semalam hujan lebat,kelmarin pun pepagi dah hujan lebat.sib baik member ambik depan umah..itupun nak masuk keta kain dah basah lencun.
aku ngan hujan tak berapa ngam.nak pulak kalau hujan tengah malam.telinga pun boleh dengar macam-macam dan fikiran pun jenis yang berimaginasi tinggi.kalau ada 'roommate' takdelah takut sangat.tapi malam tadi en abe keje malam balik lewat.
aku dengar bunyi 'gedegang' masa tengah syok tido.perkara pertama aku fikir ialah 'pencuri nak masuk rumah ke?' oh!takutnya saya.aku lebih takut orang dari hantu.tapi hantu pun takut jugak.hehe
otak pun mula fikir macam-macam.ingat tak kisah perompak pecah pintu pakai tong gas tu?haaa..yang tu lah aku bayangkan.
pagi ni..masa nak hantar kenit,aku nampak dahan pokok ubi kayu dah jatuh tepi pintu dapur.emmm..dahan pokok ni la yang aku dengar bunyi gedegang tu agaknya..hebat tak imaginasi aku?
mintak jauh la dari orang-orang tang berniat jahat...
okey.ini pula kisah bantal,hujan-hujan mesti terbayang bantal depan mata kan?
kalau adik aku baca mesti dia bengkek.tahu kenapa?sebab dia pun terbabit dalam ini pilem.haha
tu ari aku tempah baju .semua kain jenis cotton.tahu jelah kain jenis cotton ni,sedap pakai dan selesa jugak kalau dibuat sarung bantal..hahaha.kain tu 3 meter setengah dan 'bidang 60' bukan 'bidang 45' macam kain ela biasa.jadi banyak kain terlebih lepas buat baju kurung tu.
kebetulan kat umah ada 3 biji bantal takde sarung.so aku mintak akak tu buatkan sarung bantal dengan belen kain itu..jadilah bantal 3 beradik.
cantikkan kalernya?ceria gitu
*sila angguk*
yang bestnya,kaler pink belen kain adik aku.hitam putih dan bunga ceria itu aku punya.tapi yg corak hitam putih tu adik aku ambik dan bagi pada adik sorang lagi.dia tukar sebab tak berkenan dengan corak kain yang dia sendiri pilih.boleh?
Dari Atas:Kakak,Adik dan Abam |
Adik dan bantalnya |
bila hujan di luar sana..tetiba aku rasa macam best pulak tengok kenit ni tido,dapat baring sebelah dia sambil peluk-peluk,best ni
bila aku balik keje,dia suka cakap 'omie.nak polok(umie,nak peluk)'.
sian dia..malam tadi badan panas..macam nak demam.tapi aku dah takde cuti,kena jugak datang keje.okey daaaaaaaaaaaa ;)
sian dia..malam tadi badan panas..macam nak demam.tapi aku dah takde cuti,kena jugak datang keje.okey daaaaaaaaaaaa ;)
Comments
jgn pedulikan komen ngarut aku ni :P
ye,mmg aku abaikan komen yang paling mengarut abad ini
adik aku mmg gini..selalu beli baju pastu balik tak berkenan.tapi yang untungnya aku la,,sib baik sama size
kalau adik aku size cam ko..mmg membazirlah ;)
berkenan ke?hehe
bantal je ke?
;)
bantal tu adik share ngan umie ;)
sarung nya yang cantik
bantal dalam tu kaler putih jer
itulah pasal
kat blog akak pun gambar dia tido jugak
bantal itu isinya bulu itik..bukan kekabu ;)
nanti nak gi jengjalan boleh bawak bantal tu matching dgn baju...
Nyenyak jew bdk comei tu tdo....
Cantiklah bantal2 tu...bantal rumah akak ada dua aje bulu itik, teringat dulu bila tengok cite org putih, dia org laki bini bergaduh guna bantal, pecah bulu bertaburan, inginkan bulu apa rupanya bulu itik.