Assalamualaikum..
update kat blog kisah si kenit kali pertama ikut lawatan tadika
sambungan dari sini
Sebagaimana yang tertulis di dalam surat lawatan
Jumaat lepas, pepagi lagi adik bersiap dengan semangat nak gi lawatan
lagi happy sebab umie ayah hantar ke tadika pagi itu
*dia ni kalau boleh nak hari2 umi ayah hantar gi tadika*
tak sempat tengok dia naik bas, sebab kena berkumpul kat tadika dulu
so aku gi keje cam biasa
sepanjang hari kat opis, otak duk ingat dia je
nak buat kerja serba tak kena
tapi nak sms/whatapps tak berani
*cikgu dah pesan jangan call/sms kecuali kecemasan sahaja*
bertabahlah menunggu jam 6 petang
Petangnya..
ambik abam kat sekolah agama, pastu terus ke tadika si kenit
bas belum sampai ,katanya jem
lebih kurang 6.50 baru lah nampak bas masuk
jom layan gambar
tudung kenit masih di tempat asal, tangan tengah pegang roti muka konpius masa turun bas mungkin pelik nape ramai orang depan pintu |
Alhamdulillah, syukur adik pegi dan balik dengan selamat
masuk keta, dia macam penat
aku pun malas nak temuramah
balik umah, bagi dia main air dalam bilik mandi
dah mandi, bagi susu, baring2
baru tanya sikit
'tadi umie hantar adik, pastu naik bas, pastu buat apa?
dia jawab
'TURUN BAS'
sambung isap susu
what?
tu je?
alahai
dah malam sikit barulah dia start bercerita
ada panda, panda tido atas bantal besar
pegi balai bomba, bla bla bla, pot pet pot pet
kita tak kencing, sebab cikgu tak panggil kita
tak makan nasi, makan roti je
aku pun tak tahu nak kata apa lah
kalau dah ramai2 mestilah ada yang terlepas pandang
takpelah, janji selamat balik
itu semua akan jadi kenangan utk dia besar nanti
sekian update hari ini
Comments
So mmg cikgu cikgi blh senyum sambil posing2 dgn murid.
Bab makan.. bayar saja ikut notis.. dpt la plain burger, fruits & juice but no chips.
Tp biasanya ikut school hours, tak pernah lajak samapi ke ptg.
P/s;
Tp jawapan 'turun bas' tu.. jawapan paling ikhlas.
masa dapat surat tu berat ati gak nak lepaskan, takut dia penat
tp agaknya dia dh dengar cam seronok nak gi zoo, hari2 duk cakap 'nanti kita nak gi zoo'
tak bagi kang, sian pulak..
tak kisah sangat pasal makan n kencing tu, sbb paham mesti susah nak handle ramai2
selamat pegi balik dah syukur sgt
diorang jln ngan kengkawan tak penat kot
hihi
sy pun tak pasti sorang cikgu handle bape murid
katanya tak payah bawak apa2, tp sy bekalkan biskut dan air
tp biskut tak luak pun, bawak balik umah semula
bagi rm10, tapi tak bgtau apa dibeli pun
jawapan 'turun bas' tu mmg gelak sakan saya
naif sangat