Wednesday, February 8, 2012

'Dia' Datang Lagi

sebelum tu.TERIMA KASIH untuk yang komen pasal entri lepas.hari ni kembali bertugas setelah bercutian selama 4 hari,sib baik jugak kenit tak buat hal bila di hantar ke rumah pengasuh pagi tadi.

dari isnin lepas (kalau dikira hari ni masuk hari ke3 la) aku menahan sakit pinggang.dari pinggang ke bawah..sakitnya macam sakit nak bersalin.huhu.nampak gaya aku kena mengadap doktor dan mungkin juga kena buat fisio balik.last buat fisio 26/09/2011-tahun lepas.

YaAllah..
ini baru sedikit ujian.tapi sengsaranya hanya Allah yang tahu.citer kat orang pun bukan orang paham sebab aku masih lagi nampak sihat dan lalu makan.baring sakit,duduk sakit,berjalan sakit..nak rukuk pun tak boleh,kenalah solat sambil duduk.

tu je nak citer.oh!sebenarnya banyak aktiviti 4 hari cuti tu..next la citer.

17 comments:

Kakzakie said...

Kalau pinggang sakit pasti apa pun nak buat tak menjadi sebab ianya membabitkan tulang belakang.

Kakak doakan moga cepat sembuh...

pB said...

As salam



moga moga cepat sembuh ....

JunAina said...

Sakit adalah peringatan Allah untuk kita, sesungguhnya waktu2 sakit kita akan lebih meningati DIA.

Cikja said...

irfa ko masih menetekkan kenit kan?..sakit sebab banyak mengiring kot..aku sekarang dah stop nenenkan aqil alhamdulillah... sakit pinggang pun hilang...

misya said...

moga cpt sembuh

Anaa said...

Irfa penah cedera ke?
gi la buat fisio.. sakit pinggang ni jangan di buat main.. ada orag yang menderita teruk sebab sakit pinggang..

NenetPenne (NP) said...

sakit dalaman hanya kita dan Allah sahaja yang tahu...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
LF dan isteri mendoakan sihat kembali .. beri perhatian dan lakukan apa yang patut. Take care

suterazen said...

Take care Irfa...moga cepat baik...aminnn..

Acik Erna said...

dik jangan bertangguh..cepat buat rawatan

rumah kuning said...

Semoga cepat sembuh.

Aidah said...

Akak pun ada masanya sakit kat pinggul ni Irfa. Hari tu balik kampung, bukan main susah nak naik tangga ke tingkat atas. Rasa macam nak merangkak pulak. Bila dah duduk, nak bangun tu sakitnya Allah je yang tahu. Risaulah. Irfa pernah cedera ke? Jaga baik2 kesihatan tu sebab Irfa muda lagi. Lainlah akak ni dah kertu. Hihihi.

Papa-NtiQ said...

hi Irfa...tengah blogwalk so singgah kejap nengok post2 menarik kat sini...

MOKCIK AZWA said...

get well soonest ya Irfa..

Mama Ema said...

muga cepat sembuh yer

Mak Wardah said...

Akak doakan Irfa cepat sembuh

Irfa said...

TQ UNTUK SEMUA YANG MENDOAKAN :)
dah makin bertambah umur senang sangat penyakit nak singgah.apa2pun kita kena berusaha dan selebihnya berdoa padaNya