Family Trip 2015:Hari ke 2 di Amsterdam, Tour ke Perkampungan Tradisional Holland (Volendam, Marken & Windmills)
Sambungan dari SINI
Malam tu kami tido dalam kesejukkan yang amat sangat (aku suspek yang heater tu ada problem, tapi staf kaunter kata nanti lama2 ok, kejap on kejap off, tapi dalam tak sedar, kami lena jugak sampai ke pagi).
Bangun2 je perut rasa lapar sangat, meh layan Maggi cup sampai menatap jam besar kat bangunan Beurs Van Berlage, nikmat sangat makan megi kat oversea (kat rumah aku memang tak layan megi bodoh rendam air panas nih, paling malas pun megi goreng), sesekali boleh lah. Sejuk2 makan megi best wooo..
masa ni rasanya kul 6 pagi kalau tak silap tengok jam lah |
Plan hari ni ambik tour melawat kawasan perkampungan, tunggu hari cerah sikit, jam 9 pagi kami keluar dari hotel. Tak payah risau mana nak cari tour melawat tu semua, berderet kaunter kat bawah tu boleh pilih, kami plan nak ambik trip pagi tapi dah penuh. So ambik yang tengah hari punya (jam 12.30 tengah hari).
* Hotel Damrak Inn, betul2 mengadap jam besar * tangga naik ke hotel, ok lah luas jugak, kalau tangga naik kebilik, sengsara sempit gile |
salah satu kaunter untuk beli tiket tour ( Lindbergh Tour & Travel) tour ni selalunya ambik masa lebih kurang 5/6 jam gitu (setengah hari lah senang citer) Dewasa 40Euro, Kanak2 20Euro |
* antara offer tour yang ada * aku sebenarnya nak ambik gambar pakcik makcik tu, stylo kan diorang, walaupun dah tua |
kebuhsanan takde keje, meh kita bergambar ye anak2 |
Jadi ada masa lagi beberapa jam sementara tunggu turn kami gi tour, saja lah merayau dekat2 situ menghabiskan masa yang ada. Teringat ada yang mengirim tshirt Hard Rock, so kami ambik tram (keretapi dalam bandar) ke Hard Rock.
Satu lagi, hati2 dengan basikal yang di gelar 'killer bike' oleh pemandu pelancong kami, bawak basikal macam merempit. Nak lintas, sila pandang kiri kanan dan kiri sekali lagi baru lintas.
1 Amsterdam ni pun wajib ambik gambar kan? lepas gian, sebab asik tengok orang post bergambar kat sini masa datang dulu, benda ni lom wujud lagi |
* beli barang yang orang kirim dan tak lupa untuk diri sendiri sebagai kenangan * kat sini jumpa budak Melaka yang datang training 3 bulan, nanti dia keje kat Hard Rock Melaka |
aku dan bunga tak dapat dipisahkan ada sapa tau nama sebenar aku? dah tentunya ada nama bunga kat depan, haha |
datang kali pertama dulu, kami penah naik bot ni pusing2 bandar kali ni tak naik |
*kedai souvenir ada dimana2, kakak dah mula senyum2 kat umie * Sex Museum? apa dalam tu ye? dulu penah masuk, takde apa pun, haha |
Okey, 12.30 pun tiba, masa dah time kata orang Belanda. Lawatan kami bermula di Zannse Schans, dalam 15-20 minit sampai lah ke perkampungan yang ada kincir angin tersohor. Rasa macam duk kat perkambungan pari-pari, semua cantik dan semua comel je, kalau lah masih pakai kamera guna filem macam dulu1, mau bergulung2 filem habis untuk ambik gambar.
perkampungan yang sangat cantik, damai je hijau sana sini eh, kat Sabak Bernam pun ada pemandangan macam ni kan? |
selfie sekeping dua sebagai kenangan hari tua hehe |
ini keju, keras giler, ada yang berusia belasan tahun baling anjing boleh koma sebulan nih |
bergambar dengan 'GIANT WOODEN CLOGS' ni wajib kalau ko datang Amsterdam kalau takde gambar ni, orang tak caya ko penah datang Amsterdam, haha |
tempat buat wooden clogs (terompah kayu) antara kraftangan tersohor di Holland * dah try pakai, ringan je, dia cepat kering kalau kena air* |
rasa macam nak cilok bawak balik Malaysia mesti comel letak depan pintu masalahnya sesuai ke bunga tu tanam kat Malaysia? |
cik pakai size apa? semua size ada |
* sebelum dan selepas cantik kan? |
masa aku sampai sini, bunga Tulip belum berkembang tak dapat ambik gambar tulip betul, tulip kayu pun jadi lah ye |
amboi, kemain korang ye lepas ni tak yah beli susu botol dah perah sendiri je |
apa nama ni ye? Nachos eh? sedap gak |
Kami juga ke perkampungan nelayan Volendam
ni kena naik feri ke seberang, nanti bas tunggu kita kat seberang sana
tiket dah termasuk dalam tour yang dibayar kalau hilang tiket untuk naik feri ni, tour grup kata kena berenang ke seberang sana tak sangka pandai melawak jugak omputeh nih ye, hehe |
perkampungan nelayan dari atas bot |
kalau nak beli souvenir murah, beli kat Volendam murah sikit dari tempat lain aku borong key chain, fridge magnet dan t shirt kat sini |
rumah2 cantik sepanjang jalan, rasa cam nak pindah duk sini emm boleh lah jual nasi lemak pagi2 agak2 laku tak? cik abe kata 'nanti dia gigil tak dapat minum teh tarik' pulak |
pemandangan senja yang sangat cantik masa ni rasa sayu je, tetiba teringat mak ayah di kampung |
salah satu benda aku suka tengok kat sini ialah hiasan di kafe2 tepi jalan |
antara yang sempat di borong di Volendam |
Lawatan kami tamat dan sampai ke Amsterdam lebih kurang 7 malam
Anak2 happy, mak ayah double happy
Malam tu berkemas, esok dah nak balik
Comments
apa2 pon bestler dapat jalan2 tengok tempat orang..huhu bilolah turn kito pulok ni
G krabi naik bas 10 jam ko? X thu pulak
Hrp lps ni ada lg rezki kasut tu jln jauh.
Hihi
Mmg semua cntik2, rasa semua nk ambik gmbr. Tp ank2 pun rimas asik kna pksa posing
Mmg semua cntik2, rasa semua nk ambik gmbr. Tp ank2 pun rimas asik kna pksa posing
Hrp lps ni ada lg rezki kasut tu jln jauh.
Hihi
G krabi naik bas 10 jam ko? X thu pulak