Skip to main content

Vietnam Trip 2014: 2 Day 1 Night

emm, cam dah nak basi dah citer ni
kejadian berlaku pada Ahad dan Isnin yang lepas
cam malas je nak perah otak ingat balik apa yang berlaku
tapi dah kata 'My Diary My Story'
kenalah citer gak kan, hihi 

ye, memang sleepy giler
flight delay, sampai klia jam 1155 malam
sampai umah lebih kurang 1220 malam
esoknya seret kaki mandi untuk gi keje
bukan takleh sambung cuti, tapi sayang nak cuti
dahlah cuti tinggal seciput je lagi
Disember lagi 7 bulan, huhu

tengok tajuk pun dah tahu aku gi mana kan?
nah boarding pass sebagai bukti bergambar, kikiki


ni kali ke4 aku kesana
# orang dah ulang alik 10x sebulan tak citer pun, hihi

sedikit mukaddimah
pertama kali kesana, day trip dengan grup seramai 6 orang
pegi pagi balik malam
giler penat kalau di ingat balik kisah dulu tu

kali ke2 dengan trip 4 orang
sempat bermalam 1 hari

kali ke3 dengan adik aku dan kakak opis
ber3 dan tido semalam

# penah tulis tapi malas nak cari link kisah2 sebelum ini, huhu

ni kali ke4 aku kesana
dan ini kali ke2 aku pegi ngan kakak yang sama
dulu ber4, kali ni kami ber2, dah lama idamkan trip kami berdua je, hihi 

sori akak ye, jadi model blog kejap
jangan marah nanti tak chomel

kali ni takde gambar aku
mood nak bergambar klik sana sini pun dah takde
sebab ini bukan kali pertama, so tak delah eksited macam kali pertama

kami ambik flight jam 9 pagi 
sampai sana, naik bas ke Ben Thanh
tambang 5000Dong sorang
bagus untuk yang berjimat macam aku dan tak kisah naik bas
lagipun kami bukan nak kejar masa pun
enjoy naik bas tengok gelagat orang tempatan

note:
kalau nak naik bas, keluar je dari balai ketibaan tu
belok kanan , jalan terus kedepan 
nampak bas seberang jalan tu
depan cermin tulis Ben Thanh
naiklah bas tu, kalau beg besar, dia charge tambang beg sekali
tambang ko Dong5000, beg pun sama jugak lah Dong5000

lebih kurang 20@30 minit dalam bas, sampailah ke bus stop depan Ben Thanh
seret beg cari hotel
kami pilih Thanh Thu Hotel
dengan sewa bilik USD25 satu malam
bilik tak besar tapi sangat selesa bagi kami berdua

Thanh Thu sebelah Saigon Pink Hotel
kawasan yang agak sibuk dan semuanya ada di satu tempat
sederet dengan Kedai Basiroh yang jadi tumpuan ramai warga Malaysia
# for info, aku tak penah booking hotel, just walk in je
banyak hotel kat sana, tak payah risau kalau tak book
cuma kalau musim cuti, rega mungkin mahal sikit lah 




katil yang muat2 untuk kami yang bersize 'chomel'
ekon super sejuk, sib baik tak demam 

ops, baru perasan yang kami langsung tak buka tv masa kat sana
hahaha 

okey, sambung esok
bye

(^_^)


Comments

Kopiolimauice said…
murah gak harga bilik...betul2 kt sana melambak2 hotel kan...
Nastyna said…
Eh I tak pernah sampai ke betnam lagi tau, memang nak sangat pi. cepat sambung nak tau apa u guys buat kat sana muehehe.
PM said…
pergi HCMC sekali je, tak pergi2 lagi.... bila la pulak nak repeat HCMC ni eh. huhu
Unknown said…
Irfa..
Macam dah balik kampung la pulak kekdahnya..
Nieda Ramly said…
nak dengar cerita Vietnam lagi...shooping raya ka?
zino said…
selamat shopping
sweetie said…
gambar kat vetnam ke tu...
Jari Manis said…
Kali ke 4...dh mcm balik kg halaman hehehe...ye better naik bas..lagi jimat coz kalau naik teksi..charge berganda2 mahal
Miss Brenito said…
wah, seronoknye kak Irfa, sy masa pergi untuk pertama kalinyer dok Saigon Pink. sama gak harga semalam tapi katil asing2.. dah la nak honeymoon masa tuh.. huhuhu

Bulan 11 ni nak g lagi dengan Bos sy, nak kirim apa2 tak?
:: CIKVIVA :: said…
bagus ni try hotel lain2 tiap kali pegi..harga pun lebih kurang je kot.
Unknown said…
cantik biliknya walau pun aku kira murah gila..
JunAina said…
terasa nak gi lagi tp rakyat jelata kat rumah nanti muka semua masam...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t