Skip to main content

Teruja Masak-Masak Guna Pemanggang Happy Call

Psttt .....
meh dekat sikit nak bisik 
Sebenarnya malu nak share bab masak-masak ni
maklumlah, aku ni bukan pakar sangat main periuk kuali ni
masak untuk tekak sendiri boleh la
masak untuk ramai, terus lupa nak letak garam bape sudu, huhu

tapi, nak share jugak main masak-masak guna Pemanggang Happy Call ni
walaupun dah lama beli, tapi baru sekarang nak guna
sibuk sangat katanya
gambar adalah hak milik sendiri
# walaupun kualiti gambar adalah hampagas, huhu

Kali pertama merasmikan pemanggang tu dengan kambing panggang
# beli yang dah siap marinate kat Jusco, terus campak je

Daging masak sempurna, dapur tak kotor dengan percikan minyak 
i like


Yang ke 2
goreng telur dadar bersayur
# renjis sikit je minyak kat pan
walaupun less oil tapi cantik je telur dadar tu masak


Yang ke 3
percubaan membakar kek pisang
#resepi kek pisang pulak senang amat, guna blender je 


masak guna api paling kecik


bawah tu terhitam sikit, sebab lupa kecikkan api masa mula2 masak
takpe, kita potong yang hitam, atas masih boleh makan ye anak-anak
tak baik membazir, amalan syaiton tuh

okey, tu je nak citer 
(^_^)

# tak sabar nak masak kek oren cuti hujung minggu ni
# masak ikut mood, kalau mood takde, apapuntakboleh 


Comments

Rumah Kuning said…
saya pun ada beli pemanggang ni. Suka guna tp yg tk syoknya selepas basuh,nk menunggunya kering, terkangkang byk guna ruang. Dah le dapur kita kecik.hehehe
Acik Erna said…
Hari2 masak kalau mood dah mari ni kan dik..resepi banyak je tu
Misz-ella said…
banyak benda boleh buat dgn pemanggang ni rupanya. Kc panggang daging je dik.
Jari Manis said…
Wahh kak irfa rajin nyer masak. Pemanggang pelbagai guna ni mcm2 leh masak teringin nk beli 1 berapa harga nyer kak
paridah said…
BANYAK KEMUDAHANNYA TU...RAJIN2LAH MASAK YA..
SalbiahM said…
tak pernah lagi try untuk buat kek..maybe sebab dah kerap guna untuk ikan dan ayam, takut berbau walaupun dah basuh.insecure sungguh..hehe
:: CIKVIVA :: said…
Paling suka yg kambing tu, tuan tanah mestilah kena ada satu baru buleh buat demo...heheh
MizzMal said…
sis, saya ada beli happy call pan ni dari lazada. kalau masak guna side grill tu..everything ok. air stim keluar dari tempat yg sepatutnya dan tak meleleh keluar dari pan.

tapi, kalau guna side yg halus je tu..tutup, then bukan..wap stim akan meleleh keluar dari pan. which is little bit messy.

sis ada hadapi masalah yg sama ke? takut jugak kot2 pan saya tu tiruan.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t