Skip to main content

Pengumuman Penting

ada sesapa dapat emel dari mawarni79 tak?
ni nak bagitau..itu bukan aku yang hantar.
aku pun tak tahu sapa tah yang 'berjaya menyamar jadi aku tu'.

alkisah bermula pada tarikh yang sama aku tulis 

aku dapat emel dalam akaun emel pejabat
emel tu datangnya dari akaun emel aku sendiri
mawarni79@yahoo.com
itu memang akaun emel aku dan emel tu jugak untuk akaun blog ni
tapi aku jarang guna dan memang dah lama tak buka 
tiba-tiba dapat emel dari diri sendiri tu aku tak senang duduk

hari ke hari nak bukak akaun emel yahoo ni
baru hari ni menjadi kenyataan
mula-mula macam susah nak masuk tapi last-last dapat jugak masuk 
ish..sebijik macam masa aku nak buka akaun FB tu
ada notification kata ada percubaan untuk buka emel ni 

bila ku belek-belek akaun tu
banyak emel mengarut yang aku tak hantar
tapi dihantar pada semua contact fren
arghhhhhhhhhhhh gila la ;(

pendekkan citer cuma nak bagitau
emel mengarut-ngarut dari 
mawarni79@yahoo.com
tu bukan aku
dah tu je nak bagitau

daaa

Comments

azieazah said…
Wahh bahaya nih? Tak boleh ker delete jer akaun tuh?
Lady Windsor said…
ok so far saya tak de terima apa-apa...no worries..kalau ada saya akan refer pada irfa dulu yek..
Unknown said…
Macam- macam kan Irfa..
HeNRieTTa JoSe said…
ok...notice....rasanya rietta mmg xde trima....
Liz said…
macam tu pulak. samada ada virus atau ada hacker.
ZieMarziah said…
glemer kak irfa ni..email pun org nak kacau hehehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...