tu dibayar oleh customer, tapi aku rasa sangat rugi wpun cuma rm6.50
# rasa bersalah sebab tak guna perkhidmatan yang ada
# rasa geram bila ada orang buat keje cincai2
#Prepaid Box Pos Laju Jimat, Tapi itupun kalau staf kat kaunter tu jenis 'ada hati'
# rugi kat sini, untung kat sana, biasalah tu
# sekadar luahan perasaan, tiada niat lain


Comments

Unknown said…
aku paham. kat pos malaysia rumah aku tu mmg budaknya perangai rasa mcm nak bagi penampar.. mulut kuajaq gila.. cakap tak reti elok2.. lastnya kitorang kalau nak pos, memang guna service mail box.. so far okay la.. malas nak pegi pos malaysia..dah la ramai orang..
t.a.t.a said…
Betul kak. Bila kita berniaga, secara automatically kita akan tolong fikirkan sama untuk customer juga. Macam bos saya kata, kita bagi pilihan pada customer. Terpulang pada customer nak pilih yang murah atau mahal. Biar customer yang buat pilihan.
lina said…
sama jadi macam dekat saya..
saya nak buat poslaju antarabangsa..
rasa macam diorang salah bagi borang..
dah tanya..
dia cakap borang yang betul..
sekali dah print semua, saya tanya sekali lagi 'ni poslaju ke?'
dia ckp 'parcel by air'
saya ckp la, 'tadi kan saya cakap nak poslaju'
boleh dia ckp 'dah print la..'
saya terpaksa except silap dia..

geram..
eh! terpanjang pulak komen..
Irfa said…
DEAR LINA..
sama kes lah ni
cuma situasi beza
td sy g pos barang lagi
sy saja tanya, kalau slip dah print mmg takleh kensel ke?
#lelaki tu xde, so ngadulah kat staf pompuan pasal kes semalam
katanya 'kalau slp dah print, kensel.. kami yg kena charge nnti'
maknanya.. diorang xnak ngaku salah,so cust lah dipersalahkan wpun dia yg salah paham'
boleh gitu?
Irfa said…
TATA..
ni dah konsep 'take it or leave it'
takkan nak cari psl sbb hari2 kita nak berurusan dgn dia.
mmg sakit hati
Irfa said…
RAI..
dahlah itu je pos opis yg paling dekat nak berurusan
nk taknak kenalah ngadap jugak
service mail box tu mcm mana pulak?
Cikja said…
Cerita pasal pos laju nie aku..pun geram jugak tapi bukan pasal kes pos barang tapi hantar surat. Bos arahkan hanta HR dept terima apa2 parcel/surat dari mana2 courier service walaupun ada receptionist. Dan entah angin apa budak pos laju tue marah sangat sebab lambat(kebetulan dia sampai budak receptionist tue tgh layan panggilan masuk) nak cop terima surat dia bawak...siap ajar aku tinggalkan no ic kat budak receptionist tu lepas tue suruh je budak tue yang ambik surat.....aaiikkk dia bos aku?... Aku cakap kat budak receptionist tue "lelaki pun period ke? tetiba nak marah?...huhuhu..budak muda lagi tapi sayang adab takde...



aizamia3 said…
kalau tak sebab pelanggan dah order barang, akak memang sanggup patah balik dari terus hadap orang yang kat kaunter macam tu.. memang tak lah..

psstt: akak selalu avoid dari terpaksa berhadapan dengan sorang staf kat maybank ni..
MOKCIK AZWA said…
Kalau Irfa tak high light memang tak tahu kewujudan kotak ini..ada orang pos laju nak terangkan?? minta mahap jer la...patutnya hargai pelanggan, baru berkat perkhidmatan tu..
Teena Tna said…
Saya pun selalu gak lalui situasi macamni. Dah tahu kau kena deal dengan public, sila la beri servis&layanan dengan baik. Ni layan pun macam nak tak nak jer.
Yunus Badawi said…
Baru2 ini ada tawaran prepaid box tu: Beli 5 dapat free 1. Dah jimat juga tu.

Saya nak cadangkan Irfa buka akaun dgn Poslaju jika selalu mengepos barang jualan ni. Tak perlu susah payah nak ke pejabat pos utk poskan barang2 tu. Call aje mereka akan datang pungut tanpa kos tambahan. Kalau perlu ke pejabat pos pun tak perlu beratur bila dah ada akaun
Kat sini kalau pakai DHL atau Deutsch Post diorang akan rekemenkan yang paling murah. Diorang akan suggest based on parcel kita tu then dia akan bagi a few option. So pilihlah yang mana kita nak. Servis penuh dengan senyuman cakap pun sopan dan dengan ucapan selamat bagai. Tapi saya selalu buat online jer, pack siap2 pastu kat online trus pilih servis yg kita nak, bayar dan trus print label tu sendiri. Tampal kat kotak then nanti posmen datang ambik kat rumah. Atau boleh pergi drop kan saja parcel tu kat pos opis. Jauh sangat beza penjaga kaunter pos kat sini berbanding kat sana.
HeNRieTTa JoSe said…
Xpernah guna yg kotak, biasa guna yg buble jerr dgn kotak pos express...biasa dorg xgtaw pown...dorg ikut apa kita mnta jerr...
Irfa said…
RIETTA..
sy selalu guna yang plastik bubble rm6 dan rm9, kotak tu penah guna yang 10kg=rm30
sbb dia rasa bukan keje dia, tu pasal dia salah kan customer sbb tak tahu
Irfa said…
KA..
ntahlah, saya ni nak kata hari2 pos barang tak jugak
tapi setakat ni mmg guna PosLaju je sebab yang lain lagi hampeh (terutama skynet)
(ni kaunter Pos Malaysia yang menyediakan khidmat Pos Laju, bukan PosLaju punya kaunter sendiri)

rasanya lambat lagi kot nak maju sistem kurier negara kita nih
Irfa said…
YB..
ada nampak iklan tu
buy5free1

mmg kena bukak kot, tak lalu dah nak ngadap muka dia hari2 kat situ
dari 10 yg saya jumpa, ramai komplen psl dia
baru sorang yang saya jumpa puji dia nih
tapi nak buka acc perlu deposit jugak kan?
Irfa said…
TEENA..
kalau ada pilihan mmg saya pegi tpt lain dah pun
tp takde pilihan, yg ni je satu paling dekat dan senang nak pegi
agaknya dia tahu orang xde pilihan, tu pasal buat keje cincai2 je
Irfa said…
KAK AZWA..
saya pun tahu baru ni je
sbb nak pos kain banyak balik dr vietnam tu hari
member rekues pos laju utk jaminan sampai dgn selamat
10kg=rm30
esoknya dah sampai ;)
Irfa said…
AIZAMIA..
huhu, betul tu
dah janji ngan cust nak pos hari ni
kenalah tunaikan janji

hahaha, ada jugak kes alergik dgn orang mcm ni ye?
Irfa said…
CIKJA..
emm mmg geram sungguh, gigil aku tahan geram tadi

amboih, dia lah ngajar ko ye
mgkin dia bosan ngan keje dia, tu yg jd mcm tu
kayyana said…
rasanye guna pos swasta lagi bgus kan.. tp tulah.. mahal sikitlah.. memang semua pos laju bermasalah ke ek? hehehe
AzianKhalil said…
Kerani lelaki mmg cenggitu kot...tak suka berbasa basi...amik timbang dahhh...
Yunus Badawi said…
Kena deposit RM500. Itulah. Patutnya kurangkanlah. Tinggi sangat bagi yg berniaga kecil2an ….. huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t