Wednesday, January 4, 2012

My Only Hero Darjah 1

okey..baru lepas call hero.hari ni dah mula sekolah.semalam lagi aku dah hantar dia untuk HARI ORIENTASI DARJAH 1 TAHUN 2012 sebab cik abe tak dapat cuti.sib baik la dah boleh ambik cuti untuk tahun baru.kalau tak..mana nak korek cuti

tapi pagi ni kami sama-sama hantar dia dan tunggu sampai habis perhimpunan.so far budak-budak sekarang sangat berdikari.sib baik dia tak 'halau' kami balik.hehe,cuma dia kata 'umie kata nak pegi keje'..itu ayat berhemah nak suh aku balik la tu..tapi aku saja usik dia nak salam..dan suh dia cium pipi aku.hahaha,aku tahu dia malu tapi dia tetap cium jugak pastu cepat-cepat lari ke meja

ni gambar semalam masa hari orietasi



dengan adik depan pintu kelas




kat meja..no 2 dari depan



oh dah jumpa kawan..dulu kawan sekelas masa tadika

tadi call dia,cik abe yang gi ambik kat skolah..aku tanya 'camner sekolah?'punya la dia tak sabar nak bercerita sampai tergagap-gagap.hehe.cikgu suh lukis macam-macam nanti cikgu suruh tunjuk kat umie

kata cik abe..'hero citer ada budak terberak depan kelas'.pagi tadi pun ada budak pompuan melalak tak nak duduk kat kelas.sian mak dia.sib baik la dari kakak sampai hero ni aku tak alami situasi camtu.adiknya nanti tak tahulah apa citer

emm..aku dulu pun ada gak 'sesi airmata' bila nampak ayah hilang tapi takde la melalak sakan..cuma lap hujung mata je.hehe.dan masih ingat sampai sekarang,aku nanges sbb kakak sepupu masuk darjah 2.aku ingat dia boleh satu kelas ngan aku dalam dalam kelas darjah 1.padahal dah tentu lah dia duk kelas lain sebab kami beza setahun.aduyai

:(
hero kena berdikari macam anak sulung pdhal ada kakak.tapi sebab kakak tak sekolah sama ngan dia,so dia macam anak sulung yang kena berdikari sendiri.tapi aku tahu dia boleh buat.go go abang..

7 comments:

kakcik said...

Nampak keyakinan di wajahnya untuk meneruskan langkah di alam persekolahan. :)

lieynanilaz said...

semoga abang seronok bersekolah...:)

Aidah said...

Berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku, hero tu. Memang budak sekarang dah bijak pandai, tuntutan dunia yang semakin maju, kan. Mesti bila dah besar panjang, dia akan gelak sakan tengok gamba2 yang ibu dia amik ni.

♥cikmOt♥ said...

hensem ar hero akak ni...hehehe

MamaEma said...

seronok pula dgr ibu bercerita bila anak mula darjah satu

*SiRibenMerah said...

belajar rajin2 tau...

Zareda Norman said...

sebenarnya anak tu lebih berdikari daripada yg kita jangkakan.. kita jer mak mak yg over.. bukan kata kat org.. kak zar pun sama.. ika dah tahun 5 pun, kak zar still jenguk kat sekolah hari pertama.. saja kasik dia semangat sikit hehhehe