Skip to main content

JANGAN BERSEDIH


SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺
.
Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasangan (Suami @ Isteri), Mak Ayah, Adik Beradik @ Kawan2
.
Jangan bersedih bila adik beradik pun tak beli apa korang jual, usah kan membeli. Nak tolong share post jualan korang kat FB diorang pun tak sudi
.
Jangan bersedih bila kawan rapat pun makin menjauh bila ko start menjual
.
Jangan bersedih bila ada kata2 negatif kedengaran di telinga seperti berikut

- Ko ni dah bertahun2 aku nampak jual macam2, tapi tak kaya2 jugak

- Apa ko jual ni? Ada ke orang beli? Macam penat & tak berbaloi je aku tengok

Jangan tak tahu, ada orang yang dah kebal dengan kata2 negatif & tak menyokong dari mak ayah nya sendiri. Sedih bukan?

Sebenarnya .. diorang bukan tak support tapi dalam diam2 diorang memerhati

Mungkin juga tak yakin kerana sikap kita sendiri yang sebelum ini selalu buat kerja separuh jalan @ macam kata orang kampung aku ‘hot hot chicken shit’
😂

Alhamdulillah
Penyokong kuat aku setakat hari ini ialah adalah Ayah kepada anak2 aku. Aku cakap nak buat apa, nak join bisnes apa.. dia tetap angguk & memberi sokongan (walaupun akhirnya nanti, dia geleng kepala bila Untung tak nampak, Modal pun lesap)
🤪

Selain dia.. aku ada family & kengkawan yang tak jemu2 bagi kata2 positif, support aku dengan pembelian tak kira apa aku jual

So... selagi korang rasa korang di jalan yang benar, JALAN TERUS & JANGAN MENGALAH

Insha Allah ada rezki bagi yang berusaha
🦾🦾🦾

Luahan Rasa Hati
Kak Mawar ♥️

#KakMawarMencoret


Comments

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t