Skip to main content

Instagram?Twitter?

Hari ni 31hb
Hari terakhir untuk bulan Januari
dah sebulan kita di tahun 2013
sedangkan aku masih la buat salah
duk taip 2012 bila buat surat rasmi.huhu
sekejap sungguh masa berlalu kan?
Rasa macam dah tua pun ada

Entah apa mimpi,tetiba aku teringat zaman sekolah rendah
(tengah sindrom rindu nak balik kampung sempena CNY) 
alkisah,rumah mak aku kat kampung takde telefon rumah
masa tu..kena gigihlah keluar sikit depan simpang jalan
situ ada satu pondok telefon awam
satu kampung,satu pondok telefon konsepnya
tapi asyik la rosak memanjang
penah aku nak guna,nampak serbuk cili dalam gagang telefon
sapa punya kerja la agaknya tu
tidak menjadi isu besar bagi aku
sebabnya aku pun takde sangat guna telefon
bukan ada adik beradik yang duduk luar kawasan pun

Bila sekolah menengah
ada sorang kawan,nak berlagak sebab umah dia ada komputer
siap pesan 'ni alamat emel saya,nanti emel la ye'
padahal hari2 jumpa kat sekolah pun
kira dah hebat sangat la tu kalau ada akaun emel
yahoo dot com la masa tu

Dah keje,ada henpon
cap pisang.hehe
ayat biasa orang ada henpon
'ape-ape hal sms la ye'

Selepas itu ada macam2 cara untuk berkomunikasi
jumpa kawan kat surau masa raya 
'nanti aku add ko kat facebook'
sekarang ni lagi la macam-macam ada

'follow aku kat instagram'

@

'ko tweet la nanti'

hebat kan?

aku?
ada emel..jarang bukak
ada FB..pun jarang bukak
kalau sesekali aku post kat wall fb
ada la sorang dua yang sudi tekan LIKE
selalunya adik2 aku je pun.huhu
nampak sangat kehadiran tak di rasai

aku cuma aktif kat blog je
kalau boleh nak posting 5x sehari
dah macam solat 5 waktu la pulak.hehe

adik pompuan aku
semua ada
FB ada,Instagram ada,Twitter ada



korang pulak macam mana?
semua akaun social networking ada ke? 

Comments

Anonymous said…
fb ada...instagram ada tapi mmg x aktif...suka tengok gambo2 org je.. twitter ada tapi tak pandai guna...hahahah blog memang kompem ada...=)
Qashmere said…
Memang cepat masa berlalu. Sekarang ni ramai yang tengah layan instagram. bestnyeee
NenetPenne (NP) said…
ada blog jer...
instagram ke twitter ke memang tak lah...
i tak nak fofular...ha ha ha....
Mulan said…
org sign up kita sign up.. yg guna fb & blog je.. anak2 ni pon sign up semua tapi nasib tak melekat kat sgt.. suka tgk tv & main games je..
Rinna said…
Zaman canggih nie mmg mcm2 ada.. Reti guna dan nak guna atau tak aje.. :)

Akaun Twitter, FB ngan Insta ada.. jadi follower..
Yunus Badawi said…
kecuali instagram yg lain semua saya ada. Tapi tak larat nak layan semua.

Kat blog dan fb aje pun berapa banyak masa dah habis ..... huhu
Irfa said…
#cheqna..
ada la jugak.
buat masa ni cukupla di blog je
sesekali di fb ;)
takut nanti tak buat keje lain duk ngadap itu je

#Qashmere..
instagram ramai artis yg guna
senang peminat nak follow xtvt mereka ;)

#kaknet..
hehe,me too :)

#mulan..
ada jugak ye?
sign up jelah..later apdet

#Rinna..
sebenarnya belum berminat so takdela ambik pot sgt.

#YB..
betul tu..blog pun merapu je lebih
NanyFadhly said…
Hahahaha...

Dulu tade smartphone..tader la instagram, whatsapp semua. Now ade ;

-instagram
-FB
-Blog


Lain tader..itupun penin nak update yg mana satu. Hahaha..bajet retis la konon yer?
Luna said…
FB je skrg ni. huhu
Irfa said…
#NanyFadhly..
ini semua gara2 smart phone
pdhal tuan punya takdela smart mana mcm phonenya itu ;)

#Luna..
ye,aku jarang kat situ
so byk ketinggalan citer kengkawan

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...