Skip to main content

Majalah Yang Ingin Dibeli Bulan October 2012

tak lunch kan?
sebab dah makan nasi lemak rm10
apekata kita apdet blog lagi
hehe

emm...dah lama tak beli majalah
ingat-ingat lupa last majalah aku beli ialah,Rapi
ala..kalau baca Rapi masa tu jugak bermotivasi
nak jaga pemakanan.nak bersenam bagai
lepas baca..terus lupa
eh!aku cakap pasal aku
jangan pulak korang terasa ye

dalam list aku ada banyak majalah nak beli bulan Oktober ni
gara-gara terpengaruh dengan blog

memula nak beli Majalah Eh
sebab ada blogger Filla
yang anaknya chumel,si Acih dan Ani
rasanya aku je baca blog dia,tapi dia tak penah datang blog aku pun
yelah..sedar diri.huhu

pastu nak beli Majalah Dara
sebab ada blogger HoneyKoyuki
suka baca blog dia.dahlah comel.cerdik pulak tu
yang ni pun tak mungkin singgah blog picisan aku
maklumlah pembaca puluhan ribu

dan lagi,Majalah Pa&Ma
dalam tu ada blogger Ceera,adik beradik ngan blogger Sepet

last sekali nak beli Majalah Nona
sebab dalam tu ada Raja Ema
ingat lagi masa zaman kecik-kecik dulu
Raja Ema ni suara dia serak
aku kata 'suara macam itik'
aku nak beli sebab tergoda dengan cover majalah ni
dalam gambar ni dia nampak cantik sangat

sumber dari sini-OhBulan



aku nak beli semua majalah ni sebagai kenangan ;)
sebab dalam tu ada blogger yang blognya aku baca
errrrr..ada lagi blogger yang masuk majalah?
rasanya ni je yang aku tahu 
yelah..nak tunggu aku masuk majalah memang tidaklah
tumbuh janggut pastu cukur dan tumbuh balik pun
memang takkan ada
^_^
ops..
harap-harap semua majalah yang aku nak ni masih ada di pasaran
takde masa nak gi kedai majalah
hujung minggu la kot itupun kalau keluar la

Comments

sweetie said…
sapa kata blog irfa tak da org baca? kalau tak baca, macammana ada komen-komen tu. Tak kisahlah blog picisan pun.

Saya menulis di blog sebagai catatan untuk tinggalan kenang-kenangan buat anak-anak. Andai ada orang membaca, terimakasih kerana sudi membacanya. Pada folower pulak, mereka adalah rakan-rakan yang saya harap akan dapat jumpa suatu hati kelak! Boleh Irfa.
Tie HT said…
bagus jugak majalah2 ni..besele payah bloger femes nk terjah balik blog kita. khenn :)
Lady Windsor said…
Majalah Jelita tak mo beli ka? Resipi saya ada kat situ...hehe
NenetPenne (NP) said…
lasi lemak RM10 hengget?? ooo mahal..

ehhh raja ema, lawanya...dah kurus dia kan...

irfa, nak depa iaitu blogger2 tu masuk jengok blog kita ni umpama menunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya... ha ha ha...

akak beli majalah apartment konon nak amik aura apartment orang lain untuk diapplikasi kat apartment sendiri.. jawapannya...nan adooo!!!! ha ha ha...
nazayiena said…
salam kenal dr kak Nurul dan folo sini.Makin cantiklah Raja Ema skrg.
Irfa said…
@sweetie..
ye,bukan kata xde lgsung yg baca tapi blog cacamarba ni tulis tak hapa2 je.sbb tu segan ;).tp sgt terima kasih sbb ada jugak yg singgah sini.

samalah kita,harap2 bila anak2 dah besar blogspot ni masih wujud lagi.dlm ini byk kisah anak2 je pun
Irfa said…
@tihara..
dulu rajin mmbeli tp sebab dh tak tahu mana nak simpan terus x rajin beli..kalau teringin sgt baru beli.

mmglah diorang x dtg sbb byk lagi blog yang bagus utk dibaca ;)
Irfa said…
@kak lw..
la macam mana saya tak tahu ni?okey..masuk dalam list jugak la
banyak tak resepi akak dlm tu?
haruslah citer dgn kengkawan yg resepi tu kawan blog saya yg buat..hahaha
Irfa said…
@kak net..
tak sgka smpi gitu sekali mahalnya.saya bajet mgkin dlm rm6 @ rm7 je..huhu

raja ema nampak beza sungguh dari dulu.tu pasal nak beli,boleh tengok lama2 dan mana tahu ada tip awet muda dalam tu..hehe

malam2 belek majalah ikea smbil berangan nak beli itu ini..majaah ikea tahun lama2 pun no hal..janji membelek
Irfa said…
@nazayiena..
tq sudi singgah sini ;)
azieazah said…
Kalu
nak tahu, bukan semua blog yg masuk majalah2 tu blog terkenal, ada tu
biasa saja. Sebab mereka sendiri hantar borang utk sertai so ada yg
terpilih. Bukan pihak editorial majalah yg cari pun. So, benda tu takda
effect la. Blogger adalah blogger, ada kelebihan dan keistimewaan
tersendiri. Teruskan berblogging..!
Misz-ella said…
nak berangan masuk majalah sekejap lah. nnt Irfa beli eh. hahaha.
Nieda said…
lawa pula raja ema ni. wajah semakin cun.
Khalilah said…
Kak, nasi lemak RM10 kat mana tu? Pasti ke tak tertinggal titik hehe owh, ade blogger ceera ke dlm majalah tu? Hari tu ingat nak beli dah sebab nampak ajaib tengok raja emma meletup dalam majalah tu. Lepas ni kena beli ;)
Irfa said…
@kakchik..
kalau kakchik pun ada masuk mana2 majalah bgitau..nanti saya beli sbg kenangan ;)

@kak nieda..
kan?
lagi lawa dr zaman anak dara ;)

@khalilah..
nasi lemak kat termina klia dik
rm10.20 sen after diskaun..huhu
kalau x diskaun rm12.

ceera dlm majalah Pa&Ma katanya

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t