Hai korang...
Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik.
Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu
Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha.
Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu riban. Tapi aku survey yang mana sesuai dengan bajet kami. Lagipun ni bukan baby sulung yang nak simpan untuk anak seterusnya.
Mula2 aku sewa dulu, untuk seminggu, test baby selesa ke tidak duduk dalam tu. Alhamdulillah dia sangat selesa sambai tertido semasa kami membeli persiapan raya di PKNS, Shah Alam bulan puasa yang lalu.
Aku sewa dengan Babywearing by IlaLia (rujuk gambar di bawah). Boleh LIKE PAGE mereka untuk tahu lebih lanjut tentang Babywearing.
Baru aku tahu SSC juga boleh disewa kalau taknak beli. Ada juga orang sewa seminggu dua minggu kalau nak travel.
Lepas dah puas hati menyewa dan nampak baby selesa, aku buat keputusan untuk beli. Aku pilih si comel Pink Butterfly ni untuk cikebom Aisha. Harga RM340. Ada yang harga cecah ribu ringgit tapi aku dah cukup puas hati dengan yang ini buat masa sekarang.
Aku kongsikan beberapa gambar guna SSC semasa keluar berjalan-jalan. Semoga memberi manfaat bagi ibu-ibu baru yang mencari babywearing sesuai untuk kesayangan. Jangan tersilap pilih baby carrier yang tak sesuai ( aku ada terbeli baby carrier yang tak sesuai untuk baby umur bawah 6 bulan). Carrier tu sesuai untuk baby yang dah besar @ dah boleh duduk sendiri. Nak let go murah2 je kalau ada yang berminat.
Kbai
Comments
ni je yang mampu milik
yg lain mampu tengok je :)
ni pun beli sbb ada target nak travel jauh sikit, sbb dah ada pengalaman tolak stroller kat oversea, turun tangga naik tangga, kejar tren semua, mmg giler penat :)
haah betul tu, nak sopim pun x jd hal sbb dia melekap je
ini senang pakai, mcm carrier biasa je
klu yg kain panjng lilit2 tu mmg fail
yg beli tu ari pun baru je terjual huhu
msk dlm wishlist :)
nampak sng nk uruskan anak bila dh 2,3 org nnti kn
rania ari tu lbh selesa guna stroller juga.