Wednesday, February 1, 2012

Angka 33..Cantiknya Nombor Itu ;)

ALHAMDULILLAH...........
SYUKUR PADA ALLAH MASIH BERNAFAS DAN SIHAT WALAFIAT HINGGA KINI.

angka 11
-masa tu darjah 5,tahun 1990..masih gadis sunti kata orang tua.sudah mula menunjukkan minat pada kaum Adam tapi malu-malu.itu tandanya aku normal..kalau suka kaum sejenis itu memang tak normal la kan.aku penah suka kat sorang budak lelaki masa sekolah rendah (suka cara budak2 la) dan sampai dia jadi arwah pun dia tak tahu aku penah suka kat dia (dapat tahu dia meninggal eksiden motor masa tunggu result spm..alfatihah)..uru sudah menjadi sejarah tapi yang penting sekarang aku sudah jumpa 'cinta hati' yang kini jadi ayah kepada anak-anakku ;)

angka 22
-tahun 2001,emm masa besday ke 22 tu (01.02.2001)aku tengah peknenkan kakak kalau tak silap..kakak lahir pada bulan Ogos tahun 2001.

dan kini..

angka 33
-tahun 2012,aku bersyukur dengan apa yang aku dah ada.ada keluarga kecik kami dan keluarga besar (my family dan family cik abe) ada kawan-kawan serta kerjaya,Terima Kasih Allah untuk segalanya..w,pun bukan semuanya indah tapi aku bersyukur juga kerana 'kenangan yang tak indah' itu telah mematangkan aku dan menambah warna warni dalam kehidupan aku selama aku wujud di muka bumi ini.

adakah aku berpeluang menikmati angka 44,55 dan 66?hanya Allah je yang tahu.nak cakap angka 77 rasa macam lama sangat la pulak hidup.

setelah masuk 3 series (tahun 2009),aku dah tak berapa minat nak mengira umur.kerana bila umur makin meningkat itu tandanya usia kita semakin hampir ke penghujung.kata nenek 'makin hampir dengan lubang kubur'.so aku taknak mintak lebih dari apa yang layak untuk aku..hanya Dia yang LebihMengetahui..tapi aku nak menghayati setiap detik yang aku ada dan mahu semua orang yang aku sayang..menyayangi dan menerima aku seadanya.

aku tahu korang nak wish..so aku ucapkan terima kasih atas doa kalian ;) dan hadiah untuk diri sendiri sempena besday ke 33 ni ialah



ni aku punya..sedap bangat baunya..rasa seksi tetiba (seksi le sangat)



dan satu untuk 'sidia' besdaynya bulan depan 12Mac tapi saja beli awal-awal.konon sedondon :P

opsssssss...(sbg kenang-kenangan).
yang pertama wish ialah syarikat insuran,hantar emel kat mailbox opis..
yang pertama call ialah orang yang melahirkan aku ke dunia ni.tq Ma
yang pertama sms ialah kakak kusayang KAK ERNA

ciuman pertama dari hero dan kenit.eh!aku la cium diorang.hehe

21 comments:

Masy said...

arinie ye kak? epy bday!!!

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Happy besday Irfa...moga kebahagiaan menjadi milikmu..haha teringat ayat zaman sekolah dulu

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
LF dan isteri ucapkan selamat hari ulangtahun ...

Kakzakie said...

La... baru kakak tahu Acik Erna tu kakak Irfa...

Happy birthday dari kakak moga beroleh yg terbaik di dunia dan akhirat juga...

Ummi said...

happy birthday

irfa, akak lagi takut nak kira umur, but number is just the illusion :)

Irfa said...

MASY..
ye ari ni la..sbb tu kl cuti akak saje je bagi diorang cuti ;)

IBU WAWANISOLEHAH..
terima kasih atas ucapan itu :)takde la teringat..itu saja modal yang terlintas di kepala masa mengarang tadi

UNCLE LF..
tq banyak2 ;)kim salam auntie ye

KAK ZAKIE..
tq kakak..
kak erna tu kakak saya tapi lain perut (paham-paham la yer)

Irfa said...

KAK UMMI..
hehe..apa yang ada pada nombor kan?yang penting bagaimana kita memanfaatkan umur yg ada itu

~adeQ~ said...

Wah ramai lah yang sambut hari ni...hehehe...Happy birthday Sis! Semoga apa yang diimpikan tercapai...amin...

Zareda Norman said...

Irfa
Happy birthday dear..

Age tu just a matter of number... Kak zar pun dah penghujung 30 an tapi jiwa mesti muda, persiapan di sana mesti semakin mantap.. :-)

Irfa said...

Nurshi..
thks dear..mmg pun ramai yg cuti KL la.S'gor tetap kena keje.huhu.
alhamdulillah..setakat ini dah bersyukur dgn nikmat Allah bagi

Irfa said...

KAK ZAR..
ala..akak lagi menten muda ;)
puji ikhlas yer bukan bodek.duk sensorang selalu fikir cukup ke amalan yg ada ni utk dibawa balik ke'sana'

Cikja said...

epy besday KAKAK irfa..:-)
semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu.

Aidah said...

Happy birthday, Irfa. Sama pulak dgn hari wilayah. Maka seluruh warga KL meraikan birthday Irfa tiap tahun. Bertuah tuuu.
Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, bahagia dgn orang tersayang dan yang penting semoga keimanan bertambah lagi 33 kali ganda. Amin.

Elly said...

Happy Birthday Laling!!

Irfa said...

CIK JA..
yelah aku kakak dr ngko :)
so terasa muda la kan?hehe
tq fr the doa

Irfa said...

KAK AIDAH..
hehe..bestkan kalau saya pun dapat cuti sama ;)terima kasih utk doa itu

ELLY..
tq elly :)

Acik Erna said...

Happy birthday.
dan tanya hadiah tu..beli kat duty free ke..nampak cantik pulak dan mcama teringin nak beli..nanti sms ye.

Irfa said...

KAK ERNA..
berkenan ker?biasa la kat mana lagi

Rumah Kuning said...

happy birthday. semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta.

-wos- said...

sebaya rupanya kita.
nyesal ngaku 'akak'
hahahhaah

happy belated birthday!

mummY daniSha said...

epi besdaY..taun depan nak masuk angka 3 jugak....adoooii..lain rase bile nak masuk angka 3 ni kan huhuhu...anyway,semoga berbahagia selalu =)