Monday, February 13, 2012

Taktik Perompak Masa Kini..menakutkan



serius..menakutkan.bila dapat emel ni terus otak aku teringat cerita benar yang aku dengar dari seorang kawan(kisah ni berlaku pada kawan kepada kawan aku).free sila baca.

kisah ni berlaku mungkin 5 atau 6 tahun yang dulu.semasa ramai pekerja mendapat pampasan selepas mereka sukarela berhenti kerja dengan sedikit imbuhan.seorang wanita separa umur mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak..lebih dari RM50K kalau tak silap kerana ingin membayar kepada tukang buat rumah kerana telah siap me renovate rumahnya.

keluar dari bank dia perasan ada motor mengekorinya.dan sampai ke jalan yang agak sunyi motor itu menghalang kereta mereka (dia bersama suaminya).pemandu motosikal itu menerpa ke tingkap dan menyuruh beliau menyerahkan beg merah itu sambil berkata 'bagi beg merah itu'.macam mana perompak itu tahu dalam beg merah itu ada duit yer?banyak lagi beg lain dalam kereta tapi kenapa beg merah itu yang dia mintak?

kata kakak itu 'mungkin kah ada orang dalam bank yang telah memberi info dalam beg merah itu ada duit?'.

fikir-fikirkan dan semoga kita di jauhkan Allah dari orang-orang yang berniat jahat.sekali fikir online lagi selamat dari membawa cash yang banyak.tapi online pun tak berapa selamat jugak..banyak kedai online sekarang ni..takut bila duit banyak dalam akaun..laju je jari-jemari nak klik untuk bershopping.hehe

10 comments:

cheqna said...

ya allah takutnyer..
mintak jauh la

Pok Amai-Amai said...

Beb, org bank kdg2 jahat. Bersekongkol dgn penyamun. Mcm ne la penyamun tu ley tau dlm sampul tu ade duit smpi RM10k? Siap ley mengekor dr bank ke opis? Seram.

mummY daniSha said...

kakak tu bg x beg merah tu?takkutnnye kalau jadik macam tu..kalau terus jalan je/reverse je aci x?hehee

Irfa said...

CHEQNA..
saya yang dengar citer tu pun meremang bulu roma.mintak jauh dr orang2 yg berniat jahat..bukan senang tau nak dapat duit..senang2 je jadi camtu

FARA..
akak tu citer kakak yg kena rompak tu patah balik gi bank dan marah orang dalam bank tu.tapi benda dah jadi..duit pun tak tahu la dapat balik ke tak..rasanya tak

Irfa said...

MUMMY DANISHA..
duit tu mmg dah 'selamat' la dapat kat penyamun tu.sian akak tu

lieynanilaz said...

sekarang memang kena berhati-hati!!

Kakzakie said...

Semakin canggih pun cara kita guna sedikit alpa macam-macam boleh jadi.

Aidah said...

Macam2 cara diorang merompak. Akak paling takut taktik langgar kereta kita tuh. Apa2 hal kalau dilanggar, janganlah turun tengok. Telefon polis terus, lagi selamat, rasanya.

Mak Wardah said...

Tqvm for sharing. Memang sgt2 scary

Irfa said...

LIENANILAZ..
bukan sekarang je..dulu dan akan datang pun kena sentiasa hati-hati.dalam hati2 pun terkena jugak

KAK ZAKIE..
makin canggih sistem..taktik perompak pun sama canggih juga.nak buat macam mana

KAK AIDAH..
yang tu lagi takut..nak jalan terus tapi kalau keta dah tak bergerak mcm mana?tak tepon polis kedit pulak abis..oh tidak.mintak jauh la

MAK WARDAH..
sama-sama :)