Skip to main content

MAHA 2012 @ Serdang

hai ;)

tq sudi singgah sini lagi dan layan entri ke3 aku untuk hari Rabu yang katanya Wordless Wednesday.yelah sangat...mana 'less'nya kalau dah 3 kali post entri.huhu

Korang tahu kan mak dan adik aku ada kat sini,pagi semalam sampai dari kampung cerita kat sini.dan sekarang aku masih memikirkan kemana nak bawak diorang mengisi masa lapang.bukan senang tau mak aku nak datang..inipun sedih sebab ayah tak datang,macam tak cukup korum je.huhu.Cuti sekolah yang panjang ni je kalau nak datang pun.yelah,aku kan masih ada sorang adik yang bersekolah.Kalau tak cuti sekolah memang tak boleh kemana-mana lah. 

eh..sebelum itu aku gugel apa itu MAHA ?(kotlah ada yang tak tahu..macam aku dulu-dulu,duk dengar orang sebut MAHA tapi aku tak tahu apakah bendanya)

-sumber dari sini: MAHA ialah PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha International) 2012 yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 23 November hingga 2 Disember ini.

Jumlah gerai jualan ditambah pada tahun ini dengan keseluruhan 2,200 gerai dengan 520 daripadanya adalah daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta penyertaan daripada 25 negara. 

Banyak blog yang tulis pasal MAHA 2012 tapi aku share blogger yang ada dalam list aku je.Antaranya yang aku dah baca ialah:

 # disini-kak aidah

# disana-kak net

#di sinun juga ada-mud2u

Hajat hati nak jugak kesana saja meramaikan majlis tapi............aku ni pesen 'cepat panas' kalau berada di tempat yang ramai orang nak pulak cuaca panas.huhu.daripada nak seronok jadi tak seronok.Katanya Sabtu ni last day.emm..mesti lagi ramai sebab dah last day.nantilah aku fikirkan.

Ramai yang kata tempatnya 'maha luas' kalau nak menapak walaupun ada kenderaan disediakan dan parking pun susah.Oh,dengar tu pun aku dah semput.Belum pegi lagi dah semput,acaner?

Susah-susah sangat kita goreng bihun dan nugget @ masak nasi lemak dan goreng keropok..start engin keta ke PD je..sampai sana bentang tikar sambil makan boleh tengok air laut.hehe

Tengoklah nanti.........

Comments

♥cikmOt♥ said…
p la bawa mak membeli belah ke kwc ke...hehehe, saya dah p semalam...mak aihh...penatttttttttttt
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun ada cadangan nak ke PD lagi untuk berkelah, tapi tak tahulah entah bila...
Unknown said…
cuba la pegi... banyak pameran kat sini... diskaun pon banyak jugak. hehe
Mummy Sher said…
orang cakap kat MAHA ni mcm2 ada tau, tapi i pun tak pernah pergi lagi sebenarnya, teringin juga nak pergi, mcm best je..:)
makchaq said…
Kalau nak ke mana2 kena belah pagi.. kalau petang selalu hujan je sekarang ni..

Nak dekat mai la Putrajaya, boleh piknik kat wetland atau lain2 taman.. yg tengah dalam usaha nak kurus boleh joging2..he he
Aidah said…
Memang maha penat Irfa kalau jalan2 time cuaca panas ni. Akak pun tak larat dah sebenarnya ni. Cukuplah tu walaupun tak abis round satu MAHA. Thanx sebab bagi link akak utk MAHA.
Dinas Aldi said…
Baru ja pi baca entri kak Aidah pasai MAHA tu. Seronok tang part pilih durian & siap tolong kopek lagi, wahhhh! Tapi jauh sangat akak nak pi :D
Unknown said…
Best gi MAHA ni... biasanya tiap 2 tahun pameran MAHA ni saya wajib terjah, tapi tahun ni tak berkesempatan sebab jadual harian penuh ngan xtvt.... terlepas la nampak gayanya
Nida n' Hanafi said…
salam..

Teringin nak pergi ke MAHA.. tp apakan daya jauhnya ler rasa.....
HEMY said…
pergi tu nnt ada bas...tp yg susah pakai bas dia tu, bila kita nk naik plak dr 1 destinasi ni sume pakat tknak turun jalan kaki ke tempat lain..

kalau ko nye port tempat ramai turun ok la..yg plg senang turun naik kat dewan dia tu.

mama aryan said…
tak penah pun pegi MAHA ni
:: CIKVIVA :: said…
PD?? oh dem..mesti panas.. tapi kalau berkelah tepi swimming pool buleh la..
Irfa said…
#cikmot..
kwc?itu tempat membeli belah secara borong tu kan?emm pokok duit2 dah togel pun..hehe

#kakcik..
rasanya pd adalah yg terbaik sbb dah dekat ngan umah ;)

#siti saliza..
layan gambar kat blog orang pun dah boleh rasa kemeriahannya :)

#sherwieyna..
akak pun tak penah sampai sana lg
duk dengar citer org je tiap tahun

#makchaq..
cuaca takleh ramal sekarang ni
kdg2 pagi nampak cerah tiba2 je hujan
tima kasih kak kngsi link sya..hihi...smlm sya pegi lgi kat cnie..dia tutp smp pkul 10mlm...kalau tghri memang pnas ..parking jauh...klau mlm ok kot..
Sharinginfoz said…
hari ni last kan, nak pi ke tak ni

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t