Wednesday, January 18, 2012

Ada Bola,Ada Kawan

semalam baca blog FILLA bergenang airmata aku teringat kat si kakak kat kampung.dah masuk minggu ke3 kakak di kampung.

setiap malam wajib dia call borak-borak sebelum tido.setiap pagi dia akan sms wish selamat pagi..petang balik sekolah akan sms lagi 'umie kat opis ke?'..kul 6.30 petang akan sms lagi 'umie dah balik rumah ker'..malam lepas magrib bunyi lagi sms masuk 'umie tengah buat apa?abang buat apa?adik buat apa?'..bila lambat aku jawab sms dia terus call.senang citer aku sentiasa kena top up henpon dia supaya dia boleh sms dan call aku bila-bila masa.eh terpanjang lak citer pasal kakak.aku nak citer pasal lain tadi.

aku mesti akan tanya 'kat skolah hari ni buat apa?makan apa?kawan ngan sapa?' dan jawapan dia bab kawan tu 'ada sorang je kawan?'.alahai..dah 3 minggu sekolah takkan baru ada sorang kawan.mak aku kata ramai yang nak berkawan tapi dia yang pendiam sangat.apa boleh aku buat.sifat peramah aku tak menurun kat anak..kata mak 'dah abis dibolot ko sorang'.huhu

lain pulak ngan hero aku sorang ni.dia teringin nak berkawan tapi aku pulak jenis tak suka anak main kotor dan main ganas-ganas,sepak terajang macam anak orang lain.aku tak suka anak aku merayau sana sini sampai magrib baru nak balik.dia cuma boleh ke taman depan rumah dan sesekali ke rumah pengasuh kat belakang rumah.jadi dia pun dah jadi kebiasaan akan bagitau aku kemana dia nak pegi..sampai aku penah dengar kawan dia cakap 'kita pegi belakang tu je.itu pun kena bagitau mak kau ke?'.
boleh?

hari aku bagi dia pakai jersi bola dan ayahnya juga baru hadiahkan sebiji bola sempena besday dia tu ari..dia pun keluar rumah nak main kat taman.dalam hati aku terdetik 'ada ke orang nak kawan dengan dia?' sebab selalunya dia hanya duk tepi padang tengok orang main.kalau ada bola terkeluar padang cepat-cepat dia tolong ambilkan w,pun jatuh dalam longkang.sebijik macam 'tukang kutip bola'.budak2 tu takde nak ajak dia main sekali.

tapi pagi tu elok je dia keluar ke taman..dari jauh budak-budak dah berlari datang kat dia..siap pegang bahu ajak main...itu lah aku cakap ADA BOLA,ADA KAWAN









jadi aku rasa aku paham perasaan Filla bila lihat anak dia makan sorang diri takde kawan nak makan sama-sama ;(.salah aku ke kerana sangat kontrol anak aku dari berkawan?aku cukup tak suka budak2 yang bercakap 'aku.kau.babi.bodoh.gila dan macam-macam perkataan yang tak sesuai ngan budak-budak baya itu'.ada ketika aku fikir tak ramai kawan pun tak pelah..

terharu ada kawan buat entri untuk aku tentang apa yang aku tulis ni..
KLIK SANA KALAU NAK BACA

16 comments:

Cikja said...

kalau aku setakat nak cakap ko aku..boleh terima sebab dah jadi perbualan harian..tapi makesure ko ckp ngan kawan2 lah..klu ckp ngan org tua ko aku..memang kena panggggggg..hiks..

Aidah said...

Entahlah, Irfa. Macam samaaa je ngan akak. Dua2 anak akak ni terutama yang perempuan cukup susah nak berkawan. Mulut pun berat macam ada simpan emas. Tapi akak terfikir juga mungkin akak ni over protective. Akak pun tak suka anak2 keluar main tah mana2, senja baru blk rumah. Akak lagi suka diorang duk depan mata akak. Bebudak zaman sekarang ni, mulut laser tak de insurans. Pernah masa akak sakit, anak2 tak ke sekolah. Bila gi sekolah kena kutuk pulak ckp saje ngade2, lepas tu diboikotnya anak akak. Sedih tau. Ooops, sorrylah Irfa, panjang lebar pulak komen akak hari ni.

Irfa said...

CIKJA..
aku paham kalau nak cakap aku kau tu boleh dimaafkan(w,pun aku tak suka sgt budak kecik2 cakap camtu..kang lebih sopan cakap saya awak je.hehe) tapi babi.bodoh tu adalah sukar dimaafkan w,pun sesama kengkawan

KAK AIDAH..
ada gak rasa saya ni over protective.tapi saya rasa kaum ibu semua macam tu..saya taknak nyesal kendian hari..so sy cuba buat yg terbaik utk anak2..harap2 saya tak salah la dan anak2 tak salahkan saya kendian hari

potpetmama said...

Irfa; anak yg sulung mmg tinggal kat kg ke...

Pok Amai-Amai said...

Beb, ko jgn salahkan diri ko. Ape yg ko bt tu sgt betul. Bukan nak control tp at least bgtau ke mana. T jadi pape, kite ley tau n cari die ke mana.

Aku pnh jdk kecik sebaya abang. Aku tau, kwn2 aku dulu ms aku takde pape...takde sape nak kwn dgn aku. Tp klu aku ade brg yg ade potensi utk diorang menumpang sekaki, masa tuh terhegeh-hegeh ajak aku join sekali...

Irfa said...

PPMM..
si kakak tahun ni mula sekolah kat kg.duk ngan family saya ;) atas kehendak dia sendiri

FARA..
itulah yg aku rasa.aku tak salahkan bebudak tu..mmg itu sifat budak.cuma aku rasa kesian kat anak aku je..huhu

Nida said...

sekarang ni susah nak cari anak-anak yang tak terdedah dengan perkataan2 begitu.. sebagai ibu bapa ianya amat merisaukan... tapi tulah kalau nak dikawal nanti macam kera sumbang pulak nanti anak tu jadinya

Arena said...

Serba salah ek, between being protective and overprotective, kat mana border nya.

Irfa said...

NIDA..
Zaman saya kecik2 dulu cuba2 la bercakap 'aku' dan balik umah adik repot kat mak..teruk saya kena marah tau..dah skolah menengah baru la berani cakap aku ngan kawan2.tp mmg la..adik2 bawah saya sekarang cakap 'aku' kau' dalam rumah pun mak saya dah x kata apa.penat kot dah tua-tua nak marah anak..

Irfa said...

ARENA..
mmg la..serba salah..kdg2 aku intai balik langsir nak tengok ada tak anak aku kawan ngan sapa2..
sejak dah darjah 1 ni barulah ada kawan sikit sbb dah kenal kawan kat skolah,so balik skolah sambung main petang kt taman

Hanis Azla said...

pandai kakak ambil berat ttg mama & adik beradiknya di sini... bagus betul.. betullah irfa ada bola ada kawan.. anak2 akak gitu.. klu tak dok tgk org main aje.. bila bwk bola sendiri ramai pula yg ajak main sama..

jedi said...

ada gaya la nak jadi pelapis Chelsea...heheheh

mulut budak skang susah nak kontrol...hurm..risau gak anak aku nanti...

~adeQ~ said...

Lama jadi silent reader je...baru je open to public. Lama privatekan sebab ada masalah keluarga. Sekarang dah ok...lantaklah apa orang nak kata..

Kita pun camtu, over protective sgt ke kita ni pd anak2...haishhh..

Irfa said...

KAK HANIS..
saya rasa sgt sedih bila dia call waktu magrib sbb saya tahu waktu magrib adalah waktu kita sgt merindui rumah sendiri.huhu

psl bola tu..takpe,apa sgt la bola tu kalau dia hepi ada org nak kawan.tp sy tetap x benarkan dia merayau jauh dr depan mata saya

hehe

Irfa said...

JEDI..
sbnarnya peminat MU tapi jenuh cari jersi MU yg size dia xde..kalau ada pun kualiti x bagus..chelsea pun chelsea la

Irfa said...

NURSHI..
oo ye ker?oklah tu dpt berblog balik :) kalau bukan kita yg protect diorang sapa lagi kan?