Friday, August 29, 2014

Mak Datang dan Kebaikkan Bawang Putih

Salam Jumaat untuk semua
wah! senyum lebar muka sorang2 ye
maklum lah esok lusa tulat cuti

ada rancangan nak kemana2 ke?
aku ada 2  jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni
Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya
Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen

Semalam mak datang, naik keta api
taknak naik flight, takut katanya, huhu
Mak datang untuk 2 kenduri tu
# mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu

Macam biasa lah bila mak datang
satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu
sebut je nak apa
petai jeruk? cendawan kukur? semua ada
asam keping tu dah bertahun aku tak beli
ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu
petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak
dah macam poket doraemon beg mak

tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa
tapi ni bukan aku kirim
tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim
hasben akak tu selalu gak macam sakit dada menyucuk
pegi spital, doktor kata takde apa2
ada orang bagi dia rasa bawang putih jeruk ni
sejak makan tu dia rasa lega sikit

tapi kat sini susah nak jumpa
dah merata pasar dia cari tak jumpa
sebab dia tahu aku Kelantanese, yang berjiran dengan Thailand
# dengar citer, bawang jeruk ni datang 'alik sana' ( kami sebut alik sana, bagi Thailand)
akak tu tanyalah kot lah aku penah nampak
of kos la penah nampak
dulu2 kalau kat Kelantan, makan nasi kerabu ada letak ni
tapi sekarang dah jarang jumpa

mintak mak belikan, ingatkan mak akan beli dalam plastik yang ikat2 tu
sekali tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan balang hangkut sekali
ni makan sampai tahun 2015 tak abis kot, hihi


setakat mana kesahihan bawang putih ni sesuai ngan hasben akak tu
tak dapat aku pastikan
sebab i bukan puan doktor
tapi aku gugel terjumpa ni
kebaikkan bawang putih


ada gak orang makan mentah buat ulam
tapi aku tak lalu kot nak telan, huhu

okey, tu je nak share


selamat berhujung minggu ye

(^_^)



16 comments:

  1. Dah lama tak nampak bawang putih jeruk. Masa kecik2 dulu je pernah. Banyak rupanya khasiat dia, patutlah orang2 tua makan. Untuk kuat ingatan, nak makan apa ye? hehehe.

    ReplyDelete
  2. Cendawan kukur tu cemane...tempekla gambar...

    Bawang putih mmg bagus...antioksidan...

    ReplyDelete
  3. MAK NI APA YG ANAK2 DIA PERLU N SUKA AKAN DICARI N DBERI..BUKAN SETAKAT SEBALANG BAWANG PUTIH JERUK JER..

    ReplyDelete
  4. tempoyak pun tentu ada sebalang tu ye dik hi hi

    ReplyDelete
  5. my PiL makan bawang putih muda untuk redakan maslaah jantung dan darah tinggi dia tu, berkesan la kot pada dia sebab knowing bosnian ni, depa langsung tak buh bawang putih dalam masakan.
    Eh terbayang nasi kerabu eh tengok ni, kito maghi alik nung, memey tokleh lepo mato nga bawe jeruk nih hehehe.

    ReplyDelete
  6. meh la singgah minum2.. nak singgah rumah bagitau awal2.. takut rumah sepah.. haha...

    ReplyDelete
  7. Bawang putih memang elok buang angin..kalo dapat yang original mcm ni okla..kalo yang susah nak cari skrg...shaklee ada produk dia garlic namanya..fungsinya sama..kalo susah nak dpt la..skrg ni dah ada okla..:)
    Saya agen shaklee kalo nak dptkan garlic shaklee boleh lawat blog saya..

    ReplyDelete
  8. kat gerai2 ala thai diaorg masak steam fish ada taruk pickle garlic ni. mmg sedap jadinya kuah steam fish tu. aahh... terasa2 pulak kat tekak ni. adehhh

    ReplyDelete
  9. sonok kan klu mak nk dtg umah kita huih betul2 poket doremon memacam dia bawak

    ReplyDelete
  10. Singgal kenal Assalam
    jeruk bawang putih susah dapat kat utara, dengar cerita macam tu juga baik untuk kesihatan..
    bestnya mak datang dari kampung....

    ReplyDelete
  11. irfa, sebenarnya apa rahsia jeruk bawang putih tu?

    ReplyDelete
  12. Salam. Hee bawang putih selalu diguna untuk menghalau vampire saja.

    ReplyDelete
  13. lamanya x mkn jeruk bwg putih ni..mmg sedapp

    ReplyDelete
  14. itulah ibu Irfa, akak pernah baca dlm blog Najmi dia ninum jus bawang putih dulu tiap hari untuk perbaiki kesihatan. akk fav bawang putih jeruk.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)