Tuesday, January 10, 2012

24 Jam Bersamaan Dengan Sehari

60 saat = 1 minit
60 minit = 1 jam
24 jam = 1 hari
7 hari = 1 minggu
4 minggu = 1 bulan
12 bulan = 1 tahun

huhu..penat nak kira.yang aku nak citer ni aku rasa 24jam sehari sangat cepat berlalu.adakah korang rasa yang sama?

7.30 kuar umah..6.30 sampai umah.kadang tu aku letak beg keje atas sofa,besok pagi angkut beg dari sofa yang sama.langsung tak bersentuh beg itu dari petang balik keje sampai lah datang keje balik.

petang ahad lepas,aku tengok kuku hero panjang sikit..konon nak potongkan sampai ke pagi ni aku tengok balik tangan dia,kuku masih belum potong..sib baik kuku tak hitam kotor.huhu(lain kali jangan buat keje bertangguh..nampak je terus buat).

malam tadi baru aku jahit semua lencana kat uniform hero..orang tua sangat pantang menjahit waktu malam,bistu..dah balik rumah bulan dah nak muncul camner nak tunggu tengahari?ingat je pasal lencana tu terus capai bekas benang.gigih jahit tangan tu jam doblas malam. (masa ni terfikir kang best kalau ada mesin jahit..takut gak nak beli nanti jadi tukun lak mesin jahit itu).

pagi ni masuk keje..bukak beg tengok diari (aku penulis diari harian)rupanya dah 3 hari aku tak tulis diari,jenuh perah otak fikir balik apa aku buat dalam masa 3 hari lepas.emmm...badan sangatlah penat.dapat gi spa urut-urut badan kat best?(padahal takde pengalaman gi spa pun..berangan la ko Irfa)



gambar sekadar hiasan

18 comments:

al-lavendari said...

bagus sekali kalau dapat dikekalkan disiplin menulis diari kerana suatu bari nanti mesti banyak gunanya. saya sendiri dah berkurun tak menulis diari.

lieynanilaz said...

bestkan kalau dapat g spa...aku pun berangan gak nih!!...

bangsawan nilai said...

tulis blog ni kira diari jugak la...kan

Irfa said...

PAKCIK..
saya menulis diari dr zaman remaja..susah nak tinggalkan kebiasaan itu

LIENANILAZ..
bestkan?kena ambik cuti la nak gi spa..nanti sapa nak jaga anak

BANGSAWAN NILAI..
blog cuma citer biasa2 je..diari ni lain sikit :)

Aidah said...

Rajiiin tulih diari. Akak selalunya rajin tulis masa 3 bulan pertama je lepas tu berhabuklah. Hehe.

MOKCIK AZWA said...

Saya pun hari2 tengok diari tapi tak tulis apa2 catatan macam masa muda remaja dulu ..cuma nak semak tarikh2 kot ada kes kat mana2 atau apa2 tindakan perlu dibuat hehehe

Nida said...

pernah sekali ke spa, tu pun dengan kawan-kawan... tapi sesekali memang perlu memanjakan badan kan

ainnoraini said...

seronokknya kalau dpt gi spakann..mmg santai habis laa..

tapi bila la nk dpt mcm tu...macam tak cukup masa jerr...

Yellow said...

aku pon tulih diari.. setiap 3 bulan la... hahahaha



sama la ngan aku irfa, kuku bebudak ni asal terpndang terus capai klipper, potong... kalau tak, alamatnya, bercakaran sesama sendiri la jawabnya

Irfa said...

KAK AIDAH..
dah biasa kak.bila tak tulis ehari rasa macam 'ada ruang kosong'hehe
penah gak terfikir apa yang nak dgn diari yg sy tulis tu bila saya dah takde?wasiat kat anak2 ker?buat malu je..

KAK AZWA..
orang sibuk cam akak mesti tak sempat nak mengarang ayat dalam diari kot.hehe

Irfa said...

NIDA..
banyak faktor kena fikir sebelum nak memanjakan diri kat spa ;)

KAK AIN..
kita selalu fikirkan org lain sebelum fikir untuk diri sendiri :(

Irfa said...

YELLOW..
bukan xleh suh dia ketip sendiri..nanti ngan isi-isi dia ketip sekali..huh ngilu mak,nak

Hanis Azla said...

mmg selalu rasa tak cukp masa.. klu malam tu lepas maghrib aje, bila tgk jam semula dah pukul 11 lebih.. itu pun masih banyak perkara yg tak sempat nak settlekan..

akak dulu2 rajin juga tulis diari, tahun ni mmg tanam azam nak menulis diari semula bila terbaca diari lama.. setakat hari ni tak miss lagi.. harap2 berterusan..

Angah said...

aku pegi spa sebulan sekali. My me time! kengkadang amik full treatment, kengkadang amik massage je..janji boleh manjakan diri rehat.

Baca pasal beg ngan jahit lencana tu mcm baca cerita aku je haha..

Anaa said...

akak selalu ingat malam masih muda.. bila nengok2 jam malam, laa dah kat kol doblas.. aisehhh manyak lagi keja rumah tak setel nih.. anak2 ada yang dah tersadai kat kusi pun tak sedo..


eee akak suka orang yang tulis diary.. penah nak buat, tapi hampehh. . tak disiplin.. kongsi tips cam mana nak kekalkan tulis diari ni.. :)

Irfa said...

KAK HANIS..
itu la pasal..kdg2 tertido awal..sedar2 jam 2 pagi bangun lipat kain.hehe

tulis diari kena ada minat..kalau tak mmg berhabuk la jawabnya

Irfa said...

ANGAH..
reward diri katanya setelah penat berkerja ;)kadang2 kita lebih fikir psl ahli keluarga dari fikirkan diri kita sendiri.

bab beg n lencana sama yer?biasa la tu

Irfa said...

ANAA..
kdg2 tertido awal lepas bf baby..
tengok hero dah terbongkang depan tv..kesian sungguh la.tak sedar jam dah 12 malam