Skip to main content

Pose Terbaru Adik Aja

nyampah pulak aku baca entri sebelum ni,macam emo pun ada.takpelah..kita tak boleh puaskan hati semua orang kan?

so bersangka baik jelah,orang yang bertanya tu dah takde modal nak borak ;)

selain kisah diri sendiri,orang keliling dan jugak pasal keje sikit-sikit
blog aku ni haruslah kisah anak-anak 
anak aku la..anak orang lain,baca la blog mak dia
hehe

korang ingat tak,satu ketika dulu..aku penah tulis si kenit suka buat muka bila bergambar.masa tu dia suka menyengih macam ni..


sekarang dah tak buat macam tu,tapi dengan cara membolatkan pipi macam budak2 remaja baru nak kenal dunia tu..


see........batang hidung pun dah tak nampak ;) 





ini baru 2 tahun 7 bulan..lagi 10 tahun macam mana pulak gayanya yer?

adik aku selalu gelak kat dia bila dia cakap 'umie.bocanlah'
(sebenarnya dia selalu cakap macam ni bila dah bosan main game kat henpon aku..bosan tu sebab nak mintak tukar game lain) 

adik aku kata 'ai..baru 2 tahun kenal dunia dah bosan ker?'

mood happy sebab petang ni en abe kata boleh gi beraya ke Shah Alam,rumah makcik aku (sepupu mak aku) yang aku panggil mak busu.dulu-dulu (14tahun yang lalu) rumah mak busu la tempat aku menumpang masa mula-mula datang dari kampung..masa tu anak dara mak busu masih bersekolah.sekarang semua anak mak busu dah keje..cepat sungguh masa berlalu kan?

okey..tata


Comments

Kakzakie Purvit said…
Kakak kalau N3 tentang anak-anak suka sebab kalau tension/stress pun kakak boleh senyum sendiri tau..
oren said…
masa akak teman naufal warded kat spital minggu terakhir ramadhan, dia ada mintak nak beli i-pad..bila tnya, mana nak cari duit, dia kata, murah jek..5 kupang (50 sen) jer kan?? akak rasa mcm nak gelak guling2-smpai-jatuh-katil..hahahha

pastu, ada budak kecik sblh katil dia..mak dia bagi main game kat tablet..siap dia pi menempel kat katil kawan tu..siannya..bila bagi can main, tgn yg sakit kena cucuk tu pon, dia lupa..hahahaha..

anak2 akak, semua dok aim nak beli i-pad..depa nih, mmg terdedah sungguh..akak plak mmg takkan belikan, sbb depa bukan jenis reti jaga brg..beli mainan, tak smpai 10 jam dah lingkup..
Anonymous said…
he he sgt2 cute
cheqna said…
amboi..kecik2 dah pandai bosan ye dik ja =)
makchaq said…
Comeinya... tambah bila buat pipi kembong.... memang tak bocan makchaq tengok..
Irfa said…
KAK OREN..
rindu nak dengar citer akak ;)

budak2 zaman sekarang..apa org ada dia nak
macam la murah nak beli..

sekarang abam mintak basikal pulak diap cakap 'abang ada duit'
mmg la ada duit tapi x cukup..kena gak ayah tambah
tunggu la dulu.bukan x penah beli tapi x smpi seminggu jahanam
Irfa said…
KAK ZAKIE..
bosan2 kat opis buka folder gambar anak dan terasa rindu kat mereka
balik umah..diorang buat hal,tumbuh gak tanduk ;)
Irfa said…
MAKCHAQ..
budak2 buat nampak comel
kalau org tua yg buat gitu..pengsan terus ;)
Irfa said…
CHEQNA..
mana tah dia dapat ayat tu
mama aryan said…
cumil je dia buat pipi kembung mcm tu..
pB said…
Ajak abe gie SACC MALL
:: CIKVIVA :: said…
senyum sambil gambar sepetkan mate xde ke? hehe
Yunus Badawi said…
Selamat beraya ke Shah Alam.

Budak2 ambil gambar memang mcm2 gaya. Afifah dulu kalau bergambar mesti senyum sengit sebelah. Skrg dah ke Sabah anak dara kami tu. Masa memang cepat berlalu.
HeNRieTTa JoSe said…
Comeiiii....mmg bdk bdk skank cerdik....suka jew tgk....
aNIe said…
Salam Oren... akak pun rindu... lama rasanya tak dengar celoteh oren...Selamat Hari Raya dari akak dan maaf zahir batin ye
aNIe said…
Salam Irfa... makin manis dan cantik Adik Aja...dah pandai bergaya...maklumlah semakin besar...hehehe
paridah said…
comelnya sikecil ni...susah jg nk masuk blog irfa klik brkali kali baru dpt...
oren said…
kak lady..rindu jugak kat akak.. :)

*tumpang lalu no, irfa...*
Lady Windsor said…
mak aihh comeinya dia buat muka kembung gitu...
rasa nak cencom jer biar nanges...jahatkan makcik LW ni..
Unknown said…
ahahaha..comel la si aja ni.. mana gamaknya dia tiru aksi tu.. dia ada curi2 tengok fb ko ke? setau aku kat fb je banyak pose pose begitu...hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t