Salam Jumaat untuk semua
wah! senyum lebar muka sorang2 ye
maklum lah esok lusa tulat cuti
ada rancangan nak kemana2 ke?
aku ada 2 jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni
Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya
Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen
Semalam mak datang, naik keta api
taknak naik flight, takut katanya, huhu
Mak datang untuk 2 kenduri tu
# mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu
Macam biasa lah bila mak datang
satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu
sebut je nak apa
petai jeruk? cendawan kukur? semua ada
asam keping tu dah bertahun aku tak beli
ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu
petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak
dah macam poket doraemon beg mak
tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa
tapi ni bukan aku kirim
tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim
hasben akak tu selalu gak macam sakit dada menyucuk
pegi spital, doktor kata takde apa2
ada orang bagi dia rasa bawang putih jeruk ni
sejak makan tu dia rasa lega sikit
tapi kat sini susah nak jumpa
dah merata pasar dia cari tak jumpa
sebab dia tahu aku Kelantanese, yang berjiran dengan Thailand
# dengar citer, bawang jeruk ni datang 'alik sana' ( kami sebut alik sana, bagi Thailand)
akak tu tanyalah kot lah aku penah nampak
of kos la penah nampak
dulu2 kalau kat Kelantan, makan nasi kerabu ada letak ni
tapi sekarang dah jarang jumpa
mintak mak belikan, ingatkan mak akan beli dalam plastik yang ikat2 tu
sekali tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan balang hangkut sekali
ni makan sampai tahun 2015 tak abis kot, hihi
setakat mana kesahihan bawang putih ni sesuai ngan hasben akak tu
tak dapat aku pastikan
sebab i bukan puan doktor
tapi aku gugel terjumpa ni
kebaikkan bawang putih
ada gak orang makan mentah buat ulam
tapi aku tak lalu kot nak telan, huhu
okey, tu je nak share
selamat berhujung minggu ye
(^_^)
Comments
Bawang putih mmg bagus...antioksidan...
Eh terbayang nasi kerabu eh tengok ni, kito maghi alik nung, memey tokleh lepo mato nga bawe jeruk nih hehehe.
Saya agen shaklee kalo nak dptkan garlic shaklee boleh lawat blog saya..
jeruk bawang putih susah dapat kat utara, dengar cerita macam tu juga baik untuk kesihatan..
bestnya mak datang dari kampung....