Salam Jumaat untuk semua
hari berlalu sangat cepat sekarang
rasa macam baru je Senin
dah Jumaat pun hari ni
okey ..today Abam story
Bulan January juga bulan kelahiran si abam
beza cuma 2 hari
adik 9 hb dan abam 11 hb
berbeza dengan si kakak dan si adik
yang lahir di nogori sembilan
abam sorang je dilahirkan di tanah kelahiranku
Gomo Kelate Gomo
dan baby paling besar aku lahirkan setakat ini
berbanding si kakak dan si adik yang cuma 3kg lebih
abam lahir 4.4 kg
sampai di gelar 'awang besar' oleh arwah makcik aku
dan kenangan paling mencabar masa dalam pantang
dia macam pandai tengok jam
waktu lain dia tido,tapi tepat jam 12malam dia buka mata
berjaga sampai pagi
uwaaaaaaaaaaaaaa
mataku bertukar jadi 'mata panda'
paling kuat sentap semasa kecik
sampai umur 6 tahun kalau tak silap
pantang silap sikit terus jadi patung
apa pun tak boleh
nasib baik bila dapat adik hilang sentap itu
apapun doa umie
semoga abang membesar jadi anak soleh
berjaya dunia akhirat
-kami sayang abam-
kisah pagi ini
aku tulis atas kertas kecik
'SELAMAT HARI JADI KE 8 UNTUK ABANG '
dan selit bawak mangkuk brekfes dia
(2 biji telur separuh masak + 2 keping roti bakar)
dan aku pun keluar sidai kain
dia datang sambil berbisik
'umie jangan cakap kuat2..hari ni hari jadi ayah ke?'
alahai..
aku silap,patutnya tulis
'selamat hari jadi ke 8 untuk abam'
dah dia salah paham ingatkan besday ayahnya
ai..takkan ayah 8 tahun kot.hehe
bila aku cakap 'besday abam lah'
dia jawab 'oh.ok.ada keluar makan2 tak?'
emm..nantilah umie fikir
Comments
Tahun ni genap umur dia 17 tahun
Birthday ayah tu
Happy birthday abam
Moga dilindungi allah sentiasa
Selamat harijadi ABAM semoga menjadi anak yg soleh berjaya d dunia akhirat.
Nanti besar jadi hero umienya.
Happy birthday abam. Jadi anak yg baik tau...