Wednesday, January 4, 2012

Welcome 2012 dan Naik Keretapi Tut Tut


pic 2012 ambik kat sini kredit untuk tuan punya

HARI NI 04 JAN 2012..hari pertama keje dan juga entri pertama untuk tahun baru.Syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi Allah ini.masih dikelilingi oleh insan2 kesayanganku.

Tahun baru 2012 kami sambut tahun baru dalam tren dari KTM SEREMBAN untuk balik ke kampungku di Pantai Timur sana.kami bertolak dari Ktm Seremban tepat jam 9.45 malam(31Disember2011) dan anak-anak sangat teruja dapat naik tren cuma aku je kecut perut memikirkan perjalanan yang dijangka ambil masa 10 jam.huhu.sambil membayangkan karenah anak-anak terutama si kenit yang masih kecil.ops..aku pun dah hampir 6 tahun tak naik tren balik kampung.last aku naik masa hero masih dalam umur tak sampai setahun..tapi masa tu kami ambik coach tempat tidur..tapi kali ni yang ada cuma seat biasa kelas 2.sib baik jugaklah seat kami paling depan..so dapatlah aku berlunjur kaki dengan aman tanpa ada kerusi depan yang menghalang.

okey..jom cuci mata tengok anak-anak yang teruja naik tren (gelap gelita dah malam so tak dapatlah tengok pemandangan luar..kan bagus kalau tren bertolak waktu pagi..dapat jugak tengok pemandangan kat luar).ada baiknya jugak bertolak dah malam..anak2 naik terus tido je :)


alhamdulillah..kami selamat sampai ke kampung halaman tepat jam 9.00 pagi (01 Jan 2012) waktu malaysia(lewat 2 jam dari waktu yang tertulis dalam tiket)hahaha..ko ingat kelantan tu duk kat oversea ke nak pakai waktu luar negara Irfa oi)



ambik mood sebelum melelapkan mata(dia la paling best tido..aku lunjur kaki atas beg baju tu dan baringkan dia atas betis aku..mengakibatkan betis aku rasa cam nak patah je..huhu,anak punya pasal redha jelah.sakit sikit takpe la dari dia meraung dan satu gerabak takleh tido nanti)



kan dah cakap..lena sungguh dia tido dengan sound effect bunyi enjin tren cam nak pecah gegendang..berayun dan goyang-goyang macam naik buai.



kakak..paling senang tido.kalau nak keta nak balik cheras pun baru 10 minit masuk keta dia dah lelap



abang terlentok sebelah brother kayu tu (dia duk seat aku tu..malas nak bising..masa aku naik dia dah ada,mesti naik dr KL Central ni...boleh dia wat derk je masa aku naik sedangkan dia duk seat kami..sib baik seat yang aku duduk pun luas kalau tak memang aku halau dia duk seat sendiri)



okey..ni dah nak sampai destinasi..so boleh tengok pemandangan kat luar (oh!tengok kakak dalam gambar ni rasa nak menitik air mata..nanti aku citer yer)



salam tahun baru dari cikenit (pembuka tirai tahun 2012)hehe..muah muah muah :)

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

selamat tahun baru irfa semoga tahun 2012 ni dan tahun-tahun seterusnya hidup irfa sekeluarga akan lebih baik ye.

ainnoraini said...

Selamat tahun baru...
Seronok ye dia org tu semua...

kakcik said...

Dah lama tak naik keretapi, teringin pulak rasanya. :)

Aidah said...

Hari tu pernah terfikir nak naik keretapi pegi kelantan hantar anak sedara akak belajar di KB tapi tak jadi sebab kekangan masa. Penyudahnya naik firefly yang cukup menguji ketahanan.