Skip to main content

Tips ke Airport dengan mudah

Gambar dirakam masa hantar EnAbe nak terbang bertugas ke Jeddah


Hai blog
Belek2 gambar dalam galeri handphone ni, mak aihhh, banyaknya gambar. Sebelum delete jom la kita bercerita sikit

Okay, semua orang suka pergi bercutikan? 

Lagi-lagi kalau pergi naik flight walaupun dalam Malaysia, jimat masa dan tenaga. So, kalau Airasia tengah promo tu grab je tiket yang rasa nak pergi nanti, planning kemudian. Yelah kalau tiket ke Penang, Alor Setar, Kota Bahru dan lain-lain RM24 je return, siapa tak nak kan? Naik bas pun mahal lagi. Tak payah fikir pasal tol dan minyak kereta dah. Boleh jalan dengan tenang nanti. Benda yang penting kita beli dulu, cuti approve ke tak nanti fikir kemudian. Selalunya kalau dah beli tiket kita akan fikirkan cara juga macam mana nak ambil cuti nanti, percayalah. 

Nak tanya, selalu korang pergi airport naik apa? Drive sendiri sampai airport pastu parking kat situ? Hmmmm kalau pergi dengan member 4 ke 5 orang aku rasa berbaloi lah untuk park dekat KLIA tu tetapi kalau pergi setakat berdua, aku rasa macam tak berbaloi. Yelah rate parking kat KLIA tu pun boleh tahan juga. Dengan duit minyak dan tol pun kena ambil kira gak nanti kan. Selain daripada tu mungkin ada yang family atau member lain tolong hantarkan ke airportkan. Bagi aku ada je alternative lain yang boleh kita guna kalau nak ke airport tanpa menyusahkan orang lain. Dengan syarat masa penerbangan yang sesuailah. 

  • KLIA Express
Ini merupakan one of favourite aku kalau nak ke KLIA daripada KL Sentral. KLIA Express atau ERL ni sangat memudahkan perjalanan untuk ke airport. Sebab apa? Harganya yang berpatutan dan dapat menjimatkan masa perjalanan. Aku selalu book cheap KLIA Express tickets dekat Traveloka. Traveloka selalu buat diskaun untuk ERL ni. Malahan tanpa diskaun pun harga tiket ERL kalau beli dekat Traveloka lebih murah daripada kita beli dekat kaunter. Cuba bayangkan kalau dah tolong diskaun nanti. Boleh jimat lebih kurang RM10 sehala kalau beli melalui website Traveloka ni. Banyakkan? Lagi satu yang bestnya mengenai ERL ni tempat duduknya dan kemudahan wifi yang ada memang sangat memberikan keselesaan untuk kita. Pekara penting yang kita kena ambil berat kalau nak gunakan KLIA Express ni pastikan masa flight kita bukanlah pagi sangat sebab ia hanya mula beroperasi pada pukul 5 pagi. Jadi kalau tiket flight kita pukul 7 pagi takut rushing kita nak check in kat airport nanti. Pastikan kita planning lah sikit perjalanan kita kalau nak gunakan ERL ni. 

  • Private Car
Private car ni mungkin ada yang gunakan Grab ataupun Mycar untuk ke airport. Tidak dinafikan ia lagi memberikan kemudahan daripada segi pengurusan masa kita. Kita tidak perlu risau kalau masa flight kita pagi ke malam ke sebab ia lebih flexible. Namun begitu, aku lebih suka menggunakan private car ni kalau pergi travel lebih daripada 2 orang sebab kalau lebih daripada 2 orang, ia lebih murah daripada kita gunakan KLIA Express yang kena beli tiket secara individu. Selalunya range harga yang aku selalu dapat untuk sehala dalam RM70 ke RM120 bergantung pada jenis kenderaan dan jarak perjalanan. Ia boleh mencecah sampai RM200 kalau kita gunakan kereta yang ada 6 atau 7 seater ataupun jarak rumah atau destinasi kita tu terlalu jauh daripada airport. Namun begitu, kita perlu ingat kalau menggunakan private car ni kita memang kena planning masa baik-baik terutama kalau nak bergerak ke airport. Kita perlu mengambil kira heavy traffic yang kita akan tempuh nanti. Jadinya memang perlu keluar jauh lebih awal daripada rumah. Sekiranya tiket flight kita pukul 3 petang, estimate masa mesti ada di airport adalah pukul 1, jadi sebelum pukul 12 kita dah kena keluar rumah bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Banyak sebenarnya servis yang boleh kita gunakan untuk ke airport selain memandu sendiri dan park di sana. Cuma kita kena pandai cari dan bandingkan harga dan kemudahan yang ditawarkan. Kalau tak tahu nak check dekat mana, boleh cuba airport coach booking yang ditawarkan oleh Traveloka. Kita boleh pilih bergantung pada bajet kita sendiri. Malahan airport taxi juga boleh ditempah melalui Traveloka ni.

Ada cara mudah, buat apa pilih cara susah. Betul tak? Okey sekian perkongsian untuk kali ini
Semoga bermanfaat kepada yang singgah kesini hari ni ye

^_^


Comments

AtieYusof said…
banyak pilihan dah skrg ni klu nak ke airport. Senang & mudah. Suka KLIA Express.
sweetie said…
Orait Irfa... thanks for the info. Tp saya bila nak ke airport anak-anak hantar. psst cantik gambar kak cik ngan cikebom tu.
Irfa said…
Ye
Erl ada
Grab n taxi ada
Bus pun ada
Hihi
Irfa said…
Kalau di hantar lagi bagus hihi
Diorang mmg penyeri, bab bergambar nombor 1

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t