Skip to main content

SETEL Apps

Just nak share cerita tentang SETEL apps (bagi yang belum tahu, yg dah tahu... sila abai kan ye)
😁

Aku baru je guna dalam 2 minggu lepas

Apps SETEL ni apa?

SETEL ni apps utk mudah kan proses mengisi minyak di PETRONAS (setakat yg aku tahu, boleh guna kat Petronas je, tak tau la kalau stesen lain pun boleh) .. sebelum ni aku guna kad BigPay untuk isi minyak tapi still kena masuk dalam kaunter

Okey ni aku ringkas kan cara nya

1. Sila ke stesen minyak yg terpilih (aku dah on waze siap2 masa onthe way ke stesen)

2. Park kereta di pam yang korang pilih dan buka Apps Setel

3. Pilih nombor pam

4. Pilih berapa RM yg korang nak isi

5. Nanti apps bagitau ready untuk isi minyak

6. Keluar kereta dan isi macam biasa

Semua di Setel kan dalam kereta je. Dah tak payah keluar kereta dan masuk ke kaunter stesen minyak

Cara topap pun boleh online je (aku selalu guna online banking Maybank2u) itu pun aku topap setakat utk isi minyak je la

Oh lagi satu, jangan lupa linkkan sekali dengan Kad Mesra korang. So lagi banyak point ter kumpul

Aku ni bab isi minyak la paling malas, klu cikAbe ada.. aku akan pakai sampai dah hampir kering, lepas tu suh dia isi. Kecuali bila dia takde, nak taknak kena lah buat jugak kan

Bawak kekanak ribena ni leceh nak keluar masuk kereta, nak gi bayar kat kaunter. Kalau dah turun kereta, harus la ada sesi kena pow kat kaunter jajan tu, nak tinggal diorang dalam kereta lagi bahaya

Tu pasal la aku selalu nya akan isi minyak bila Abam Asrama balik je (seminggu sekali) sebab nanti semua Abam akan uruskan (dari bayar kat kaunter dan isi minyak sekali) tapi di sebabkan jadi regular Customer kat Petronas Kuaters Klia ni, AbangLa pun dah cam. Takpe kakak masuk kereta, saya buat
😁

Tapi sejak dah install apps SETEL ni, lagi senang banyak. Park keta di pam pilihan, Setel semua dalam kereta dan keluar isi je. Tu pun jarang keluar sebab AbangLa setel kan

Korang yang ada anak kecik @ yang malas nak pegi bayar kat kaunter, elok install Apps SETEL ni. Lagi best sebab tu hari masa aku install tu, aku link sekali dengan kad mesra, ada 3960 point dalam kad tu, dah lama kot memang tak pernah redeem pun, so aku redeem terus, dapat la RM39.60 sen dalam apps tu. Setiap kali isi dapat point, best jugak kan, sapa nak bagi walaupun cuma RM39 ++

Bagus nya Setel ni pada aku selain tak payah keluar ke kaunter, aku jugak dapat tengok berapa banyak aku isi minyak dalam sebulan. Ni duk isi je, sekali isi RM50. Tak ingat berapa kali isi dalam sebulan, huhu (tengok apps ni, mak aihh banyak jugak aku menyumbang kepada tokey Petronas ni)

Korang kalau nak apply, boleh klik link bawah tu. Nanti isi lah code aku ye, ni code nya (awbb) hihi

Get it now! https://www.setel.my/ref/awbb

Sekian perkongsian hari ini, Semoga bermanfaat 😁

#SetelApps




Comments

sweetie said…
TQ puan Mawar beri pencerahan... Tp saya tetap tak berani nak cuba. Mak old skull... hehehhe.
Nizam.Ariff said…
Ooo... Baru aku tau Setel tu apadianya...
Irfa said…
Sangat memudah kan bagi yg driving bawa anak kecik
Tk pyh susah2 kuar keta hihi
Irfa said…
Tq baca
Ini pun copy slps kongsi di fb
😁

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t