Wednesday, February 22, 2012

Fisio Day 6 (22/02/2012)-Last Day,Hopefully

JUST FR RECORD..

HARI YANG CERIA ;)

baru masuk opis..dari rumah terus ke medical centre buat fisio.aku cakap kat staff fisio 'akak harap hari ni last akak kena fisio.kalau boleh taknak datang lagi'boleh?Insya Allah..

sesi mula jam 9.15 dan tamat tepat jam 10.10 minit pagi.dan aku jugak dah dapat bengkung pinggang yang aku order tu.siap adik fisio tolong pakaikan.sekarang aku tengah pakai bengkung dan duduk tegak macam pengantin atas pelamin yang sedang tunggu acara menepung tawar.hehe.

adik tu siap melawak 'kak,ni bengkung pinggang untuk betulkan pinggang akak tu bukan bengkung untuk cantik yer.pakai dalam baju bukan pakai kat luar baju'..eh,gile ke nak pakai kat luar baju.emm..mana tahu kot lepas ni boleh ramping cam RCW.keh keh keh.

berjanji pada diri sendiri untuk:

-mula bersenam.sekurang-kurangnya jalan kaki pusing taman kalaupun aku tak boleh berlari.badan naik jugak membebankan belakang dan pinggang kita.

-jaga postur badan (cara duduk dan jugak cara tido)

-elakkan dari angkat barang berat.ops,elakkan jugak dari dukung si kenit.kerana beratnya sudahpun 11kg.selalunya aku cuma dukung bila dia tertido kat bawah nak bawak naik tido kat bilik.lagipun dia paling kecik..mesti la rasa cam baby lagi.so lepas ni kenit kena jalan sendiri naik tangga ke bilik.tak pun tunggu je ayahnya balik untuk angkat dia.

okey..harap-harap ni last aku bercerita pasal fisio ;) korang pun mesti dah bosan bila aku asyik citer pasal ni je kan?

nanti kita citer pasal benda lain pulak yer ;)

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak tak bosan tapi kesian membayangkan duduk macam pengantin tu... habis nak drive kereta, nak pergi kerja, masak dsb itulah macam susahnya...

Kakak doakan moga lepas ini oklah hendaknya...

aNIe said...

Assalamualaikum Irfa... kena slipdisc ke? Kalau camtu tak boleh angkat barang berat tau...jaga badan tu...sebab nak pakai lama...hehehe...

Akak pun ada...doktor kata minor slipdisc

Semoga cepat baik seperti sediakala ye...

Irfa said...

KAK ZAKIE..
hehe..tak bosan?mekasih la yer.tapi harao lepas ni sy tak perlu ke fisio lagi..pakai bengkung ni makan sikit je :( sebab ketat.balik umah nanti tak tahu lah camner..adakah qada' makan.hehe

KAK ANIE..
dulu mmg penah masuk spital psl slipdisc tapi bukan kes kritikal.
dah lama pun..masa tu anak sorang.
mmg kena jaga sbb nak pakai lama :)