Skip to main content

Mak Datang dan Kebaikkan Bawang Putih

Salam Jumaat untuk semua
wah! senyum lebar muka sorang2 ye
maklum lah esok lusa tulat cuti

ada rancangan nak kemana2 ke?
aku ada 2  jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni
Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya
Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen

Semalam mak datang, naik keta api
taknak naik flight, takut katanya, huhu
Mak datang untuk 2 kenduri tu
# mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu

Macam biasa lah bila mak datang
satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu
sebut je nak apa
petai jeruk? cendawan kukur? semua ada
asam keping tu dah bertahun aku tak beli
ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu
petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak
dah macam poket doraemon beg mak

tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa
tapi ni bukan aku kirim
tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim
hasben akak tu selalu gak macam sakit dada menyucuk
pegi spital, doktor kata takde apa2
ada orang bagi dia rasa bawang putih jeruk ni
sejak makan tu dia rasa lega sikit

tapi kat sini susah nak jumpa
dah merata pasar dia cari tak jumpa
sebab dia tahu aku Kelantanese, yang berjiran dengan Thailand
# dengar citer, bawang jeruk ni datang 'alik sana' ( kami sebut alik sana, bagi Thailand)
akak tu tanyalah kot lah aku penah nampak
of kos la penah nampak
dulu2 kalau kat Kelantan, makan nasi kerabu ada letak ni
tapi sekarang dah jarang jumpa

mintak mak belikan, ingatkan mak akan beli dalam plastik yang ikat2 tu
sekali tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan balang hangkut sekali
ni makan sampai tahun 2015 tak abis kot, hihi


setakat mana kesahihan bawang putih ni sesuai ngan hasben akak tu
tak dapat aku pastikan
sebab i bukan puan doktor
tapi aku gugel terjumpa ni
kebaikkan bawang putih


ada gak orang makan mentah buat ulam
tapi aku tak lalu kot nak telan, huhu

okey, tu je nak share


selamat berhujung minggu ye

(^_^)



Comments

Leney said…
Dah lama tak nampak bawang putih jeruk. Masa kecik2 dulu je pernah. Banyak rupanya khasiat dia, patutlah orang2 tua makan. Untuk kuat ingatan, nak makan apa ye? hehehe.
Unknown said…
Cendawan kukur tu cemane...tempekla gambar...

Bawang putih mmg bagus...antioksidan...
nur anis said…
tak pernah makan..sedap ke?
paridah said…
MAK NI APA YG ANAK2 DIA PERLU N SUKA AKAN DICARI N DBERI..BUKAN SETAKAT SEBALANG BAWANG PUTIH JERUK JER..
Acik Erna said…
tempoyak pun tentu ada sebalang tu ye dik hi hi
Nastyna said…
my PiL makan bawang putih muda untuk redakan maslaah jantung dan darah tinggi dia tu, berkesan la kot pada dia sebab knowing bosnian ni, depa langsung tak buh bawang putih dalam masakan.
Eh terbayang nasi kerabu eh tengok ni, kito maghi alik nung, memey tokleh lepo mato nga bawe jeruk nih hehehe.
Unknown said…
meh la singgah minum2.. nak singgah rumah bagitau awal2.. takut rumah sepah.. haha...
Teratak haeida said…
Bawang putih memang elok buang angin..kalo dapat yang original mcm ni okla..kalo yang susah nak cari skrg...shaklee ada produk dia garlic namanya..fungsinya sama..kalo susah nak dpt la..skrg ni dah ada okla..:)
Saya agen shaklee kalo nak dptkan garlic shaklee boleh lawat blog saya..
yana said…
kat gerai2 ala thai diaorg masak steam fish ada taruk pickle garlic ni. mmg sedap jadinya kuah steam fish tu. aahh... terasa2 pulak kat tekak ni. adehhh
Kopiolimauice said…
sonok kan klu mak nk dtg umah kita huih betul2 poket doremon memacam dia bawak
sud@is said…
Singgal kenal Assalam
jeruk bawang putih susah dapat kat utara, dengar cerita macam tu juga baik untuk kesihatan..
bestnya mak datang dari kampung....
Misz-ella said…
irfa, sebenarnya apa rahsia jeruk bawang putih tu?
Wak Lat said…
Salam. Hee bawang putih selalu diguna untuk menghalau vampire saja.
LYAfrina said…
lamanya x mkn jeruk bwg putih ni..mmg sedapp
Mak Wardah said…
itulah ibu Irfa, akak pernah baca dlm blog Najmi dia ninum jus bawang putih dulu tiap hari untuk perbaiki kesihatan. akk fav bawang putih jeruk.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t