Monday, January 16, 2012

Adik Di 'Rumah Baru'

Ingat nak buat entri pasal DAY TRIP TO VIETNAM JUMAAT LEPAS tapi kamera lak lupa bawak.huhu.takkan nak citer tanpa gambar kan?kalau bercerita dengan gambar sekali dapat la me'riak' sikit.non ado nak meriaknya pun..sedar la diri Irfa oi..ko cuma tukang angkat barang bukannya gi sopink sakan.hehe.esok la yer aku citer pasal tu.eh!perlu ker?

citer pagi ni ialah pengasuh kenit cuti minggu ni,senin sampai jemahat.nak buat persedian anak sulungnya nak kawen sabtu ni.dari minggu lepas susah hati makcik ni mencari pengasuh sementara.tanya ex pengasuh pun macam nak taknak je dia punya respon..kalau boleh nak la orang yang betul-betul nak jaga,jangan takat jaga takat ambik hati.aku hantar tu anak,bukan anak patung.

semalam pun tanya 2 akak jiran..ada hal jugak so takpelah..last orang aku call ialah ex pengasuh kakak dulu (bukan taknak mintak tolong dari awal tapi rumah akak itu bukan setaman dengan aku..agak jauh jugak dan kena drive) bila aku call bagitau nak mintak tolong jagakan kenit minggu ni cepat je dia punya respon 'hantar le..akak boleh jagakan'.

pagi ni..kenit bangun dan aku mandikan ngan air panas.gelabah sikenit mandi air panas,selalu umie mandikan ngan air sejuk je.hari ni extra servis mandi air panas konon nak bagi mood dia elok tak nak menangis.kalau anak meragam atomatik mood aku pun melayang.

pakai lawa-lawa,bedak-bedak kasi wangi..bagi makan biskut tiger.mintak tolong kawan yang aku tumpang tu singgah hantar kenit kat umah pengasuh.aku rasa kenit tahu dia nak kena tinggal..perasaan dia mungkin bercelaru sebab dia asik la peluk aku kuat-kuat masa dalam keta.



'hai acik-acik sume..hari ni saya kena mandi awal pagi.eh!umie lupa bagitau..saya dah stop 'nenen'sabtu lepas.umie kata saya dah besar.dah 2 tahun tak boleh nenen lagi.tapi malam tadi saya rasa umie bagi saya nenen sebab umie malas nak bangun buat susu..hahaha..saya buat-buat pejam mata,nanti kesian kat umie..kantoi'

sampai je umah pengasuh mata dia berkaca-kaca macam nak nanges tapi takde suara.hulur beg kat akak tu dan akak tu ambik dia dari tangan aku maka bermula lah bunyi 'uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'yang buat aku rasa nak ambik beg ke klinik mintak mc ngan dokter.

aku keraskan hati tinggal kan dia nak cepat-cepat naik keta.10 minit kendian..aku call akak tu tanya pasal kenit.katanya 'dah okey.kejap je dia nangis.ni tengah belek anak patung'.

harap=harap okey la sampai petang nanti.

4 comments:

Rai said...

haha..aku ada 5 bulan lagi nak habiskan tempoh..jgn kata ko irfa.. aqil tu pun terbabas lagi kadang2..heheh..

Aidah said...

Tak pe, Irfa. Yang penting akak pengasuh tu baik dan pandai jaga budak kecik. InsyaAllah okey dia tu.

Irfa said...

RAI..
aku curi2 bagi nenen mata masa dia pejam..sbb kalau mata dia bukak mmg dia cakap 'yerk'..geli kot ataupun dia serik ngan rasa asam jawa tu..

Irfa said...

KAK AIDAH..
baru lepas sms akak tu..katanya tengah bersantai depan tv.baru bgn tido.dah makan.dah berak.org tua kata kalau dah berak tu ada tanda nak duduk lama ;)